Thursday, 19 December 2013

Hanya orang yang ada anak sahaja yang faham dan tahu- Rita Rudaini


anak rita rudaini
Sebelum ini Aidil Zafuan memberikan kenyataan bahawa tuntutan nafkah Rita Rudaini sebanyak RM5,392 sebagai tidak munasabah termasuk beberapa perkara dalam perbelanjaan yang sudah tidak relevan lagi.

Menjawab kenyataan Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah tuntutan yang dimintanya sudah diberi diskaun selain dirinya yang masih bekerja untuk menari nafkah.

Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya sudah bagi diskaun kepada dia. Dan nasib baik saya bekerja.”

“Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak sudah besar tidak perlu lagi minum susu. Rasanya orang dewasa macam kita ni pun, kena minum susu sampai tua kan.”

“Saya tidak pernah mengajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua itu kerana mereka anak kandung saya bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya.”

anak rita rudaini
Apabila ditanya mengenai gossip yang mengatakan Aidil Zafuan bakal berkahwin tidak lama lagi, Rita Rudaini mengatakan bahawa beliau tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu. Katanya:

“mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tidak perlu ambil tahu,”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog