Friday, 17 October 2014

Gambar Kematian Puteri Diana Selepas Kemalangan



Beliau merupakan isteri pertama Putera Charles. Hasil perkahwinan tersebut mereka mendapat 2 orang anak. Pernah digelar sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia semasa masih hidup dan menduduki tempat ke-4 puteri raja paling cantik sepanjang zaman di belakang Grace Kelly (Monaco), Ratu Rania (Jordan), dan Kate Middleton (Wales).

31 Ogos 1997, Puteri Diana telah terlibat dalam KEMALANGAN NGERI di sebuah lorong bawah tanah di Pont del’Alma, Paris. Ada 3 org didalam kenderaan yang dinaiki dan kesemuanya mati ditempat kejadian termasuk Dodi al-Fayed, anak seorang jutawan Perancis yangg digosipkan menjalin hubungan dengan Puteri Diana.

sumber:ejeninfo.blogspot.com

(11 GAMBAR) Haiwan-haiwan Aneh Yang Pernah Menggemparkan Dunia


Kejadian alam semula yang di ciptakan macam-macam bentuk oleh yang maha kuasa. Mewujudkan perkara keajaiban dan keseronokan tetapi ia tidak di ciptakan semuanya sempurna. Mungkin ada hikmah di sebalik semua itu. Tetapi di sebalik ketidak sempurnaannya ada keanehannya. Seperti haiwan-haiwan dalam gambar ini yang pernah menggemparkan dunia. Dengan kewujudannya untuk kita berfikir dan mengkaji di manakah kesilapannya.







































Betulkah Angelina Jolie Akan Meninggal 3 Tahun Lagi?



Selain cantik dan berbakat, Angelina Jolie dikenali sebagai artis yang mempunyai watak yang mesra dan tidak sombong. Namun kini, muncul khabar bahawa waktu hidupnya tinggal tiga tahun. Benarkah?

Khabar mengejutkan itu dilaporkan pertama kalinya oleh majalah Globe. Media Amerika itu memaparkan bahawa suaminya Brad Pitt itu dalam diam-diam telah mempersiapkan segala sesuatu sebelum maut datang menjemputnya


Angelina Jolie dan Brat Pitt


Angelina sendiri memang mempunyai risiko tinggi mengidap kanser payudara dan rahim. Penyakit berbahaya itu juga yang telah merangut orang terdekatnya, termasuk ibunya sendiri

"Angelina berusaha memanfaatkan hidupnya sebaik mungkin kerana mengikut hatinya mengatakan bahawa dia sudah tak punya banyak masa. Dia pasti akan melakukan apapun demi memperpanjang masa hidupnya, namun dia menyedari bahawa usianya mungkin takkan lebih dari kepala empat," kata dari salah satu sumber.

Risiko kanser dalam dirinya telah membuatkan Angelina melakukan operasi pembuangan payudara beberapa bulan lalu. Dalam waktu dekat, dia juga akan melakukan operasi pembuangan rahim.

Alvin Tan Dakwa Dah Berjanggut Tunggu PDRM


Marah ada, geram pun ada bila melihat blogger se-ks Alvin Tan terus-terusan menghina kedaulatan undang-undang Malaysia.

Disangkakan apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri mengumumkan bahawa PDRM akan memburu Alvin sampai dia berjaya diberkas sudah tentu tak lama pengkhianat negara ini akan disumbat ke penjara kerana kesalahan dilakukan.

Malangnya hari ini Alvin sekali lagi menunjukkan kepada dunia bahawa dia masih bebas mencarut dan menunjuk lagak menerusi status berbunyi:





‘Still waiting for the IGP to come and arrest me here in Hollywood, Los Angeles… Zzzzzzz.
IGP cakap besar je… Kononnya nak cari sampai ke lubang cacing. Oi, IGP bodoh. Datanglah tangkap saya. Dah tua berjanggut putih saya tunggu…’






Sebelum ini Alvin Tan menerusi akaun Facebook pada 26 September lalu mengutuk pemerintahan Kerajaan Malaysia menerusi satu status yang diiringi gambar dia menunjukkan jari tengah bersama kapsyen ‘fcuk UMNO’.

Sumber mynewshub.cc

Kaki Berlubang, Rumah Terbakar Kerana E-Rokok Meletup



Merokok sememangnya merbahayakan kesihatan kerana kandungan dalam rokok tersebut mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Namun Tindakan seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.


Kejadian itu berpunca kerana David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.


Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu.


Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.


Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan.


"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.







Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun.


Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.


Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.


Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak.


Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok.

sumber: ejeninfo

Dirantai Sehingga Daging Bercantum Dengan Rantai


Gambar Zhang Chuanqiu , kulit pada tangannya telah bercantum dengan rantai yang di ikat pada tangannya di penjara Cina haram (ceti haram).

Zhang Chuanqiu telah dirantai di kandang lembu pada tahun 2005 disebabkan daripada pertikaian ke atas pinjaman untuk membina rumahnya. Beliau kini cuba untuk mengumpulkan £ 1000 (Pounds British) untuk membayar kos doktor untuk menyelamatkan tangannya.




sumber

Petani Tanam Tabu Frankenstein


DUA pekerja Dighera membuka bekas khas bagi membentuk labu yang menyerupai watak Frankenstein.


LOS ANGELES – Seorang petani berjaya menanam buah labu yang mempunyai bentuk menyerupai wajah watak filem Frankenstein sebagai persediaan sambutan hari Halloween, lapor Mirror Online kelmarin.

Petani tersebut, Tony Dighera mengambil masa selama empat tahun untuk menghasilkan tanaman labu berkenaan yang dijual pada harga £75 (RM245) sebiji.

Dighera, 53, berkata, buah labu berkenaan dibiar membesar di dalam acuan plastik supaya buah berkenaan mempunyai bentuk menyerupai watak tersebut.

“Saya mengambil masa selama empat tahun untuk menanam 27 jenis buah labu dan membelanjakan banyak wang untuk projek ini.

“Bagaimanapun, akhirnya saya berjaya menghasilkan labu berbentuk watak berkenaan dan mula mendapat keuntungan daripada hasil jualannya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berputus asa walaupun beberapa kali percubaannya gagal dan dia juga hampir kehabisan wang untuk menanam labu berkenaan.

“Saya gembira usaha saya selama ini sangat berbaloi dan saya menerima tempahan yang luar biasa sempena perayaan Halloween tidak lama lagi,” ujarnya. – Agensi

sumber:kosmo

Pelanggan Jumpa Bangkai Tikus Dalam Kopi McDonald



Satu kejadian yang telah dilaporkan kepada pihak pengguna Kanada apabila seorang pelanggan telah menemui seekor bangkai haiwan yang jijik dalam air kopi McDonald. Penemuan yang menjijikkan ini telah berlaku di wilayah Fredericton, Kanada. Belum sempat dia menghabiskan kopinya, lelaki itu sudah mula berasa loya dan mual.

Pelanggan yang mahu dikenali sebagai Ron Morais kelihatan sangat kesal dengan syarikat berkenaan. Baginya, tidak pernah lagi dia menghadapi kes ini. Dia juga berasa agak kesal dan marah.

"Sebelum ini saya selalu menutup cawan kopi saya. Kali ini, apabila saya membukanya, alangkah terkejutnya saya apabila ternampak seekor tikus yang sudah mati," ujar Ron kepada media.

Rakan sekerja Morais juga seakan tidak percaya dengan kejadian yang diceritakan oleh Morais. Pihak McDonald juga sudah menerima aduan ini dan mereka akan memulakan siasatan dengan kadar segera.

"Kami akan terus menyiasat insiden ini. Keselamatan dan kualiti makanan ada kepentinga utama. Standard industri juga amat tinggi," ujar Pengarah Syarikat McDonald.

Sehingga sekrang, pihak berkuasa dan pihak syarikayt Kanada masih menjalankan siasatan mengenai penemuan haiwan yang agak meloyakan itu.

sumber:beritabadass.com

Pengantin Maut 3 Jam Selepas Berkahwin


Ohio (Amerika Syarikat): Seorang pengantin lelaki terbunuh pada hari perkahwinannya selepas lori pikap yang membawanya terbabas. Andrew Bloomfield, 27, dan rakannya Elizabeth Shelton, 26, maut dalam kejadian berkenaan manakala isteri Bloomfield, Ruth Driskill, 37, dan pemandu, Timothy Tebbe, parah.

Syerif Michael R Hetzel berkata, pemandunya berkemungkinan mabuk ketika kejadian namun perkara itu masih belum dapat disahkan. Menurutnya, empat rakan berkenaan dalam perjalanan ke majlis resepsi sempena perkahwinan itu tidak jauh dari rumah Tebbe. Malangnya, Tebbe hilang kawalan kenderaannya dan terbabas sebelum melanggar tebing jalan serta tiang telefon dan bergolek beberapa kali.

Menurut penyiasat, semua mangsa didapati tidak menggunakan tali pinggang keledar. Ruth dan Tebbe terpaksa dikeluarkan daripada kenderaan yang remuk teruk sebelum dibawa ke hospital. Elizabeth mati serta-merta manakala Bloomfield disahkan mati di hospital.

Rakan Bloomfield, Jessica Lehner berkata, kejadian itu berlaku hanya tiga jam selepas majlis perkahwinan dilangsungkan. - Agensi



sumber: MetroOnline

Thursday, 16 October 2014

5 Tradisi Kecantikan Wanita Yang Paling Seram di Dunia


Menjadi cantik dan disukai banyak orang tentu menjadi impian seluruh wanita. Namun terkadang untuk menjadi cantik, seorang wanita perlu menempuh cara-cara yang melampau dan menyakitkan. Begitu juga dengan lima negara yang mempunyai tradisi untuk menjadi cantik paling mengerikan di dunia, wanita-wanita ini perlu menempuh cara yang tidak biasa untuk mendapatkan kecantikan seperti yang mereka mahu.

TRADISI leblouh ini

Tradisi ini terdapat di daerah Mauritania. Seorang wanita yang memasuki usia berkahwin dipaksa untuk menjadi gemuk dengan memakan makanan yang bertimbun-timbun, minuman yang banyak, dan meminum semangkuk besar susu unta atau kambing. Hal ini dilakukan kerana wanita dengan tubuh gemuk dianggap lebih menarik dan mempunyai status sosial yang tinggi di Mauritania, maka dari itu wanita di rantau ini perlu mempunyai badan yang gemuk walaupun menyakitkan.

TRADISI TATO GUSI

Tradisi cantik mengerikan selanjutkan datang dari Afrika Barat di mana menato gusi akan membuat wanita menjadi lebih cantik. Namun tidak seperti tatu pada umumnya, menato gusi di sini hanya memberikan warna hitam pada gusi sang wanita. Hal ini popular dilakukan oleh warga di desa kecil seperti di Thies, Senegal.

TRADISI BONSAI KAKI

Tradisi ini begitu popular di China. Pelbagai wanita dari kalangan menengah dan atas melakukan tradisi bonsai kaki untuk membuat kaki mereka menjadi lebih kecil. Sebelum abad ke-20 tradisi ini sudah sangat popular. Kaki dengan saiz kecil dianggap sebagai simbol kecantikan wanita.

TRADISI PANJANG LEHER

Tradisi kecantikan ini dilakukan oleh suku Kayan di Myanmar. Suku Kayan adalah etnik minoriti Tibet-Burma yang tinggal di Myanmar. Menurut suku ini, wanita yang mempunyai leher yang panjang akan lebih menarik perhatian lawan jenis.

TRADISI labret

Menurut suku Mursi yang berada di Ethiopia, wanita cantik adalah wanita yang mempunyai bibir yang lebar. Tradisi melebarkan bibir dikenal dengan istilah labret. Amalan ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir dan menusuknya selebar 2,5-5 cm. Lalu, meletakkan cakera kayu di dalamnya.




Sumber:dairishare.blogspot.com

Wanita Cantik Ini Gemar Makan Bangkai Haiwan









Tidak ada orang di dunia ini yang gemar memakan bangkai. Jangankan memakan, mencium baunya saja pasti anda akan lari jauh. Namun, perkara itu tak berlaku bagi seniman ini. Ini kerana, wanita bernama Elle Kaye mengaku bahawa ia hobi memakan bangkai.



Kedengaran aneh, tapi Elle tak peduli soal umpatan orang ramai atas perilakunya yang tak wajar. Wanita cantik yang pernah mendapat pendidikan di Loughborough University ini sudah terbiasa memakan daging haiwan mati yang hendak ia jadikan karya seni.



Perlu diketahui, Elle semasa ini berkerjaya sebagai Taxidermya. Ini merupakan cabang kesenian di mana haiwan-haiwan yang sudah mati dipelihara dan dijadikan hiasan.



Biasanya, Elle mengambil bangkai haiwan yang mati kerana sakit atau kemalangan kenderaan di jalan raya. Lantaran merasa kasihan, Elle akhirnya memakan bahagian badan haiwan yang sudah mati tersebut. Elle mengambil bahagian daging yang masih segar dan membuang organ serta sisa daging yang sudah busuk. Sementara kulit dan kepala haiwan akan dijadikan hiasan


Elle menyatakan, tindakannya memakan daging bangkai haiwan itu adalah satu bentuk tindakan kitar semula dan usaha untuk mengurangkan sisa.



"Bagi saya, itu adalah pilihan gaya hidup. Sebagai pemakan daging, tidak ada alasan untuk membuang daging yang masih layak dimakan. "Ujar Elle



Bagi Elle, tindakannya itu sangat bijaksana kerana ia boleh memastikan bahawa semua bahagian badan haiwan yang mati akan bermanfaat.



Akibat tindakanya itu, Elle pun menuai kontroversi. Tidak kurang orang yang memberikan kritikan atas perilaku Elle. Walaupun demikian, Elle mengaku jika kebiasaan makan bangkai bukan lantaran ia kejam terhadap binatang.



Elle justru sangat menyayangi haiwan. Sejak kecil, Elle bercita-cita menjadi doktor haiwan. Itulah sebabnya, Elle kerap melibatkan haiwan yang telah mati dalam karya-karya seninya.












Sumber:dairishare.blogspot.com




196 Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Up Town Shah Alam


Sekitar jam 3 pagi lebih dari 150 gerai di Up Town Shah Alam, Seksyen 24 terbakar dan musnah.

Punca kebakaran tersebut ialah litar pintas

Laporan akhbar semalam memetik kenyataan Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul yang mengesahkan pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran ini pada jam 2.57 pagi.

Bomba menggerakkan tiga pasukan ke lokasi dengan pasukan pertama mengambil masa cuma t minit untuk sampai dan mula memadamkan kebakaran.

Pemeriksaan mendapati 196 daripada 425 gerai atau 40% rosak akibat kebakaran di Up Town ini.













Sumber:um-fabolous.blogspot.com

Perempuan Ini Memiliki Mulut yang Paling Fleksibel



Sebuah kru penerbita filem telah terserempak dengan seorang gadis berumur 20 tahun yang bernama Athy Eligidagne d Ethiopia dan anda tidak akan percaya dengan apa yang dia boleh buat dengan bibirnya.













 
 
 

Jururawat Gila Bunuh 38 Pesakit Yang Menjengkelkannya



Seorang jururawat di Itali didakwa membunuh 8 pesakit gara-gara dia tidak tahan dengan perangai mereka yang menjengkelkannya.


Daniela Poggiali, 42 Tahun ditangkap oleh pihak Polis di Lugo, Utara Itali selepas seorang pesakit Rosa calderoni, 78 Tahun mati daam keadaan mencurigakan hingga menyebabkan Polis mengambil keputusan untuk menjalankan siasata terhadap kematian pesakit itu.


Kes ini juga mendapat liputan yang meluas oleh media hingga menyebabkan pihak polis memperluaskan siasatan dan akhirnya mendapat seramai 38 pesakit yang lain turut mati dalam keadaan mencurigakan. Daniela dituduh menyuntik para pesakit yang mati ini dengan satu dos kalium yang boleh membawa maut.


Satu laporan yang dipetik daripada agensi Pusat Eropah menyatakan, Daniela dituduh memberi pesakit dengan dos kalium yang tinggi kerana dia mendapati mereka atau keluarga mereka menjengkelkannya.




Polis memberitahu rakannya ada menyatakan Daniela pernah meminta untuk bergambar dengan seorang pesakit yang baru meninggal dunia. Laporan lain pula melaporkan jururawat ini pernah begurau dengan rakannya bahawa dia memberi dos yang tinggi kalium kepada pesakit yang tenat.


Walaubagaimanapun kes ini masih dalam siasatan dan ketua pendakwa Alessandro Mancini memberitau kes ini agak suka untuk diselesaikan kerana Daniela telah 'mengalami masalah mental' sejak dia ditahan beberapa hari lepas.


Walaupun mengalami tuduhan bunuh terhadap 38 orang pesakit, rakan-rakan Daniela mengambarkannya sebagai seorang yang riang dan sentiasa bersemangat untuk bekerja.


Sumber: mynewshub.cc

Perodua Nafi Soal Gandar Kereta Senang Tercabut




Status : Dinafikan Oleh Perodua

Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar di media sosial yang menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berhati-hati. Mesej tersebut berbunyi seperti berikut "Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)..sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya kualiti kereta anda."

Memandang serius isu penyebaran mesej ini, Perodua tampil memberikan penjelasan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Amnar Rashid Salleh, kerosakan yang ditampilkan didalam gambar tersebut adalah disebabkan pelanggaran yang berlaku diantara Perodua Alza dan kenderaan lain. Menurutnya lagi, Perodua mengambil berat akan kualiti kereta-kereta keluarannya, memetik kenyataan rasmi oleh Perodua.





Setelah disiasat, ternyata salah satu gambar yang tersebar sebenarnya adalah gambar dari kemalangan, bukannya secara tiba-tiba tercabut. Pemilik asal kereta Alza merah tampil memberi penjelasan berkenaan perkara itu yang dikepilkan bersama dengan laporan polis berkenaan kemalangan tersebut.


Kenyataan dari pemilik Alza




Laporan polis berkenaan kemalangan




Bagi gambar kereta Myvi putih pula, pihak perodua mengatakan kereta itu telah diubahsuai. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah kepada kereta berkenaan. Gandar mungkin tercabut mungkin disebabkan pemasangan yg tidak sempurna.




Tidak jelas apa tujuan pihak yang menyebarkan mesej ini tetapi apa yang jelas, mesej yang disampaikan olehnya itu tidak menyeluruh sehingga menimbulkan salah faham(gandar kereta tercabut sendiri) dalam kalangan pengguna kereta Perodua. - SiakapKeli.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog