Dalam abad ke-15 dan ke-16, bandar Lavenham yang terkenal dengan kain biru diperbuat daripada bulu berkualiti tinggi. Menjelang abad ke-15-an, bandar ini adalah yang paling kaya di Kepulauan British, pendapatan cukai daripada bandar ini jauh lebih besar seperti York dan Lincoln.
Pekan ini berkembang dengan begitu pantas dan banyak rumah-rumah telah dibina dengan tergesa-gesa dengan kayu yang belum cukup kering. Dan bilamana kayu kayu pada bahagian rumah yang telah siap di bina mula mengering, ianya mula meleding, menyebabkan rumah-rumah membengkok pada sudut yang tidak dijangka.
Dan lebih malangnya, kekayaan bandar Lavenham tidak kekal lama. Apabila pelarian Belanda yang menetap di Colchester mula mengeluarkan kain yang lebih murah, lebih ringan dan lebih bergaya daripada kain di bandar Lavenham, industri kain di bandar ini muflis.
Penduduk Lavenham ini telah kehilangan kekayaan dan tidak mempunyai wang untuk membina semula rumah mereka, rumah bengkok di bandar Lavenham ini dibiarkan begitu saja.
No comments:
Post a Comment