Wednesday, 18 March 2015

Kisah The Grumpy Cat Yang Mengubah Nasib Pemiliknya


Seorang gadis muda 29 tahun tidak pernah terfikir akan kehidupannya hari ini jauh lebih baik daripada apa yang pernah dilaluinya sebelum ini. Tabatha Bundesen bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran sehinggalah tarikh 22.9.2012 apabila sesuatu yang menakjubkan berlaku gara-gara kucing ini:

Kucing ini dikenali diseluruh dunia kerana popularitinya sebagai selebriti internet dengan nama Grumpy Cat. Semuanya bermula ketika adik Tabatha memuat naik gambar kucing ‘tiada perasaan’ ini ke portal perkongsian Reddit.

Pengguna internet tertarik dengan mimik masam kucing berkenaan dan menjadikannya sebagai gambar Meme yang kemudiannya dikongsikan oleh jutaan orang di laman sosial serata dunia.

Terkejut dengan respon luar biasa yang diterima, Tabatha melihat ini sebagai satu peluang terbaik buatnya dan segera membina sebuah website khas www.grumpycats.com dan apa yang berlaku selepas itu lebih mengejutkan!




Tanpa mengambil masa yang lama, Grumpy Cat milik Tabatha ini mendatangkan terlalu banyak kemewahan buatnya. Atas sebab itu, dia tidak lagi bekerja sebagai pelayan restoran, sebaliknya hanya perlu mengambil dan berkongsi gambar kucingnya itu di laman web setiap hari.


“Sebelum ini saya perlu mengikut rutin harian iaitu bekerja di kedai, sekarang rasa sedikit janggal apabila rutin harian saya hanyalah mengambil gambar kucing saya. Ianya satu perubahan yang sangat mendadak” – Tabatha Burdesen


Tabatha dan Grumpy Cat juga turut menjadi jemputan khas pelbagai rancangan temubual terkenal, serta ditemu bual oleh banyak portal-portal viral termasuklah BuzzFeed dan CNBC.

Selepas dua tahun, Grumpy Cat membawa pendapatan sebanyak $100Juta Dollar Amerika melalui pelbagai sumber pendapatan antaranya termasuklah penjualan gambar dan cenderahati, royalti jenama grumpy cats, buku-buku, video dan juga iklan-iklan berkaitan grumpy cat.




Fenomena grumpy cat tidak terhenti disitu. Semasa Anugerah Filem MTV sedang berlangsung, Grumpy Cat dinobat sebagai pemenang bagi kategori ‘pakaian terbaik’ sekaligus menaikkan lagi nilai kucing istimewa ini.

Kini, syarikat yang ditubuhkan untuk mengurus hal-hal berkaitan kucing popular ini dinilai pada harga setinggi $1 Juta Dollar Amerika dan kami pasti lebih banyak kejutan Grumpy Cat yang akan dapat kita lihat pada masa akan datang kerana pemiliknya sendiri berkata:

“Kami sekeluarga tahu kucing ini sangat istimewa, tetapi tidak pernah terbayang ianya segila ini. Tetapi kami masih yakin Grumpy Cat tidak dapat dihentikan!”

Image result for the grumpy cat









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog