Saturday 9 August 2014

Suasana kempen boikot McDonald di seluruh Malaysia

Kempen boikot yang dijalankan secara besar-besaran pada Jumaat, 8 Ogos, boleh dikatakan sangat mendapat sambutan dan memberangsangkan.

Walaupun mesej boikot tersebut hanya dihebahkan melalui mesej Whatsapp, SMS dan Facebook, kempen boikot tersebut mendapat sambutan di seluruh Malaysia.

Walaupun mesej berkenaan hanya meminta masyarakat tidak membeli barangan McDonald pada hari tersebut, ada juga yang membuat 'flash mob' bagi mengekpressi kan boikot mereka terhadap barangan McDonald.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial di kawasan kempen boikot yang mereka sertai sepanjang kempen memboikot McDonalds.

McDonald Bertam, Kepala Batas




McDonald City Plaza, Alor Setar




McDonalds Kuala Terengganu





McDonalds Sandakan



McDonalds Segamat





McDonalds Bangsar



McDonalds Ampang




McDonalds Batu Pahat




McDonalds Habour Mall Sandakan





McDonalds Andalas & Pandaraman Klang




Sememangnya mendapat sambutan dan meriah. Diharap operasi boikot ini dapat terus dilakukan oleh rakyat Malaysia. - SiakapKeli.com

Hanis Zalika block peminat di Instagram kerana ditegur berpakaian tidak sopan


Kalau korang perasan, sempena cuti perayaan tahun ini, ramai selebriti terkenal tanah air mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dari sebarang aktiviti seni.

Kalau tak pergi dengan keluarga, masa inilah nak berkumpul dengan teman-teman, betul tak? Contohnya, Elfira Loy, Siti Saleha, Anzalna dan tak lupa pengacara dan pelakon comel si Hanis Zalikha. Keknis mengambil peluang untuk merehatkan diri bersama sahabatnya termasuklah Hairul Azreen.




Inilah foto yang mengundang reaksi peminat Keknis!

Namun nampaknya percutian Keknis kali ini mengundang reaksi kurang senang dari pengikut laman Instagramnya. Kalau dah bercuti, pasti kena rakam foto kenangan kan? Iyalah, bukan senang dapat berholiday. Namun, kerana sekeping foto, ada peminat mendakwa Keknis telah menyekatnya dari laman Instagram.

Menurut peminat tersebut, dia ada menegur pemakaian Keknis yang disifatkan sebagai kurang sopan tetapi akhirnya telah di block dari IG.



Bukan itu sahaja, rata-rata yang memberikan komen turut mempersoalkan tindakan Keknis dan tak menyukai caranya berpakaian. Maklumlah, bercuti ditepi pantai, pakai baju berwarna putih pula. Kalau basah, tak ke nampak segalanya?

Namun, dia sudahpun memadam foto tersebut. Apapun, bertabahlah Keknis, teguran yang membina, ambil jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.

OHBULAN

Nora Danish tolak tawaran duta produk-produk Yahudi

Ya duit boleh mengaburkan mata seseorang. Lebih-lebih kalau angka yang bernilai ratusan ribu ringgit. Namun untuk Nora Danish, wang ringgit bukan ukuran kerana produk-produk tersebut merupakan barangan keluaran Yahudi. Pelakon jelita ini sanggup menolak tawaran hebat ini demi untuk Palestin. 
nora
Nora Danish khabarnya ditawarkan untuk menjadi duta beberapa produk penjagaan diri harian dengan setiap satunya bernilai enam (6) angka namun apabila mengetahui barangan tersebut termasuk dalam senarai barangan keluaran Yahudi, Nora Danish tanpa teragak-agak menolak untuk menjadi duta barangan-barangan tersebut secara baik. Tindakan menolak tawaran itu memang sangat ‘awesome’ dan apabila ia dilakukan secara baik, itu lebih awesome. Tak macam sesetengah orang boikot McDonalds sampai pergi buat kekacauan dan menjatuhkan nama baik Islam itu sendiri.
noraTahniah kepada Nora Danish atas ketegasan anda ini. Respek sangat-sangat. Semoga makin dimurahkan rezeki selepas ini. Semoga dengan usaha Nora Danish ini sedikit sebanyak membantu saudara seagama kita di Palestin sana. Sumber asal RotiKaya.

Julia Perezz berpeluk dengan aning, cetus kemarahan umat Islam di Indonesia



Julia Perez ini memang dari dulu kerjanya buat kontroversi sahaja. Memang ada sesetengah manusia yang gilakan publisiti dan sanggup buat apa sahaja asalkan dirinya menjadi bualan ramai. Terbaru, Julia Perez telah berkongsi beberapa keping gambarnya beraksi mesra dengan seekor anjing sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di Indonesia. Secara jujur, aksi yang ditayangkan memang agak melampau.

Bukan sekadar memeluk erat anjing tersebut, di dalam satu video juga kelihatan Julia Perez bergomol mesra dengan anjing kesayangannya ini. Hmmmm. Dalam banyak-banyak binatang, anjing juga menjadi pilihan. Kucing kan ada? Kucing comel kot.  Dah lah jenis anjing yang dipelihara Julia Perez ini jenis yang agak garang wajahnya.
Apa pun umat Islam Indonesia ternyata berang dengan keterbukaan Julia Perez berkongsi gambar-gambar aksi mesranya bersama anjing ini. Banyak komen-komen ‘mengajar’, mengkritik dan mempersoalkan tindakan Julia Perez. Pelbagai nasihat diberikan. Namun sudah pasti cuma akan masuk ke telinga kanan dan keluar di telinga kiri.


Diharap umat Islam Indonesia bersabar dengan Julia Perez. Memang orangnya terkenal dengan perangai pelik-pelik

Kanak-kanak maut leher tersangkut di tingkap



Kuala Terengganu: Menyayat hati apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dalam keadaan tergantung selepas lehernya tersangkut pada besi tingkap cermin nako rumahnya di Kampung Losong Feri di sini, semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa Nurliana Nabila Mazlan yang berada dalam bilik tidurnya berusaha keluar menerusi tingkap berkenaan selepas mendapati pintu bilik terkunci dari luar dan dalam, jam 3.30 petang.

Ketika kejadian, mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik dikatakan bersendirian dalam bilik berkenaan manakala seorang daripada empat abangnya, Mohd Faiz, 18, tidur dalam bilik berasingan dan ibunya, Rohaizan Zain, 42, tiada di rumah kerana bekerja sebagai tukang sapu di Muzium Negeri, 300 meter dari rumah.

Menurut Mohd Faiz, dia menyedari kejadian itu selepas diberitahu jiran sebelum menendang pintu bilik bagi melihat keadaan yang berlaku.

Katanya, selepas memecahkan pintu bilik berkenaan, dia terkejut melihat adiknya dalam keadaan longlai tergantung pada besi tingkap cermin nako yang tersangkut pada lehernya.

“Ketika itu keadaan adik seperti longlai, langsung tidak bermaya dengan leher tersangkut pada besi tingkap manakala badannya tergantung di luar dinding bilik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, pintu bilik tidur arwah sudah lama rosak dan akan terkunci dengan sendiri apabila ditutup rapat.

“Saya percaya adik masuk serta menutup rapat pintu berkenaan dan ketika mahu keluar dia tidak dapat membuka pintu lalu mengambil jalan mudah dengan keluar menerusi tingkap cermin.

“Bagaimanapun, sebaik sebahagian badannya sudah berada di luar rumah, arwah dipercayai kepenatan menyebabkan bahagian lehernya tersangkut pada besi tingkap mengakibatkan dia sukar bernafas.



“Saya bersama jiran mengeluarkan adik dari celah tingkap dan keadaannya ketika itu cukup lemah,” katanya.

Mohd Faiz berkata, dia tidak menyangka adiknya pergi sekelip mata ketika suasana Aidilfitri masih terasa.

Katanya, adiknya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sangat ceria ketika menyambut Aidilfitri.

MOHD Faiz menunjukkan tingkap tempat Nurliana (gambar kecil) tersangkut hingga maut.


“Tak sangka tahun ini Aidilfitri terakhir baginya selepas kehilangan ayah, Mazlan Mamat yang meninggal dunia setahun lalu,” katanya.


Jiran, Sukri Yusof, 40, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendengar suara meminta pertolongan dari rumah mangsa dan terkejut apabila melihat Mohd Faiz dan beberapa penduduk sedang memangku arwah yang tergantung di luar dinding bilik berkenaan.

“Leher arwah tersangkut pada besi tingkap cermin dan kami berusaha secara perlahan mengeluarkan kepalanya,” katanya.

Katanya, ketika kejadian dia baru pulang dari bekerja pada jam 3.30 petang dan arwah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, menggunakan ambulans bomba sebelum disahkan meninggal dunia ketika rawatan kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Ismail Mat Hassan mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.14 petang sebelum segera ke tempat kejadian bersama sembilan anggota.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikeluarkan orang awam dan pihaknya memberi bantuan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menggunakan ambulans bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital jam 5.30 petang," katanya.

Selebriti pertahan Palestin

Foto
KETIKA darah hangat sedang mengalir dalam konflik di Gaza, beberapa selebriti luar negara turut menyuarakan pendapat mereka dalam menyokong rakyat Palestin mempertahankan tanahair mereka.
Meskipun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk peminat mereka sendiri, kebanyakannya berpegang teguh prinsip mereka mengutuk serangan kejam rejim Zionis.
Pasangan suami isteri selebriti Penelope Cruz dan Javier Bardem, menandatangani surat terbuka bersama beberapa selebriti dari Sepanyol termasuk pengarah, penulis, dan pemuzik mengecam Operasi ‘Protective Edge’ oleh Israel di Gaza sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’.

Vokalis Pink FloydGeorge Roger Waters, sangat lantang menyokong gerakan Boikot, Henti Pelaburan dan Sekat (Boycott, Divestment and Sanctions - BDS).
ANTARA barisan selebriti yang menyokong Palestin. FOTO Reuters

Selain enggan membuat persembahan di Israel, Waters juga menyeru pemuzik lain membatalkan konsert yang dirancang di sana,

Dalam konsertnya pada 2013, Waters memaparkan babi dalam bentuk belon gergasi dengan terpampang logo Star of David dan menyebabkannya dituduh sebagai anti-Semitisme.

Di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas di Gaza, pelawak British, Russell Brandmemuat naik video di YouTube mengkritik laporan Fox News, Sean Hannity, ketika temu bual bersama lelaki bangsa Palestin warga Amerika Yousef Munayyer. 

Dalam video itu, Brand berkata, cara Hannity bertanyakan soalan kepada Yousef sudah cukup agresif dan provokatif.

“Palestin sudah tidak ada lagi dan yang tinggal hanyalah Gaza.

“Bagaimana pula sebuah negara yang tiada kelengkapan peperangan diserang oleh negara yang lengkap bantuan senjata? Ini tidak adil,” katanya dalam video itu.

Penyanyi Zayn Malik dari kumpulan One Direction pula menggunakan hashtag #FreePalestine di akaun Twitternya sebagai tanda sokongannya terhadap raykat Palestin yang ditindas.

Malik bertindak menyimpan tweet tersebut dan meraih retweet lebih 300,000 kali.

Tidak seperti penyanyi dan pelakon Rihanna, dia juga menggunakan hashtag yang sama, namun segera dipadamkan kerana tidak tahan dengan kecaman dan kritikan dari penyokong Zionis.

Pelakon Danny Glover yang memegang watak Presiden Amerika Syarikat menerusi filem ‘2012’ turut menyokong gerakan BDS. 

Pada 2009, dia yang juga merupakan aktivis politik menandatangani pengisytiharan mengutuk Israel sebagai ‘rejim apartheid’ dan menolak hasil kerja pembikin filem dari Tel Aviv yang dipaparkan dalam Toronto Festival Filem Antarabangsa sebagai ‘propaganda Israel’.

"Kita berdiri dalam perpaduan bersama rakyat Palestin dan menyokong panggilan mereka untuk boikot budaya dan akademik dari Israel," tegas Glover kepada penandatangan yang lain.

Bintang filem Nanny McPhee, Emma Thompson, turut menyeru pelakon lain bagi memboikot persembahan Teater Habima Israel di Teater Globe di London.

Dalam surat yang disiarkan The Guardian, Thompson bersama penandatangan yang lain mengutuk Habima kerana rekod Israel yang memalukan atas penglibatan penempatan haram di wilayah yang diduduki Palestin.

Selebriti Hollywood berbangsa Yahudi, Dustin Hoffman pula membatalkan kunjungannya ke Festival Filem Jerusalem berikutan serbuan IDF terhadap flotila ketika berlayar cuba masuk ke Gaza pada 2010.

Hoffman turut menghadiri Majlis Hal Ehwal Muslim (MPAC) Anugerah Media Tahunan ke-22 bagi menyampaikan anugerah kepada filem anti-Israel.

Penyanyi lagenda Stevie Wonder turut menunjukkan sokongan apabila menarik diri daripada membuat persembahan di sebuah majlis Sahabat Israel Defense Forces (FIDF) di Los Angeles pada 2012.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menasihati saya supaya menarik diri dari majlis tersebut,” katanya.

Sebelum Wonder membatalkan persembahannya, terdapat beberapa aktivis BDS memasukkan petisyen di laman change.org bagi mendesak penyanyi itu untuk menarik diri daripada membuat persembahan di FIDF. 

Petisyen yang dimasukkan itu mendapat sambutan lebih 4,600 tandatangan.

sumber KOSMO

Dipenjara kerana mencekik ibu sendiri

AHMAD FAKHRULLAH dibawa keluar selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman atas kesalahan mencekik ibunya semalam.


KOTA BHARU - Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang anak yang sanggup mencekik ibu kandungnya mendapat pembalasan apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima hari termasuk denda.

Tertuduh, Ahmad Fakhrullah Abd. Malik, 28, melakukan perbuatan itu selepas ibunya bertindak menghalangnya membelasah anaknya yang berusia empat tahun yang didapati menonton video lucah di telefon bimbit miliknya.

Dalam penghakiman semalam, Ahmad Fakhrullah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed.

sumber KOSMO

Rejim Zionis kembali mengganas di sempadan Gaza

Foto
Gaza (Palestin): Rejim Zionis Israel dan pejuang Gaza menyambung serangan ke atas wilayah masing-masing selepas gencatan senjata tiga hari tamat dan proses rundingan di Mesir menemui jalam buntu.
Selepas gencatan senjata tamat pada jam 8 pagi (1 petang waktu Malaysia) pejuang Gaza melancarkan 21 roket ke arah Israel, kebanyakannya jatuh di tanah lapang manakala dua roket dipintas berdekatan bandar Ashkelon.
Polis Gaza berkata tentera udara Israel membedil kawasan perumahan di Utara Gaza dan beberapa kecederaan dilaporkan.
Sebuah ladang di Bandar Gaza turut diserang.
Selain itu kereta kebal Israel turut membedil Utara Gaza manakala tentera laut menyerang di kawasan pesisiran pantai.
Di Kaherah, kedua belah pihak berdepan tekanan antarabangsa untuk mencapai persetujuan.

Israel mahu Hamas menyerahkan senjata manakala Hamas mendesak sempadan Gaza dibuka.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata walaupun mereka enggan menyambung gencatan senjata, pintu rundingan masih terbuka.

Thursday 7 August 2014

Kebaikan membela kucing


Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)

Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

Mencegah Alergi

Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

Membantu mencegah asma pada anak

Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

Mengurangkan Tekanan Darah

Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Menurunkan Kolestrol

Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

Mengurangkan risiko Mendapat Stroke

Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

Mengurangkan stress dan rasa cemas

Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”

Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

Dapat membantu pesakit-pesakit Autis

Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

Mengurangkan Kesepian

Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

Sudahlah dibuli, dimuat naik pula gambar dibuli di Facebook


Seorang lelaki bukan setakat dibuli, malah diaibkan pula apabila gambar ketika dia die dibuli telah dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Melihat kepada gambar yang dimuat naik, lelaki tersebut dibogelkan, dicederakan serta di perlakukan seperti tiang.

Walau bagaimanapun, pemilik akaun Facebook yang memuat naik gambar tersebut didapati telah memadamkan akaunya setelah kecaman yang dihadapinya dari orang ramai. Tapi dengan teknologi yang ada, mesti ada cara untuk menjejaki pembuli yang sememangnya kurang ajar ni.

Harap ada tindakan dari pihak berkuasa dan hukuman yang setimpal diberikan kepada pembuli fizikal dan emosi ini. Kepada individu yang dibuli, dinasihatkan agar membuat saman malu terhadap individu yang membuli anda - SiakapKeli.com

Soal Jawab Isu Boikot KFC dan PIZZA HUT kerana menyumbang kepada Israel


Hujah pro KFC (anti boikot KFC).

Kebenaran Tanpa Penghujung Boikot KFC?? Wajib baca. "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit.

Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah.

Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan.

Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima. Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz.

Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat.

Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok. Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot.

Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin?

Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman. Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok.

Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin.

Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot. Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan. Virtual Friends - XCopyright  2001-2014 Rakan Maya (PPM-0003-10-14012014). All rights reserved JANGAN SALAH BOIKOT 

-------------------------------------

Hujah dari kumpulan pro boikot KFC dan Pizza Hut


HARAP KITA MEMELIHARA UKHWAH SILATURRAHIM SESAMA KITA.. SEKADAR PERBINCANGAN ILMIAH DAN BERLAPANG DADA.. ISU BOIKOT KFC DAN PIZZA HUT Suatu perkara yg kita perlu jelas dan faham.. bahawa boikot setakat yg kita termampu adalah apa saja yg berkaitan dengan link ekonomi zionist yg jelas ianya adalah perintah Rasulullah s.a.w tatkala Baginda membatalkan seluruh urusniaga dgn yahudi apabila berlaku pengkhianatan terhadap Islam. Walaupun KFC malaysia adalah 100% share adalah milik jcorp.. SOALANNYA apakah tiada pembayaran yuran wajib kepada KFC International yg mana secara umum mengetahui penglibatan sumbangan ekonomi KFC International kepada zionis..???

Apakah nilai HILANG NYAWA jutaan umat Islam di palestin LEBIH MURAH nilainya dari 19000 pekerja KFC di malaysia yg bakal sekadar HILANG PEKERJAAN??? Berdasarkan artikel tadi, siapa sebenarnya yg jahil dalam menilai boikot ini dari kacamata Islam?? Kita masih membincangkan masalah HILANG PEKERJAAN, merosot ekonomi negara, bla.. bla.. bla.. dan sebagainya, kerana mentaliti kita sebagai usahawan dan peniaga.

BILA LAGI KITA AKAN BELAJAR BERFIKIR SEPERTI SEORANG JUTAWAN DAN AHLI KOPERAT YG DIDIDIK OLEH RASULULLAH S.A.W SEPERTI ABU BAKAR AS-SIDDIQ, USMAN BIN AFFAN, ABDUL RAHMAN BIN AUF.. Yang mereka adalah 'king of business' dan dalam masa yg sama mengenepikan soal untung dunia di saat panggilan jihad dilaungkan kepada mereka...

FAHAMILAH APA YG KITA BOIKOT.. BOIKOT ADALAH SUNNAH YG PERNAH BERLAKU KETIKA NABI S.A.W ARAHKAN PENDUDUK MADINAH JANGAN BELI AIR PADA HARI YAHUDI MENJAGA TELAGA AIR MADINAH.. TETAPI BELI DARI UMAT ISLAM PADA HARI UMAT ISLAM YG MENJUAL AIR - LIHAT DI DALAM SOHIH AL-BUKHARI kita boikot bukan sebab barang itu barang yahudi.. TETAPI kita boikot apa saja syarikat dari negara mana pun yg salur dana pada zionist.. Kalau syarikat tu syarikat buat kertas pemilik yahudi pun.. tapi tak pernah bg dana pada zionist.. untuk apa perlu boikot..

FAHAMILAH.. YAHUDI DAN ZIONIST DUA GOLONGAN BERBEZA.. SEKALI LAGI.. yg kita boikot adalah APA SAHAJA SYARIKAT YG MENYALURKAN SUMBER EKONOMI kepada zionis yg dilaknat Allah, maka kita wajib boikot... Maka kesimpulannya.. jika KFC MALAYSIA yg dimiliki oleh JCORP dgn 100% share bumiputera, MASIH MEMBAYAR YURAN WAJIB KEPADA KFC INTERNATIONAL YG MEMPUNYAI LINK DENGAN ZIONIST..

MAKA KITA WAJIB BOIKOT... Bagi saya ini sangat jelas kerana isu boikot ini adalah isu nyawa saudara seakidah kita ... yakinlah... rezeki 19000 pekerja KFC di malaysia adalah dari Allah.. bukan dari makhluk.. WAALLAHUL MUSTA'AAN..

 --------
Kumpulan anti boikot KFC berkata boikot perlu diselaraskan dengan ilmu supaya tak tersalah boikot. Atau dalam bahasa mudahnya jangan boikot KFC dan PIZZA HUT.

Kumpulan pro boikot pula siap keluar kata2 wajib boikot.

Ha Ha Ha- Sozcyli

Pengikut laman Instagram Nora Danish cecah 1 juta, Nedim gelar peminat lembap

Jika Lisa Surihani dan Datuk Siti Nurhaliza mempunyai pengikut paling ramai di laman sosial Twitter, kini impian pelakon jelita, Nora Danish untuk memiliki 1 juta pengikut di Instagram tercapai.
Melalui laman Instagram milik hot mama ini, dia turut berterima kasih kepada pengikutnya. Iyalah, tak sangka kan secepat ini followers Nora meningkat.
Namun, kami dengar ada perkara kurang enak yang berlaku antara kekasihnya, Nedim Nazri dan salah seorang pengikut Instagram Nora berkenaan perkara ini.
Pengikut Instagram Nora Danish Cecah 1 Juta, Nedim Gelar Peminat Lembap?
Ceritanya begini, seorang peminat telah memuat naik foto yang menunjukkan followers IG Nora masih belum mencecah angka 1 juta. Malangnya, tindakan tersebut telah ditegur oleh Nedim dan menggelar peminat tersebut lembap. 
Sebenanrnya, melalui komen yang diberi, Nedim mengatakan handphone milik peminat berkenaan yang lembap, bukan individu tersebut.
Pengikut Instagram Nora Danish Cecah 1 Juta, Nedim Gelar Peminat Lembap?
Tetapi, mungkin cara Nedim menegur itu salah. Iyalah, cara pemahaman dan bacaan setiap orang kan berlainan. Pada kami ada baiknya jika Nedim menggunakan ayat yang mudah dan tidak membuatkan orang salah faham. Betul tak?
sumber OHBULAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog