Saturday 14 February 2015

GAMBAR-GAMBAR: Upacara Berkomunikasi Dengan Alam Ghaib Di Barat Zaman Dahulu

Upacara berkomunikasi dengan alam ghaib cara dulu, entah betul atau hanya tahyul belaka, sila nilai sendiri.

Spiritualisme - keyakinan bahawa orang hidup boleh berkomunikasi dengan orang mati berkembang di akhir abad 19 dan awal abad 20

Ia adalah sebuah kepercaya komunikasi dengan dunia roh mungkin dengan bantuan makhluk ghaib. Ianya menyampaikan mesej dari si mati secara lisan atau melalui apungan, deringan loceng atau dengan mengeluarkan ektoplasma.











sumber:dairishare.blogspot.com

Kisah Gadis Cantik Yang Terpaksa Menyara Hidup Dengan Menjadi Pengemis


Laman sosial di China Shina Weibo, heboh memperkatakan mengenai seorang pengemis yang cantik bernama Han Biyao. Gadis muda yang pernah jadi pelayan restoran itu terpaksa mengemis di jalanan untuk menyambung hidupnya.

VIDEO: Kanak-kanak Mengucap Kalimah Syahadah dan Mengangkat Jari Telunjuk Ketika Dikasari Pengawal Keselamatan



Semalam Siakapkeli ada menyiarkan berita yang mengejutkan masyarakat Islam sedunia yang mana tiga penuntut Islam terbunuh oleh jiran mereka di Amerika Syarikat.

(VIDEO) Bapa Ikat Anak Yang Berusia Sebulan Pada Stereng Kereta Dikecam



Taiwan: Tidak tahulah apa yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayinya yang berusia sebulan pada steren kereta kemudiannya memusingkan steren kereta itu. Mungkin dia ingatkan itu cuma satu gurauan.

Malu Kerana Terjatuh, Presiden Zimbabwe Gantung Tugas 27 Pengawal Keselamatan





GARA-GARA gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sehingga figura yang dikenali sebagai seorang diktator itu terjatuh, kira-kira 27 pengawal peribadi digantung tugas serta merta.

Menurut International Business Times, Mugabe, 90, tersungkur ketika turun dari podium selepas memberi ucapan kepada penyokong yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.

Kepulan Awan Bentuk Kalimah Allah Semasa Pengebumian TGNA, Fizo Omar Dakwa Benar


KETIKA berlangsungnya pengebumian jenazah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin, kecoh di laman sosial bahawa ada kepulan awan membentuk kalimah Allah di langit.

Kejadian itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan didakwa berlaku di rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Gambar itu mendapat pelbagai komen dan ulasan dari para warga internet. Ada yang kagum dan mendakwa ia sebagai tanda kemuliaan Allahyarham Nik Abdul Aziz yang diredhai Allah ditunjukkan dengan tanda-tanda sebegitu.

Tidak kurang juga yang melarang orang Islam lain mempercayai perkara sedemikian kerana ia sebenarnya adalah satu perkara khurafat dan boleh merosakkan akidah umat Islam.

Rupa-rupanya di laman Facebook, sudah terbongkar gambar berkaitan kalimah Allah berkenaan adalah hasil suntingan memggunakan aplikasi suntingan gambar bagi mewujudkan seakan-akan ada kalimah Allah terhasil daripada awan berkenaan.


Pengerusi Biro Pemuda IPT Pergerakan Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya dalam kenyataannya kepada Mynewshub.cc hari ini sudah pun menyebut bahawa untuk kaitkan apa yang berlaku di persekitaran berkaitan si mati adalah salah di sisi akidah.

Gambar asal yang turut didedahkan tidak langsung menampakkan secara jelas awan berkenaan sebaliknya hanya pemandangan awan dan langit yang biasa.

Walaubagaimanapun, menerusi sebuah print screen yang diambil dari laman Facebook Fizo Omar, beliau mengatakan gambar tersebut telah ditangkapnya sendiri dan menzahirkan gambar itu sebagai betul.
fizo wm
Cuba baca di bawah ini pula, andai apa yang diceritakan pemuda ini benar, sudah pasti Allahyarham juga tidak akan suka dengan sikap melampau yang dipertontonkan banyak pihak.
ingatan
Apa-apa pun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia.

mynewshub

Thursday 12 February 2015

(VIDEO) Lelaki Pukul Wanita Di Tengah Jalan, Kemudian Dia Dipukul Orang Awam


Di suatu kawasan yang tidak diketahui di China, tersebar video di mana semasa dalam kesesakan jalan seorang lelaki dan teman wanitanya yang menaiki motor telah melanggar motor seorang wanita yang sedang cuba untuk melintas jalan.

12 Lagenda Seram Jepun Yang Sangattt Menyeramkan!

1. Tomino's Hell



Tomino's Hell adalah sebuah puisi yang telah disumpah dan boleh membunuh sesiapa sahaja yang membacanya dengan kuat. "tomino's Hell" ditulis oeh Yomota Inuhiko di dalam buku yang bertajuk "The Heart is Like A Rolling Stone". Puisi ini mengisahkan mengenai Tomino yang mati kemudian masuk ke dalam neraka.

puisi yang dikatakan telah disumpah

Versi "The Rich Kid Of Instagram" Yang Tak Berapa Nak Kaya!


DI SAAT ramai belia kaya memuatnaik foto memaparkan aset mewah mereka di laman Instagram dengan pelbagai hashtag seperti ‘Rich Kids of Instagram’, sekumpulan belia Romania pula memuatnaik gambar meniru perbuatan mereka, namun dengan versi berbeza.

Fathia Latiff Dan Aiman Hakim Redza Kembali Bersama

Sekitar minggu lepas, aktres Fathia Latiff telah mendedahkan hubungan percintaan beliau bersama Aiman Hakim Redza sudah berakhir kira-kira sebulan yang lalu.

Walaubagaimanapun, cinta masih berputik dan Fathia mengakui sudah berbaik dan kembali bersama Aiman kerana kasih sayang selama dua tahun masih mekar dalam hati dan mereka tidak sanggup untuk berpisah lama.

VIDEO:Lihat Bagaimana Muka Wanita Cantik Ini Makin Berubah Kerana Dipukul Setiap Hari


KEBIASAANNYA, lelaki yang menghadapi masalah tidak dapat mengawal panas baran mudah terdorong untuk menggunakan kekerasan sebagai cara menyelesaikan masalah.

Lihat sahaja beberapa kes penderaan di Malaysia yang melibatkan pergaduhan antara suami isteri.

Wednesday 11 February 2015

(VIDEO) Harimau Vladimir Putin Dirakam Makan Anjing Peliharaan!



Sebagai seorang pemimpin sebuah negara, Vladimir Putin merupakan seorang yang cintakan haiwan. Dan beberapa bulan yang lalu, ia melepaskan harimau miliknya ke alam bebas. Dan berjuang untuk kelangsungan hidupnya.

Namun beberapa hari lalu, seekor harimau tertangkap kamera CCTV sedang membaham anjing peliharaan. Haiwan bernama Kuzya tersebut dikenal pasti oleh alat GPS yang dikalungkan di lehernya, sehingga pergerakannya boleh terpantau.

Harimau tersebut kira-kira dua jam terakam membaham anjing peliharaan di dinginnya udara salji di China, tepatnya di pulau Heixiazi, yang menghubungkan antara Rusia dan China.

Selain memakan anjing, harimau ini dijangka menjadi dalang kematian haiwan ternakan seperti kambing, dan ternakan lain beberapa waktu lalu di ladang yang tidak jauh dari tempat kejadian.

Dianggarkan, minimumnya haiwan buruan akibat cuaca yang cukup sejuk, menjadikan harimau mangsa apapun haiwan yang berada di sisinya. Harimau Siberia sendiri, saat ini diperkirakan ada sekitar 500 ekor di alam liar. Haiwan yang jarang berlaku ini tersebar di Rusia timur, timur China, hingga bahagian utara semenanjung Korea.





(VIDEO) Anak Babi Lahir Muka Seakan Manusia Dengan Penis Di Dahi



Nanning: Gambar seekor anak babi yang dikatakan berwajah menyerupai bayi dengan penis di atas kepala kini telah tersebar sejak ia baru dilahirkan.

Pemilik babi berkenaan, Tao Lu berkata, rumahnya tersebut sering dibanjiri orang ramai yang mahu menyaksikan secara dekat babi tersebut akibat penyebaran gambar tersebut.

Selain itu dia juga turut ditawarkan wang daripada orang ramai yang mahu membeli babi tersebut.

Anak babi itu dilahirkan bersama 18 ekor yang lain bagaimanapun mati selepas ditolak ibu sendiri.

“Anak babi ini merupakan yang terakhir dilahirkan oleh ibunya.
“Malangnya ia sudah mati, jika tidak saya boleh mendapatkan banyak wang dengannya,’’ katanya yang mahu menjadikan anak babi itu sebagai pameran bagi menarik orang ramai.

Menurut seorang pelawat yang pernah melihat babi itu secara dekat, Wu Kung, 32, berkata, babi tersebut memang mempunyai wajah seperti manusia selain penis yang tumbuh pada bahagian dahi. 


"Takkan Saya Nak Kurung Je Anak Macam Anak Ayam,"- Rita Rudaini


Rita Rudaini boleh dikategorikan sebagai seorang wanita yang tabah dan cekal apabila membesarkan dua orang anak lelaki tanpa bantuan sesiapa dan sering dihimpit kontroversi pada masa yang sama.

Jika membicarakan soal Rita memperjuangkan hak anak-anaknya iaitu nafkah dari Aidil Zafuan ia pasti akan menerima pelbagai respon daripada masyarakat.

Bukit Broga Kini Bukan Lagi Seperti Dulu..

hiasan

BAGI yang pernah menjejakkan kaki ke Bukit Broga pasti tergambar keindahan panorama kehijauan alam semula jadi yang dimiliki kawasan rekreasi tersebut.

Bukit Broga menjadi kegemaran para remaja sebagai tempat untuk beriadah terutama sekali untuk melihat matahari terbit pada waktu pagi yang dilihat sangat indah dari situ. 

VIDEO: Acah Nak Sepak Anjing Tapi Muka Sendiri Kena 'Sepak' Dengan Lantai



ADA yang menggelarnya karma tapi dalam erti kata mudah, ianya adalah perbuatan jahat yang dibalas Tuhan dengan kadar segera atau secara ‘cash’.

Dalam kejadian di bawah yang dirakam pada 1 Februari lalu, seorang lelaki berbaju pink dapat dilihat secara tiba-tiba mengacah mahu menyepak seekor anjing putih yang ketakutan melihat aksinya.

Tuesday 10 February 2015

10 Gajet Selfie Yang Pelik Dan Kreatif!

1. Selfie Hat
Selfie Hat- topi merah jambu yang besar, berkilau dan terang dengan tablet yang tergantung sekali dengannya(Acer Iconia A1-840). Disertakan dengan bekas tablet dengan topi di atasnya.

Kanak-kanak Ini Diberi Hukuman Yang Dasyat Oleh Ibu Bapanya!


Budak lelaki ini diberi hukuman oleh keluarganya kerana dia nakal. Tetapi hukuman yang diberi sangat dasyat yang menukar rupa kanak-kanak lelaki ini!
Jom tengok!

Pelik Dan Kelakar.. Hari Tanpa Seluar Di Luar Negara!



Seluar merupakan salah satu fesyen yang begitu berkembang pesat, baik untuk wanita mahupun lelaki. Tetapi keberadaannya begitu penting dalam melaksanakan aktiviti sehari-hari, baik itu sekolah, kerja, atau bersukan.

Tetapi bagi mereka yang tinggal di negara-negara barat, memakai seluar boleh menjadi sesuatu yang menyusahkan. Oleh itu, setiap tarikh 11 Januari setiap tahun, sebahagian orang akan melepaskan seluar-seluarnya.

Masyarakat Islam Di India Sambut Perayaan Seakan-Akan Thaipusam?


Penganut Hindu di Malaysia baru sahaja minggu lepas menyambut Perayaan Tahipusam. Ketika perayaan yang penuh dengan warna-warni itu boleh lihat penganut Hindu mengangkat kavadi dengan tubuh mereka dicucuk dengan pelbagai objek tajam.

Menurut kepercayaan mereka, ia adalah bagi menunjukkan kesetiaan kepada Dewa Murugan.

Bagaimanapun, satu amalan yang seakan sama dengan perayaan itu turut disambut oleh masyarakat Islam di Ajmer, Rajstan, India iaitu Festival Urs.

Kita Sudah Ditipu! Bila Pilih Harga Lain, Bila Bayar Lain Pula Harganya!


Buat pembaca semua, berapa ramai dari anda yang akan melihat dahulu harga di label barangan susunan dan membezakannya dengan yang dibayar ketika di kaunter?

Jika terdapat perbezaan harga, adakah anda akan meminta semula hak anda?

Si Pintar Matematik Sufiah Yusof Kini Tidak Lagi Pintar



Kuala Lumpur: “Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 30, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.

Bagaimanapun, Sufiah tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Monday 9 February 2015

Raja Jordan Mahu Balas Dendam Musnahkan Militan ISIS Dengan Tangan Sendiri


AMMAN — Seumpama filem Independence Day, kematian tragis Leftenan Muath Safi Yousef al-Kasasbeh membuat Raja Jordan, Abdullah Hussein berasa amat murka dan berikrar akan segera membalas dendam ke atas militan ekstrem Daulah Islamiyah (IS).

Secara kebetulan seperti filem epik Hollywood pada 1996 itu, Raja Abdullah memang pernah menjadi juruterbang jet tempur tentera udara diraja Jordan (RJAF), malah akan memimpin sendiri serangan balas terhadap IS di Syria, lapor media tempatan.

Ia bahkan kebetulan menyerupai salah satu babak filem itu apabila Presiden Thomas Whitmore lakonan aktor Bill Pullman mengetuai skuadron tentera udara Amerika Syarikat (AS) menyerang kapal induk makhluk asing yang berlabuh di ruang angkasa bumi.


Muath Safi Yousef al-Kasasbeh

Perkara mengejutkan itu disahkan sendiri bekas jeneral tentera Jordan yang secara tidak sengaja berkata, Raja Abdullah, 53 tahun; bersiap siaga untuk memimpin serangan besar-besaran RJAF sebagai membalas kematian tragik allahyarham Muath, 26 tahun.

Mantan jeneral yang enggan dikenali itu berkata, Raja Abdullah secara serius memetik ungkapan popular yang diucapkan bintang Clint Eastwood dalam salah satu filemnya, Unforgiven pada 1992 ketika melakukan lawatan rasmi ke AS awal Februari lalu.

Raja Abdullah segera memendekkan lawatan tersebut setelah dimaklumkan Muath yang ditawan IS pada 24 Disember tahun lalu kemudian secara zalim dibakar hidup-hidup pada 3 Januari sebelum rakaman video kejadian itu disebarkan kepada umum.

Allahyarham Muath yang menyertai RJAF selepas tamat latihan di Kolej Udara Raja Hussein pada 2009 ialah juruterbang elit F-16 Skuadron No.1 di pangkalan udara Muwaffaq Salti dan berkahwin dengan jurutera Anwar al-Tarawneh pada 2014.

Seorang anggota Kongres AS dari California, Senator Duncan Lee Hunter memberitahu akhbar Washington Examiner yang melaporkan Raja Abdullah mengajuk ayat Eastwood: “Semua orang yang saya lihat di sana, saya akan bunuh mereka,”

“Setiap musuh yang menembak saya, saya tidak hanya akan menembak mereka, malah saya akan bunuh isterinya, teman-temannya dan membakar habis rumahnya,” ujar Hunter meniru gaya bersahaja titah Raja Abdullah ketika berada di Washington DC.

Kebetulan pula jelas Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera AS di Kongres itu, pada malam 3 Februari, baginda bertemu Presiden Barack Obama, beberapa jam setelah video pembunuhan Muath disebarkan menerusi laman internet ke seluruh dunia.

Selepas melakukan perbincangan, dua pemimpin itu bertekad memperluaskan strategi memerangi IS yang masih menguasai wilayah cukup luas di Iraq dan Syria serta kian menghampiri Arab Saudi bagi menghancurkan Kaabah, kiblat umat Islam di Makkah.

Obama berjanji, Washington DC akan meningkatkan bantuan tahunan kepada Amman sehingga AS$1 juta (RM3.6 juta) untuk menolong negara Arab itu memusnahkan IS yang semakin zalim membunuh ramai tawanan tidak berdosa. – Agensi

Perh! Datuk Mahathir Pandu Kereta Lebih 150km Sejam!



Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi melahirkan keterujaannya terhadap pemanduan Pengerusi Eksekutif Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau berkunjung ke Proton sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Gambar-Gambar Detik Cemas Sebelum Pesawat Terhempas!


Dalam sejarah penerbangan dunia telah mencatat terjadinya berbagai kecelakaan pesawat yang sangat tragis, dan beberapa insiden melibatkan pesawat dari negara kita yang masih menghantui fikiran kita semua. Dan nahas mengerikan yang terbaru melibatkan sebuah pesawat dari taiwan yang terhempas ke dalam sebuah sungai. 

Wanita Kongsi Cerita Ditipu 'Sepupu' Di Facebook



Seorang pengguna Facebook, Mimi Ezura Esa telah berkongsi pengalamannya ditipu oleh individu yang menyamar sebagai sepupunya menerusi ruangan inbox di laman sosial tersebut, baru-baru ini.

Penipuan tersebut telah dilakukan dengan begitu licik sekali hingga mangsa menyangka dia sedang berbual dengan sepupunya.

Nabil Umum Bersara, Sepahtu Berehat Sebentar Dari MLM


Di saat semua orang sedang bergembira dengan pencapaian peserta kegemaran masing-masing di Maharaja Lawak Mega 2014 semalam, ada berita kurang menggembirakan untuk peminat Nabil dan Sepahtu.

Wanita Cantik Bergambar Dengan Pasangan Biasa Digelar Kejar Harta


Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan, pasti ada yang akan bermulut jahat buat macam-macam spekulasi.

Begitulah yang terjadi kepada pemegang akaun Twitter @AdielaSafiYyani yang pada pandangan penulis memang cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog