Monday, 9 February 2015

Perh! Datuk Mahathir Pandu Kereta Lebih 150km Sejam!



Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi melahirkan keterujaannya terhadap pemanduan Pengerusi Eksekutif Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu beliau berkunjung ke Proton sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.


Dalam kunjungan pertamanya ke negara ini, Jokowi menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Proton dan PT Adiperkasa Lestari. Menerusi MoU itu, Proton bakal membantu Indonesia dalam menghasilkan kereta nasional milik republik itu.

Jokowi juga dibawa melawat ke sekitar kawasan kilang Proton di mana selain diberi taklimat, beliau melihat sendiri kehebatan teknologi R&D serta kepakaran syarikat pengeluar kereta tempatan yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Paling menarik apabila Jokowi merasai pengalaman manaiki salah sebuah kereta terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz yang dipandu sendiri oleh Pengerusi Eksekutif Proton yang juga mantan Perdana Menteri Tun Mahathir di litar pandu uji Proton.

Selesai sesi pandu uji, Presiden Indonesia itu memberikan reaksi positif tentang kehebatan model terbaharu Proton malah berkongsi keterujaan beliau terhadap pemanduan Dr. Mahathir yang dikhabarkan memandu pada kelajuan 150km/j.

"Kalau di Indonesia, kelajuan yang paling tinggi saya pandu hanyalah 60km/j tetapi Dr. Mahathir bawa mencecah 150km/j dan usia beliau sudah mencapai 90 tahun!" kata Jokowi kepada beberapa delegasi yang hadir.

Presiden Indonesia itu turut memuji Iriz: "Iriz adalah sebuah kenderaan yang hebat, walaupun lelajuan mencecah 150km/j, namun pemanduannya sangat lancar dan stabil tanpa sedikit pun gegaran yang terasa dan inilah antara teknologi Proton yang mahu dipelajari oleh Jakarta."

Dr. Mahathir menjelaskan setiap model kereta Proton kini dipandu uji sendiri oleh beliau bagi memastikan kualiti jentera kebanggan negara itu.

Dalam sidang media yang berasingan pula, bekas Perdana Menteri memberitahu, Proton akan membantu Indonesia melalui PT Adiperkasa Citra Lestari dalam mengikuti jejak langkah Proton yang kini mempunyai kepakaran dan teknologi 100 peratus buatan tempatan.

Ditanya adakah Proton sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu, Dr. Mahathir sambil berseloroh menjawab: "Dulu kita bayi, sekarang kita sudah dewasa!" - Malaysia Gazette

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog