Monday, 9 February 2015

Wanita Kongsi Cerita Ditipu 'Sepupu' Di Facebook



Seorang pengguna Facebook, Mimi Ezura Esa telah berkongsi pengalamannya ditipu oleh individu yang menyamar sebagai sepupunya menerusi ruangan inbox di laman sosial tersebut, baru-baru ini.

Penipuan tersebut telah dilakukan dengan begitu licik sekali hingga mangsa menyangka dia sedang berbual dengan sepupunya.

Individu tersebut pada mulanya memberitahu mangsa bahawa dia telah memesan barang dengan seorang peniaga online dan meminta bantuan mangsa untuk membayarkan barang tersebut terlebih dahulu kerana akaun banknya mengalami masalah.

Dia juga berjanji untuk membayar semula wang tersebut pada hari yang sama.

Penipuan itu hanya disedari oleh mangsa beberapa hari selepas itu selepas melihat status yang dikemaskini oleh sepupunya yang memberitahu akaun Facebooknya telah digodam.


Kadang-kadang, kita tidak dapat meletakkan 100 peratus kesilapan terhadap mangsa kerana kami yakin ramai yang akan melakukan perkara yang sama jika ia melibatkan ahli keluarga terdekat.

Namun, kes ini boleh dijadikan iktibar supaya kita lebih berhati-hati dalam apa jua situasi yang melibatkan wang ringgit di masa akan datang.

Sebaiknya, jika ada sesiapa yang meminta anda untuk melakukan perkara yang sama, hubungi individu tersebut bagi memeriksa kesahihannya. 

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog