SIAPA kata orang tua atau warga emas tidak mengikuti perkembangan fesyen semasa?
Mungkin pandangan anda bakal berubah selepas mengenali wanita bernama Iris Apfel.
Meskipun sudah menjangkau usia 93 tahun, Iris Apfel masih memegang gelaran ikon fesyen tertua di dunia.
Gaya fesyen Iris yang gemar diperagakan lengkap bersama aksesori unik sentiasa mencuri perhatian pengikut fesyen dunia.
Tambahan pula, nenek ini sentiasa yakin dengan penampilan dirinya yang berwarna-warni.
Melibatkan diri dengan industri fesyen sejak 75 tahun lalu, kisah Iris menarik pihak produksi untuk menerbitkan satu dokumentari khas bertajuk Iris yang menceritakan tentang perjalanan kehidupan fesyennya.
Jom kita tengok gaya fesyen Iris yang ranggi abis tapi berjaya diperagakannya dengan stail tersendiri.
sumber:mynewshub.my
No comments:
Post a Comment