TOKYO – Lazimnya setiap wanita pasti ingin kelihatan cantik dengan wajah segar ceria berseri namun lain pula halnya yang berlaku di Jepun apabila wanita negara ‘Matahari Terbit’ itu kini lebih gemar dilihat berwajah seakan pucat lesi macam muka mayat.
Saturday 3 January 2015
Tren Terbaru Jepun. Make Up Pucat Menjadi Tarikan Ramai
TOKYO – Lazimnya setiap wanita pasti ingin kelihatan cantik dengan wajah segar ceria berseri namun lain pula halnya yang berlaku di Jepun apabila wanita negara ‘Matahari Terbit’ itu kini lebih gemar dilihat berwajah seakan pucat lesi macam muka mayat.
Fazura Membuat Pendedahan Pernah Bercinta Dengan Shaheizy Sam
Wanita Mangsa Toreh Muka Selamat Diijab Kabul Dengan Tunang
Kelantan, 2 Jan - Semalam merupakan hari bahagia bagi Nur Syafiqa dan tunangnya, Mohd Azija Zafran Zahrani, setelah selamat diijabkabul sebagai suami dan isteri yang sah.
Nama Nur Syafiqa menjadi perhatian ramai setelah tragedi malang yang menimpanya apabila mukanya ditoreh oleh perompak di rumahnya di Pasir Puteh sekitar bulan November tahun lepas.
Sebelum ini, Mohd Azija pernah berjanji akan bersama Nur Syafiqa walau apapun yang terjadi dan semalam, dia telah bergelar suami yang sah kepada Nur Syafiqa.
Beberapa gambar majlis pernikahan telah dimasukkan oleh Nur Syafiqa di dalam akaun Instagramnya. Menurut apa yang dilihat di dalam gambar, parutnya sudah beransur pulih.
Bagaimanapun menurut apa yang ditulis oleh Syafiqa, sedikit sebanyak dari parutnya ditutup menggunakan mekap dan camera 360.
Apa pun tahniah kepada Nur Syafiqa dan tunangnya. Semoga perkahwinan ini kekal dan berbahagia ke anak cucu - Siakapkeli.com.my
Wanita Mangsa Toreh Muka Selamat Diijab Kabul Dengan Tunang
Kelantan, 2 Jan - Semalam merupakan hari bahagia bagi Nur Syafiqa dan tunangnya, Mohd Azija Zafran Zahrani, setelah selamat diijabkabul sebagai suami dan isteri yang sah.
Nama Nur Syafiqa menjadi perhatian ramai setelah tragedi malang yang menimpanya apabila mukanya ditoreh oleh perompak di rumahnya di Pasir Puteh sekitar bulan November tahun lepas.
Sebelum ini, Mohd Azija pernah berjanji akan bersama Nur Syafiqa walau apapun yang terjadi dan semalam, dia telah bergelar suami yang sah kepada Nur Syafiqa.
Beberapa gambar majlis pernikahan telah dimasukkan oleh Nur Syafiqa di dalam akaun Instagramnya. Menurut apa yang dilihat di dalam gambar, parutnya sudah beransur pulih.
Bagaimanapun menurut apa yang ditulis oleh Syafiqa, sedikit sebanyak dari parutnya ditutup menggunakan mekap dan camera 360.
Apa pun tahniah kepada Nur Syafiqa dan tunangnya. Semoga perkahwinan ini kekal dan berbahagia ke anak cucu - Siakapkeli.com.my
Wanita Mangsa Toreh Muka Selamat Diijab Kabul Dengan Tunang
Kelantan, 2 Jan - Semalam merupakan hari bahagia bagi Nur Syafiqa dan tunangnya, Mohd Azija Zafran Zahrani, setelah selamat diijabkabul sebagai suami dan isteri yang sah.
Nama Nur Syafiqa menjadi perhatian ramai setelah tragedi malang yang menimpanya apabila mukanya ditoreh oleh perompak di rumahnya di Pasir Puteh sekitar bulan November tahun lepas.
Sebelum ini, Mohd Azija pernah berjanji akan bersama Nur Syafiqa walau apapun yang terjadi dan semalam, dia telah bergelar suami yang sah kepada Nur Syafiqa.
Beberapa gambar majlis pernikahan telah dimasukkan oleh Nur Syafiqa di dalam akaun Instagramnya. Menurut apa yang dilihat di dalam gambar, parutnya sudah beransur pulih.
Bagaimanapun menurut apa yang ditulis oleh Syafiqa, sedikit sebanyak dari parutnya ditutup menggunakan mekap dan camera 360.
Apa pun tahniah kepada Nur Syafiqa dan tunangnya. Semoga perkahwinan ini kekal dan berbahagia ke anak cucu - Siakapkeli.com.my
Pakaian Hasil Sumbangan Dibuang Di Sampah, Mangsa Banjir Kesal
Kuala Lumpur: Penduduk sebuah taman perumahan di Pantai Dalam di sini, kesal dengan tindakan satu organisasi yang bertindak membuang pakaian disumbangkan orang ramai kepada mangsa banjir.
Penduduk mendakwa hampir semua pakaian yang boleh memuatkan sebuah lori itu dibuang di kawasan pembuangan sampah taman perumahan berkenaan.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 38, berkata, mereka sangat kecewa dengan tindakan organisasi itu yang tidak menghargai usaha murni penduduk.
Menurutnya, mereka berusaha mendapatkan penjelasan pihak organisasi itu, namun jawapan diberikan agak mengelirukan.
“Pihak pengurusan sumbangan itu mendakwa semua pakaian yang dibuang itu sudah koyak dan tidak sesuai dihantar ke pusat banjir.
“Namun, apabila diperiksa, semua baju itu masih elok dan bersih tanpa sebarang kesan koyak ataupun rosak. Kami sangat kecewa atas tindakan pelik itu,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, mereka bersimpati dengan keadaan dialami mangsa di negeri dilanda musibah banjir yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang.
“Ramai penduduk yang menghantar pakaian, barangan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir atas rasa simpati mendalam.
“Tetapi, tindakan mereka ini seolah-olah tidak berperikemanusiaan terhadap insan yang sangat memerlukan sumbangan itu,” katanya lagi.
Seorang lagi penduduk Ayu, 41, berkata, beberapa pekerja daripada badan organisasi itu dilihat mengutip semula pakaian yang dibuang sebelum ini selepas penduduk melahirkan rasa tidak puas hati.
Menurutnya, penduduk risau sekiranya baju itu sebaliknya akan dibuang di lokasi lain.
“Kita memberi sumbangan secara ikhlas dan diharap apa yang diberikan itu sampai kepada orang yang memerlukan,” tegasnya. - Harian Metro
Bantuan Banjir IM4U- (UPDATE) Senarai Barangan Yang Diperlukan Oleh Mangsa Banjir
Sesiapa yang ingin memberikan bantuang barang-barang keperluan dan derma boleh merujuk pada senarai di bawah. Bantuan dan dermaan anda amat dihargai.
Barangan tersebut boleh didermakan di pusat pungutan iM4U yang bertempat di lokasi berikut:
Pusat Simulasi,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Kiara.
(Dibuka 24 jam sehari)
Founder’s Lab
45-2A, Lorong Ara Kiri 1,
Kompleks Lucky Gardens,
Bangsar, 59100
Kuala Lumpur
(Dari 9pagi hingga 9mlm)
IM4U juga memerlukan bantuan sukarelawan. Jadi sesiapa yang berminat boleh hadir di lokasi yang disertakan di atas dan memberikan bantuan!
sumber
***LIST UPDATE***
- Makanan kering / segara/ beras/ (High priority)
- Reflo machine with 100 strip and lancet.
- Barangan persekolahan untuk kanak-kanak. (Beg sekolah, peralatan belajar, baju sekolah)
- Barangan bayi
- Pakaian dalam
- Reflo machine with 100 strip and lancet.
- Barangan persekolahan untuk kanak-kanak. (Beg sekolah, peralatan belajar, baju sekolah)
- Barangan bayi
- Pakaian dalam
Barangan tersebut boleh didermakan di pusat pungutan iM4U yang bertempat di lokasi berikut:
Pusat Simulasi,
Kompleks Sukan Negara,
Bukit Kiara.
(Dibuka 24 jam sehari)
Founder’s Lab
45-2A, Lorong Ara Kiri 1,
Kompleks Lucky Gardens,
Bangsar, 59100
Kuala Lumpur
(Dari 9pagi hingga 9mlm)
IM4U juga memerlukan bantuan sukarelawan. Jadi sesiapa yang berminat boleh hadir di lokasi yang disertakan di atas dan memberikan bantuan!
sumber
Kurang Ajar.. Solat Dibuat Main-Main
SEDIH sungguh mengenang perilaku dan sikap yang ditonjolkan segelintir pemuda hingga sanggup menconteng arang terhadap bangsa dan yang paling utama tuntutan agama Islam sendiri.
Friday 2 January 2015
Benar Ke Nahas QZ8501 Sudah Diramal 13 Hari Sebelum Kejadian??
Teori Konspirasi QZ8501. Misteri seorang pengguna forum dari China 'meramalkan' sebuah pesawat AirAsia akan hilang 13 hari sebelum pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan jatuh ke laut benar-benar menimbulkan banyak persoalan.
Buku Kuno Ini Berusia 500 Tahun Dan Paling Awal Pernah Dicetak Beserta Ilustrasi
Seorang pemilik buku kuno, Ken Sanders, baru saja dikejutkan oleh adanya sebuah buku berusia 500 tahun yang ia dapatkan dari seorang dermawan.
Kisah Lelaki Lumpuh Dan Anjingnya Yang Menjadi Peneman Setia
Kisah mengharukan dari wilayah Luoyang, Henan, China, betapa kuatnya ikatan antara manusia dan anjing.
Di Saat Malaysia Dan Indonesia Berkabung, Singapura Menyambut Tahun Baru Dengan Sangat Meriah!
SINGAPURA – Pada ketika dua buah negara jirannya, Malaysia dan Indonesia sanggup membatalkan pelbagai majlis meriah berunsur hiburan bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu 2015, lain pula halnya yang berlaku di Singapura lewat malam tadi.
QZ8501 Mungkin Berjaya Mendarat Di Atas Permukaan Air
SEKUMPULAN anggota polis membawa satu serpihan dipercayai gelonsor kecemasan boleh kembung milik pesawat QZ8501di Pelabuhan Kumai di Pangkalan Bun semalam. - Reuters
JAKARTA – Beberapa pakar penerbangan percaya juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang pada Ahad lalu berjaya membuat pendaratan cemas di atas air tetapi kapal terbang berkenaan tenggelam akibat dibadai ombak besar menyebabkan semua penumpang gagal menyelamatkan diri.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Surabaya menuju ke Singapura itu juga tidak mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan yang biasanya diaktifkan apabila sesebuah kapal terbang terhempas atau tenggelam di dalam air.
Pakar percaya, itu menunjukkan Kapten Iriyanto yang mengendalikan pesawat tersebut berjaya membuat pendaratan selamat di atas air.
Editor kanan majalah penerbangan Angkasa, Dudi Sudibyo berkata, Iriyanto seorang juruterbang yang berpengalaman dan ada kemungkinan dia berjaya membuat pendaratan di atas permukaan laut.
“Pemancar Pengesan Kecemasan (ELT) akan diaktifkan jika ada impak yang kuat sama ada di darat, laut atau di lereng gunung.
“Saya percaya ELT tidak diaktifkan kerana tidak ada impak yang kuat semasa pendaratan dibuat.
“Bagaimanapun, semua ini dapat disahkan jika kotak hitam yang mengandungi data penerbangan dan rakaman suara kokpit dapat dijumpai,” katanya.
Pesawat penerbangan QZ8501 yang membawa seramai 162 penumpang termasuk tujuh kru itu terputus hubungan ketika cuaca buruk kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Surabaya.
Beberapa pakar penerbangan yang merujuk data radar percaya pesawat tersebut terhenti ketika penerbangan atau ketika mendaki untuk mengelak cuaca buruk.
Pesawat Airbus A320-200 dipercayai mengalami aerodynamic stall kerana terbang terlalu perlahan atau mendaki terlalu menegak.
Juruterbang tersebut juga dipercayai tidak membuat sebarang panggilan kecemasan sebelum hilang dari pada radar.
Sehingga semalam, pasukan penyelamat sudah menemui sembilan mayat yang masih sempurna termasuk seorang yang memakai jaket keselamatan dan serpihan kapal seperti pintu pesawat serta gelongsor kecemasan.
Bekas komander tentera udara Indonesia, Chappy Hakim percaya pesawat itu tidak berkecai di udara atau mengalami kerosakan yang teruk ketika mendarat di permukaan laut.
“Jika pesawat ini berkecai di udara atau terhempas dengan kuat di laut, tidak mungkin mayat yang dijumpai masih dalam keadaan sempurna.
“Badan pasawat juga tidak berkecai selepas imej sonar berjaya mengesan satu objek besar di dasar Laut Jawa tidak jauh dari lokasi serpihan dan mayat dijumpai,” ujarnya.
Bekas Menteri Pengangkutan Indonesia, Jusman Syafii Djamal pula yakin, penemuan pintu kecemasan dan gelongsor boleh kembung menunjukkan ada penumpang memulakan proses keluar dari pesawat sebaik ia mendarat di laut.
“Pintu kecemasan itu mungkin dibuka seseorang.
“Kemungkinan ketika penumpang sedang menunggu kru mengisi angin pada rakit keselamatan, satu ombak besar telah membadai muncung pesawat menyebabkan pesawat itu terus tenggelam,” ujarnya.
Mengikut standard keselamatan penerbangan, semua penumpang perlu dikeluarkan daripada pesawat dalam tempoh 90 saat selepas sesebuah kapal terbang membuat pendaratan cemas.-Kosmo
Kerana Kacang, Seorang Bekas Eksekutif Korean Air Ditahan
Seoul: Bekas eksekutif Korean Air yang mengamuk kerana tidak puas hati dengan cara dia dihidangkan kacang makadamia semalam ditahan kerana meletakkan penerbangannya dalam bahaya ketika kejadian.
Cho Hyun-ah yang juga anak pengerusi syarikat penerbangan berkenaan dikritik hebat selepas kejadian 5 Disember itu yang menyebabkan pesawat dinaikinya terpaksa berpatah balik ke New York untuk menurunkan seorang pramugara kanan.
Dia dilaporkan marah kerana dihidangkan kacang dalam beg dan bukan di atas piring menyebabkan kejadian itu digelar ‘nut rage’ (radang kacang).
Pendakwa setakat ini belum mendakwa Cho, namun undang-undang Korea Selatan membolehkan suspek ditahan enam bulan untuk mengelaknya melarikan diri atau menghapuskan bahan bukti.
Pejabat Pendakwa Seoul Barat berkata, mahkamah daerah mengeluarkan waran tangkap terhadap Cho menyebabkan wanita itu diletakkan dalam tahanan malam kelmarin.
Menurutnya, eksekutif Korean Air dikenali sebagai Yeo turut ditahan kelmarin kerana didakwa mendesak pekerja penerbangan itu supaya mendiamkan perkara itu.
Katanya, mahkamah mengesahkan pelbagai usaha dilakukan untuk menutup perbuatan Cho itu sejak ia berlaku.
Sehubungan itu, Cho berdepan pelbagai tuduhan termasuk keganasan di dalam kapal terbang dan mengubah haluan perjalanan pesawat, kesalahan yang melanggar undang-undang penerbangan.
Cho, 40, meletak jawatan sebagai Naib Presiden Korean Air dan semua jawatan di syarikat bersekutu awal bulan ini.
Seorang penumpang pesawat berkenaan memberitahu media tempatan bahawa Cho menyerang dan mengugut anak kapal ketika kejadian.-Hmetro
Ibu Bapa Kejam Biarkan Bayi Mati Kebulur Sementara Mereka Makan
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bayi berumur 22 hari ditemui mati kelaparan di dalam sebuah kereta ketika ibu dan ayah tirinya sedang menikmati bufet di sebuah restoran.
Ibu tersebut, Ruby, 33, dan ayah tiri kepada bayi tersebut, Roy, 48 didakwa di atas tuduhan membunuh bayi berusia 22 hari tesebut.
Bayi tersebut, Betsey Kee Stephens hanya berat 1.8 kilogram ketika ditemui mati minggu lepas, kurang lebih dari sekilogram ketika dia dilahirkan.
"Pada pendapat saya, bayi tersebut terseksa semenjak dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia," kata Penolong Ketua Polis Mike Link.
Pegawai kesihatan mengisytiharkan Betsey maut 3 jam sebelum ibu dan ayah tirinya memanggil nombor kecemasan.
Pasangan tersebut memberitahu bahawa mereka meninggalkan bayi tersebut bersama dua beradiknya di dalam kereta ketika mereka pergi makan di Golden Corral, sebuah restoran yang menghidangkan makanan ala bufet.
Mereka memanggil nombor kecemasan selepas mendapati kaki Betsey sejuk sekembalinya ke kereta, lapor mirror.co.uk.
Adik beradik Betsey, berumur satu dan dua tahun berkeadaan sihat dan sedang dijaga oleh pihak kebajikan.
"Kalau kamu tidak mahu anak tersebut, berikan anak tersebut kepada orang lain (untuk dijadikan anak angkat)," kata Mike.
"Kamu tak perlu biarkan dia mati kelaparan," tambahnya. - Sinar Harian
Thursday 1 January 2015
(GAMBAR-GAMBAR) Wanita Ini Telah Mengahwini Dua Ekor Kucingnya!
Barbara Buchner, 48 tahun bertindak mengahwini 2 ekor kucingnya selepas hubungan cintanya dengan kekasih manusianya selama 7 tahun berakhir. Dia mengahwini kucing-kucingnya kerana berasa kecewa dan serik dalam bercinta. Malah dia juga berjaya dalam mendapatkan sijil perkahwinan dari laman web online yang khas dalam perkara ini.. Apalah yang dia ni fikir agaknya..
Jom tengok Barbara dan suami-suami kucingnya!
Inilah Satu-Satunya Surat Khabar Di Dunia Yang Menggunakan Tulisan Tangan!
The Musalman 'adalah satu-satunya surat khabar harian yang ditulis menggunakan tangan yang diterbitkan di dunia setiap hari di Chennai India Selatan. Pada masa ini ianya diterbitkan oleh Syed Arifullah. Beliau mengambil alih syarikat itu selepas bapanya meninggal dunia. Bapa beliau yang mengusahakan syarikat itu selama 40 tahun yang diasaskan oleh datuknya pada tahun 1927.
Surat khabar ini di terbitkan dengan rupa asal dan tidak berkompromi dengan font komputer. Ia meliputi pelbagai topik dalam empat berita piawainya - muka surat saiz - kertas. Penyediaan pada setiap halaman mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Selepas berita diterima dalam bahasa Inggeris dari pemberita sambilan, ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Urdu dan Katibs - penulis, khusus kepada seni purba Urdu kaligrafi, mengarang seluruh cerita di atas kertas. Selepas itu salinan negatif daripada kertas tulisan tangan disediakan dan dibuat pada plat cetak.
Surat khabar ini mempunyai, purata secara kasar, 23000 pelanggan, kebanyakannya dari bandar-bandar selatan.
Gambar-gambar 2 Bot Nelayan Haram Yang Telah Ditembak Oleh Pesawat Tentera Laut Indonesia
Pemain Cilik Sabah Dapat Tawaran Dari Akademi Wolfburg di Jerman
Kota Kinabalu: Pemain TABS Safa Bandaraya, Enel Tan mendapat tawaran menyertai Akademi Bolasepak Bawah 15 tahun VfL Wolfsburg, kelab Divisyen Satu Bundesliga Jerman.
Tawaran itu diterima daripada kelab berkenaan bulan lalu, menurut ayahnya, Danny Tan.
Danny berkata, berdasarkan tawaran itu, anaknya dijangka mengikat kontrak dengan kelab berkenaan antara dua hingga tiga tahun.
Katanya, beliau akan menghantar anaknya ke Jerman sebaik sahaja urusan visa selesai.
“Buat masa ini saya mengurus visa dan selepas memperolehnya, saya dan isteri akan menemaninya ke sana,” katanya.
Enel, 13, salah seorang pemain remaja yang digilap TABS Safa Bandaraya, badan yang mengendalikan program pembangunan bola sepak belia Sabah turut dipantau Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA).
Sebelum ini, pemain remaja itu turut terpilih mengikuti latihan selama dua minggu di Cardiff City, Wales.
Dalam perkembangan lain, Enel bersama rakannya Mohd Hizaz Lokman, 14, turut dipanggil Safa Bandaraya mengikuti latihan persediaan bersama pasukan bawah 18 tahun Sabah menghadapi Kejohanan Piala Borneo di Kota Kinabalu, 6 Januari ini.
Hizaz adalah pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian yang pulang ke Sabah sepanjang cuti persekolahan. - myMetro online
Mayat Lelaki Dan Perempuan Cukup Sifat Dan Masih Sempurna
SURABAYA — Pemeriksaan awal forensik di Hospital Bhayangkara mendapati mayat seorang lelaki dan perempuan dari pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 berada dalam keadaan sempurna, cukup sifat dan masih utuh.
Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar Budiyono berkata bagaimanapun, kedua-dua mayat itu berbau busuk kerana telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lepas.
Katanya, kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Bhayangkara, dekat sini kira-kira 40 kilometer dari Surabaya untuk menjalani proses bedah siasat dan identifikasi.
“Maklumat lanjut mengenai identiti seperti umur dan sebagainya belum lagi boleh diperolehi kerana forensik baru menerima jenazah petang ini (Rabu).
“Kami memerlukan waktu untuk mendapatkan identiti jenazah. Team kami sedang bekerja keras,” katanya dalam sidang akhbar di perkarangan hospital tersebut pada lewat petang ini.
Jelasnya, terdapat juga pelbagai pakar lain dari bidang patologi, DNA, dan orthodonlogy (pergigian) terlibat dalam bedah siasat ini.
Difahamkan kira-kira 20 doktor dan pakar bedah siasat bersiap sedia untuk menjalankan proses bedah siasat yang dijangka dimulakan secepat mungkin dan siap dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Pihaknya juga berharap untuk mendapatkan identiti dua mayat ini dengan kadar segera seperti membandingkan sampel gigi dan tulang mayat dengan data waris dan keluarga di dalam simpanan mereka.
Namun semua keputusan dan segala-galanya bergantung kepada kecepatan proses bedah siasat, katanya.
Pada kebiasaannya, sebaik selesai proses bedah siasat dan identifikasi, mayat akan diserah kepada waris dan ahli keluarga sebelum disembahyangkan dan disemadikan mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa waris dan ahli keluarga telah mulai tiba bagi mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini.
Difahamkan Pusat Krisis yang sebelum ini diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, akan dipindahkan ke hospital ini.
Dilapor, enam mayat, tiga lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang kru penerbangan kini masih lagi dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.
Cuaca buruk dengan ombak setinggi tiga meter menjejas operasi mencari.
Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.
Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.
Kru pesawat itu terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.–BERNAMA
Jinggo Perjelas Bukan Tujuannya Untuk Menjatuhkan Reputasi Puteri Balqis
Agak sedih juga sebenarnya apabila pendedahan Jinggo yang dilakukan menerusi media sosial telah menyebabkan orang ramai menganggap Puteri Balqis dan pihak pengurusannya kini mula berlagak diva selepas memenangi anugerah baru-baru ini. Walaupun ibu Puteri Balqis telah tampil dan menerangkan segala dakwaan Jinggo adalah fitnah semata-mata, sedikit sebanyak reputasi pelakon cilik itu pasti tercalar dengan apa yang telah terjadi.
Tampil menerusi Mstar Online, Jinggo menerangkan pendedahannya itu dilakukan kerana kecewa dengan sikap bapa Balqis yang mengeluarkan kata-kata kesat apabila membalas mesejnya dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan reputasi Puteri Balqis. Kata Jinggo:-
Bukan itu sahaja, dia turut membabitkan isteri saya (Sheila Rusly) yang tiada kena mengena pun dengan perkara ini. Mesej dia telah mencabar maruah saya dan perkara itu membuatkan saya bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati itu di Facebook. Bukan bermakna ingin menjatuhkan reputasi Balqis. Terpulanglah pada umum untuk menilai perkara itu.
Ini saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Memang saya minta pihak produksi mendapatkan Balqis untuk drama ini dan mereka cuba usahakan sehingga dapat. Selepas menerima jadual Balqis, kami lihat agak sukar untuk menyusun jadual penggambaran Balqis bersama artis-artis lain yang terlibat.
Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan surat memaklumkan hasrat kami untuk bekerjasama terpaksa dibatalkan. Tetapi lain pula jadinya apabila bapa Balqis memberi jawapan dengan kata-kata yang langsung tidak berbudi bahasa. Sudah 23 tahun saya terlibat dalam industri ini, takkanlah pihak saya suka-suka nak batalkan tawaran.
beautifulnara.com
378 Maut Dipijak Dalam Perayaan Festival
SEORANG pengunjung cuba menyelamatkan diri dari celah timbunan tubuh yang tidak sedarkan diri.
PHNOM PENH (Kemboja): Pasukan penyelamat, semalam meredah sungai berlumpur untuk mencari ramai lagi mayat ketika Kemboja meratapi tragedi kematian 378 rakyatnya manakala beratus-ratus lagi cedera akibat dipijak beribu-ribu pengunjung festival.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyifatkan ia tragedi terbesar negara itu sejak tragedi pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Khmer Rouge pada 1970-an.
Beribu-ribu pengunjung panik yang meraikan festival berakhirnya musim hujan di sebuah pulau di tengah sebuah sungai cuba untuk melarikan diri melalui jambatan yang sempit di Phnom Penh pada lewat malam, semalam.
Ramai pengunjung yang dipijak ataupun jatuh ke dalam sungai. Mangsa yang keliru pula cuba untuk menyelamatkan diri di tengah-tengah lautan manusia dengan menolak sesama sendiri di setiap arah. Selepas insiden pijak-memijak itu, beratus-ratus mayat bertindihan antara satu sama lain di jambatan berkenaan, sementara pasukan penyelamat memenuhi kawasan itu.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/378matidipijak/Article#sthash.sZ1Gp5MP.dpuf
Operasi mencari mayat di dalam dan sepanjang Sungai Bassac diteruskan, semalam.
Kejadian mengerikan malam itu yang disiar di televisyen kebangsaan menunjukkan mangsa sama ada yang masih hidup atau sudah mati bertindihan sesama sendiri.
Sesetengahnya pula menghulurkan tangan sambil menjerit meminta tolong dan ada yang menarik tangan petugas penyelamat yang bersusah-payah membantu mereka yang terperangkap.
Tidak dapat dipastikan apakah punca ynag menyebabkan insiden pijak-memijak itu berlaku. Pihak polis dan saksi kejadian mendakwa jambatan sempit itu tidak menyediakan laluan keluar masuk yang cukup luas ke pulau itu.
Dua ahli perniagaan warga Singapura yang mengendalikan sistem bunyi dan lampu untuk festival itu berkata, pihak berkuasa menutup laluan di jambatan lain sejak awal-awal lagi hingga memaksa berpuluh-puluh ribu pengunjung menggunakan satu laluan saja.
Seorang saksi berkata, insiden mengerikan itu bermula apabila beberapa pengunjung pitam akibat ditolak dalam kesesakan itu. Seorang lagi saksi yang terselamat pula berkata, dia mendengar siren polis sebelum pengunjung mula panik.
“Saya benar-benar terkejut. Saya sangka saya akan mati di situ juga. Mereka yang kuat dapat menyelamatkan diri tetapi ramai wanita dan kanak-kanak terkorban,” kata Chea Srey Lak, seorang wanita 27 tahun yang ditolak oleh ribuan pengunjung yang panik di jambatan itu.
Dia berjaya menyelamatkan diri tetapi memberitahu seorang wanita tua berusia 60 tahun yang terbaring di sebelahnya mati dipijak beratus-ratus pengunjung yang berlari menyelamatkan diri.
“Saya dengar banyak tangisan dan jeritan meminta tolong di mana-mana saja, tetapi kami tidak dapat membantu antara satu sama lain. Semua orang hanya berlari,” ujar Chea di Hospital Calmette, di mana dia menerima rawatan di kaki dan tangannya yang tercedera.
Sementara itu, van ambulans bergegas pergi dan balik berulang kali dari tempat kejadian ke hospital selama beberapa jam. Hospital Calmette yang menjadi pusat perubatan utama di Phnom Penh dipenuhi dengan mayat mangsa, selain mereka yang cedera hingga ada yang terpaksa dirawat di ruang masuk utama, manakala sanak-saudara mencari orang yang tersayang. - Hmetro
Subscribe to:
Posts (Atom)