Tuesday, 30 December 2014

Jinggo Dakwa Bapa Puteri Balqis Bajet Diva, Ibu Jelas Cerita Sebenar


Baru-baru ini pengarah popular Jinggo berkongsi gambar di Facebook menunjukkan betapa berlagaknya pihak pengurusan Puteri Balqis.


Menerusi satu ‘screenshot’ yang dikongsikan, pihak JS Pictures dengan ayat yang amat profesional telah pun memaklumkan pembatalan pengambilan Puteri Balqis dalam sebuah drama. Namun sayangnya ayat balasan yang diterima daripada pihak pengurusan Puteri Balqis (ayah pelakon cilik tersebut) amat mengecewakan. 

Namun kini ibu kepada pelakon cilik itu tampil menjelaskan cerita sebenar. Menurut Ibu kepada Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz, segala apa yang ditulis oleh Jinggo yang merupakan suami Sheila Rusly adalah fitnah semata-mata.

Berdasarkan penerangan Norashikin, pihak produksi tersebut telah merayu agar Puteri Balqis berlakon di dalam drama Syurga Nur sehingga tahap menganggu tanpa mengira siang dan malam. Skrip juga telah diterima dan dihafal oleh Puteri Balqis. Namun ketika pertemuan untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan doposit, pihak produksi menghantar mesej bahawa mereka membatalkan tawaran tersebut. Kata Norashikin:-

Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri.

Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur untuk slot Akasia di TV3 yang mana ada enam episod untuk Balqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana ada penggambaran drama dengan Micheal Ang.

Namun, pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut. Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis.

Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.

Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.

Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod


 

Norashikin juga turut memaklumkan yang mereka telah dinasihat oleh beberapa pihak agar tidak berurusan dengan produksi tersebut kerana syarikat itu banyak mendatangkan masalah. Nampak gaya berdasarkan penerangan ini, ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik Puteri Balqis. Mungkin ada komplot tertentu untuk menjahanamkan karier Puteri Balqis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog