Thursday, 14 August 2014

Sejumlah RM100,000 wang dalam akaun 3 mangsa MH370 lesap

Kuala Lumpur: Sejumlah wang milik penumpang pesawat MH370 sebanyak RM100,000 dilaporkan lesap daripada akaun bank mereka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan selepas laporan dibuat seorang pekerja bank terbabit.
"Seorang individu tidak dikenali memindahkan wang daripada tiga akaun mangsa kepada akaun mangsa keempat sebelum traksaksi seterusnya dibuat melalui mesin ATM dan kios bank.

"Polis sedang mengesan lokasi pengeluaran berkenaan untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjejaki individu berkenaan," katanya.

Katanya, pengeluaran berkenaan membabitkan RM100,000 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac berikutnya.- Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog