Wednesday, 13 August 2014

Israel dakwa sebar mesej, panggilan telefon dan risalah sebelum serang.

Dalam satu kenyataan melalui laman twitter IDF, Israel telah mendakwa menghantar mesej serangan menggunakan telefon dan juga risalah layang sebelum serangan bermula. Dengan angkuhnya, mereka menambah "Ada ke negara lain buat benda yang sama?"


Jika benar mereka menyebarkan risalah tentang peperangan untuk mengelakkan penduduk awam terbunuh, kenapa ramai kanak-kanak dan juga orang awam yang majoritinya terbunuh dalam serangan mereka baru-baru ini.

Kalau benar hendak kurangkan orang awam yang terbunuh, kenapa pergi serang sekolah, hospital dan masjid? Sedangkan mereka tahu itu adalah tempat larangan serangan jika berlaku peperangan.

Israel sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang suka menipu. Ini termasuklah beberapa gambar yang disebarkan oleh mereka yang mengatakan Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai pelindung mereka.


Malangnya dakwaan bohong oleh israel itu telah dapat dihidu oleh orang ramai kerana gambar yang sama telah disebarkan pada tahun lepas yang menunjukkan peperangan di Syria.


Kesimpulan yang boleh dibuat, jika sesuatu perkara baik yang disebarkan oleh israel sememangnya tidak boleh dipercayai sama sekali. Jika mereka sebarkannya, tentu ada agenda disebalik penyebaran itu. - SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog