Thursday, 14 August 2014

Nota hutang pemuda Palestin yang mati terbunuh


Rakyat Palestin kini hidup dalam keadaan ketakutan kerana diserang dan dibedil tanpa henti oleh rejim Zionis.

Tetapi, walaupun hidup dalam keadaan begitu, mereka tidak sesekali lari dari tanggungjawab mereka sebagai Islam dan juga manusia.

Mungkin kerana mereka tahu nyawa mereka di hujung tanduk, mereka menjadi lebih peka berkenaan dosa dan pahala.

Ada satu kisah, yang patut dijadikan teladan buat semua dimana seorang pemuda Palestin yang mati terbunuh di dalam serangan baru-baru ini didapati membawa sekeping nota di dalam poket seluarnya.

Dalam nota tersebut, tertulis nota hutangnya, yang mana dia berhutang sebanyak $3 kepada dua individu.



Walau hanya $3, tapi nampaknya pemuda ini benar-benar prihatin terhadap hutangnya. Mungkin dia takut, hutangnya yang cuma $3 akan menjadi penghalangnya untuk ke syurga akhirat nanti.

Sampai begitu sekali keimanan pemuda ini. Tidah hairanlah kenapa Israel takut sangat dengan orang Palestin. - SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog