Monday, 11 August 2014

Pesawat Taban Airlines terhempas, 48 maut


Tehran: Semua 48 penumpang dan anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat itu terhempas berhampiran sebuah lapangan terbang di ibu negara itu, pagi tadi.

Pesawat HH5915 yang dikendalikan Sepahan Air, terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan terbang Tehran-Mehrabad Airport (THR), pada jam 9.18 waktu tempatan.

Agensi televisyen Iran IRNA berkata, insiden itu dipercayai berlaku akibat kegagalan enjin sebaik pesawat itu berlepas ke bandar Timur Tabas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata, turut berada dalam pesawat itu adalah dua bayi dan tiga kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

"Pesawat itu terhempas dalam blok kediaman Azad di Mina 6 Boulevard. Sekurang-kurangnya tiga orang yang tinggal di kawasan itu dibawa ke hospital akibat cedera," lapor IRNA.


Sementara itu, jabatan jabatan bomba dan penyelamat yang dipetik IRNA sebagai berkata, semua penumpang terbunuh dengan mayat mereka dipindahkan ke pejabat koroner.

Insiden ini adalah kedua selepas kejadian pada 24 Januari 2010 membabit Tabas Airline apabila pesawat HH6437, terhempas ketika membuat pendaratan cemas di Lapangan Antarabangsa Mashhad. Bagaimanapun, semua 157 penumpang serta 13 anak kapal terselamat. - Iran IRNA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog