Tuesday, 12 August 2014

Buruk kena kutuk, cantik kena fitnah- Jihan Muse

Ya memang susah menjadi seorang wanita. Lebih-lebih lagi sekiranya anda berkecimpung dalam industri hiburan. Kalau muka tak cantik, memang sukar mendapat tawaran kerja. Tapi kalau muka ada perubahan sedikit, mulalah keluar desas-desus buat pembedahan, cucuk botox dan sebagainya. Itulah yang sedang dialami oleh Jihan Muse yang popular menerusi rancangan Raja Lawak.
Kekecewaan Jihan jelas terserlah menerusi salah satu ‘tweet’ yang ditulisnya.
jihan muse muka
Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Jihan Muse bersumpah yang wajah adalah asli 100%. Tiada teknologi moden yang digunakan. Kata Jihan:-
Saya berani bersumpah yang saya tidak mengubah wajah semata-mata kerana mahu kelihatan cantik. Pada saya, mendapatkan rawatan dengan menggunakan teknologi moden semata-mata kerana mahu cantik adalah membazir dan berdosa.
Apa yang dilihat adalah asli. Mungkin perubahan itu disebabkan teknik solekan. Kalau nak tahu, saya tidak pernah berbelanja untuk cantik. Saya guna pencuci muka murah sahaja. Harganya dalam RM20.
Dulu ketika masih remaja saya tidak gemar sangat nak bersolek kerana waktu itu saya sangat lasak. Apabila semakin dewasa saya mula terasa mahu menjaga penampilan. Bukanlah kerana mahu cantik, tetapi untuk kelihatan kemas.
Tidak mahulah nanti apabila kita keluar rumah, orang akan tengok dengan perasaan pelik kerana apa yang dilihat di gambar tidak seperti berada di depan mata. Takut juga gambar kita kelihatan tak elok apabila ada peminat mahu bergambar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog