Friday 28 November 2014

Inilah Kristina Pimenova, Kanak-kanak Perempuan Yang Paling Cantik Di Dunia!

Gifted: Kristina has been walking catwalks since the age of four, graced the cover of Vogue Bambini when she was seven, and has  been the face of Roberto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani and Benetton
Kristina Pimenova mungkin hanya berusia sembilan tahun, tetapi dia adalah satu model yang sangat berjaya sejak usia tiga, dan secara meluas dianggap 'gadis paling cantik di dunia.'

Pulau Ini Dipenuhi Dengan Kucing Dan Digelar 'Syurga Kucing'!


Tashirojima adalah satu kepulauan nelayan kecil di Jepun yang terkenal dengan nama "Pulau Kucing" kerana sebilangan besar 'penduduknya' adalah kucing.


28 Gambar Photobombed Haiwan-haiwan Yang Kelakar Dan Comel!


22 Gambar Selfie Haiwan Yang Comel!


Zaman sekarang ni semua orang suka berselfie. Di mana-mana saja pun nak berselfie. Kalau boleh tengah duduk atas jamban pun bosan-bosan selfie, Agaknya menarik muka teran2 sambil berselfie. haha! Tapi tak sangka haiwan-haiwan pun suka berselfie juga ye?
Jom tengok koleksi selfie2 haiwan yang cute!

Lelaki Meniru Gambar Selfie Perempuan Dan Hasilnya Kelakar!

Boleh dikatakan semua perempuan suka berselfie atau snap gambar kan. Gaya perempuan ambil gambar agak berlainan dan unik berbanding lelaki. Lelaki ini bertindak dengan lebih kreatif dan unik melakonkan semula aksi2 perempuan mengambil gambar dan hasilnya memang kelakar! haha
Jom tengok:

Yaasin Ambil Gambar Dengan Anjing, Harap Tiada Kontroversi

Ingat lagi vokalis kumpulan nasyid Brothers yang juga komposer, Yaasin Sulaiman? Ya, lama betul tak mendengar khabar penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Mimpi Laila itu.
Baru-baru ini, nama Yaasin tiba-tiba muncul di laman blog hiburan gara-gara gambar yang dimuat naik olehnya terdapat subjek sensitif iaitu anjing.
Dalam gambar tersebut, Yaasin sedang ber’wefie’ dengan pengarah Nasi Lemak 2.0, Name Wee yang memegang seekor anjing.
Jika diimbas kembali, mana-mana artis yang pernah memuat naik gambar bersama haiwan tersebut pasti akan menerima seribu satu kecaman daripada masyarakat, antaranya Adira, Nanu Baharudin dan Syarifah Sofea.
Namun, menerusi ruangan ‘caption’ pada gambar tersebut, Yaasin awal-awal lagi menyatakan bahawa dia berharap gambar tersebut tidak menimbulkan kontroversi kerana dia tak menyentuh langsung anjing berkenaan.
“I hope this photo won’t get me into trouble lah kan with @name_wee with Bibi @nameweephoto & Bibi @nameweephoto,” tulisnya.
Kalau ditelek-telek gambar tersebut, memang Yaasin tak menyentuh pun anjing itu. Maka tak payah lah ada pihak yang sengaja nak cetus isu ya! – MYNEWSHUB.CC

"Itu Bukan Gambar Saya,"- Tauke Jambu


Memang kecoh dibuatnya apabila gambar seorang lelaki dipercayai Tauke Jambu yang sedang asyik berci:um dengan seorang wanita tersebar di internet semalam.

Menerusi beberapa portal hiburan tempatan, gambar tersebut dipercayai tersebar di laman sosial selepas lelaki berkenaan menghantar telefon bimbitnya ke kedai telefon untuk diservis dan individu tak bertanggungjawab telah menyalin memori kadnya.

Ramai yang menganggap lelaki tersebut adalah Tauke kerana beberapa hint yang diberikan ada menyebut tentang sikapnya yang sering bertukar teman wanita.








Tapi, kita tak bolehlah nak menuduh tak tentu hala sebab gambar berkenaan dikaburkan. Malah, Tauke sendiri terkejut dengan dakwaan tersebut.

Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil.

Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut.






Selain menganggap penyebaran gambar tersebut sebagai satu bentuk sabotaj untuk mencalarkan imejnya, Tauke juga tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat.

Apa yang pasti, kontroversi bercium ini memberi tamparan hebat kepada Tauke dan kumpulan Virus.

Sumber www.ohbulan.com

Thursday 27 November 2014

8 Gambar UFO Yang Terawal Pernah Ditangkap


Gambar UFO Tertua Yang Pernah Diambil- Mt. Washington, New Hampshire 1870

Gambar ini menggambarkan pembentukan awan di puncak Gunung Washington dalam musim sejuk tahun 1870 - 1871. Gambar adalah sebahagian daripada stereoview antik yang berlaku mengandungi objek cerut berbentuk suatu yang tidak dapat dijelaskan.

Ia adalah pada masa yang sama yang tertua dan salah satu pemerhatian UFO yang terbaik dalam rekod. Ingat, tidak ada kapal terbang di langit pada tahun 1870 dan tidak ada manipulasi digital.

Pada tahun 2002, imej ini telah dibeli di Ebay untuk $ 385,00 oleh Samuel M. Sherman, presiden Bebas-Gambar Antarabangsa Corp.

Kanak-kanak 3 Tahun Tertembak Ibu Sendiri Di Kepala


Oklahoma – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah tertembak ibunya secara tidak sengaja menyebabkan wanita itu, Christa Engles, 26, meninggal dunia selepas sejam kejadian menyedihkan itu berlaku.

Ketika kejadian, Engles sedang menukar lampin pakai buang anak perempuannya yang berusia setahun.

Pada masa sama, kanak-kanak lelaki berkenaan menemui sepucuk pistol di bawah kerusi, lalu melepaskan tembakan ke arah ibunya dan terkena kepalanya.

Bapanya, Brian Engles dan neneknya tiada di rumah itu ketika kejadian.

Menurut polis, terdapat beberapa pucuk senjata api di rumah tersebut, namun malangnya kanak-kanak tersebut menemui pistol yang berisi senjata.

Kanak-kanak itu telah disoal oleh polis dan dia berulang kali memberitahu `ibu kena tembak’,’’kata jurucakap polis.

Dalam pada itu, Brian, yang bekerja sebagai pemandu lori hanya mengetahui isterinya dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal, ketika dia berada di luar daerah.

Saya kehilangan isteri dalam satu kemalangan semalam. Jangan lupa untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka. Anda tidak akan tahu bila kata-kata `saya sayang awak’ adalah yang terakhir untuk mereka,’’ demikian tulisnya dalam Facebook miliknya.

Karisma Kapoor Berlagak, Sombong,- Farhan Azizan

farhan


TAK dinafikan ramai di kalangan peminat tempatan yang meminati serta menggilai bintang Bollywood yang semuanya serba kacak dan cantik-cantik belaka.

Tapi sedari dulu dikhabarkan superstar-superstar Bollywood ni ada karakter semacam iaitu suka berlagak diva atau dalam erti kata lain sombong dan tak mesra peminat.

Malah, penyanyi Farhan Azizan turut mengakui seorang pelakon Bollywood popular, Karisma Kapoor yang sempat ditemuinya dalam satu majlis baru-baru ini sangat sombong sampaikan tidak mahu bersalam dengan tetamu yang hadir pada acara keraian itu.


“Adatlah kalau bintang luar diagung-agungkan di negara kita. Sedangkan mereka seperti memijak kepala kita saja. Tapi dia masih mampu tersenyum di depan tetamu dan melayan permintaan untuk bergambar.

“Cuma satu yang saya perhatikan dia memang tak bersalam dengan orang di acara itu. Benar kalau dia dianggap Tuhan di negaranya sendiri tetapi di negara kita dia tidak dianggap begitu. Dia datang ke sini pun semestinya dibayar.

“Pada satu tahap saya tengok dia sendiri menolak untuk bergambar dengan tetamu. Malah hingga bercakap atau menyahut percakapan orang pun seperti dah tak kuasa lagaknya. Negara kita murah dengan adab dan senyuman, jangan fikir kita nak puja dia seperti di negaranya,”
katanya memetik laporan Berita Harian.

Huh, sampai macam tu sekali lagak Karisma!

Mungkin dia berasa namanya terlalu besar sampaikan semua orang pun dia buat layan tak layan je.

Kalau artis Malaysia yang cuba buat perangai macam ni, pasti akan dihencap seantero Malaysia.

Harap-harap takdelah artis tempatan yang feeling-feeling diva macam Karisma ni! 

GILA.. Universiti Luar Negara Anjur Pertandingan "Punggung Tercantik"!



UNIVERSITI Cambridge di United Kingdom sememangnya dikenali sebagai salah satu institusi pengajian tinggi terunggul di dunia.

Tapi tak kesemua penuntutnya ‘bijak pandai’ apabila sesetengah mereka suka rela menayangkan punggung untuk tatapan umum bagi menyertai pertandingan ‘Punggung Tercantik’ yang dianjurkan kesatuan pelajar di sana.

Difahamkan ramai penuntut dari pelbagai jurusan mengambil bahagian dalam pertandingan ini hingga akhirnya hanya 12 pelajar yang tinggal terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan sebagai finalis.

Ini merupakan tahun ketiga penganjuran pertandingan seumpama itu dan kali ini dilihat lebih meriah kerana salah seorang daripada pesertanya memilih tema gambar meniru pose bogel sosialis terkenal, Kim Kardashian yang menjadi sensasi Internet, baru-baru ini.

Gambar-gambar mereka kemudiannya akan disiarkan dalam laman web akhbar kampus itu yang mana rakan-rakan pelajar yang lain boleh mengundi pelajar yang memiliki punggung paling cantik.

Walaupun ramai pelajar teruja mengambil bahagian dalam pertandingan ini, namun ada juga segelintir yang tidak bersetuju dengan penganjuran acara seperti ini yang dilihat boleh menjatuhkan prestij universiti terbabit yang berada dalam kelasnya tersendiri.

Pihak universiti walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penganjuran acara tersebut. 

1

3

4

5

7

8

9
10

Siapa Agaknya Gerangan Pelakon Lelaki Yang Mengambil Gambarnya Bercium?


TAK tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.

Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis.

Mendapatlah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab.

Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti.

Siapa eh agak-agaknya?




mynewshub.my

Wednesday 26 November 2014

12 Gambar Reaksi Orang Yang Naik Roller-Coaster!


Siapa suka naik roller-coaster? sesetengah orang suka sangat walaupun bila dah naik menjerit macam dah separuh nyawa. Ada yang bencikan mainan seperti ini.
Kalau dapat naik dengan seronok tak apalah. Kalau yang muntah tu? Mesti malu sangat kan..
So kom tengok aksi2 menarik orang2 yang naik roller-coaster! 

7 Penjara Yang Paling Ganas Dan Menyeramkan


Penjara merupakan tempat bagi banduan yang menghabiskan hukuman didalamnya tetapi setiap penjara berbeza kerana ada sesetengah penjara menjalani hukuman yang kejam dan ganas. Berikut merupakan 7 penjara paling kejam dan ganas di dunia.

Kemalangan Maut Ngeri Wanita Terputus Kepala Di Lebuhraya Skudai

Satu kemalangan ngeri berlaku sebelum Kemayan City dari arah Skudai ke Johor Bahru melibatkan Kereta, motosikal dan lori. Menurut perkongsian info, dipercayai kepala penunggang motosikal perempuan itu terputus.

Melalui beberapa komen pengguna media sosial, kejadian dikatakan berpunca daripada kereta yang menukar lorong. Perempuan itu terjatuh daripada motosikalnya sebelum digilis oleh kenderaan yang berada dibelakang.



Menurut warga setempat, tempat kejadian merupakan kawasan yang kerap kali berlaku nahas ngeri yang melibatkan kematian. 

Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah.








Sumber tengoktvonline.blogspot.com

Tasik Ini Sangat Indah, Tetapi Sangat Merbahaya Kepada Manusia!





Tasik Chagan di Kazakhstan mempunyai panorama yang sangat indah. Rumput hijau dan batu kecil menghiasi di pinggir tasik, airnya yang tenang juga menggoda pelawat untuk berenang. Tapi awas, pelawat dilarang menyentuh air tasiknya!

Eina Azman Beri Penjelasan Berkaitan Parking Kereta Di Tempat Isi Minyak



Nabil Tak Kisah Apa Orang Nak Kata


Susah juga sebenarnya menjadi pelawak. Buat lawak yang sensitif sikit pun dah teruk kena hentam. Bukan senang nak buat lawak yang memuaskan hati semua orang. Kalau nak difikirkan hati semua pihak, memang confirmlah lawak tak menjadi. Itulah yang terjadi kepada Nabil Ahmad apabila lawaknya mengenai tuala wanita di minggu kedua MLM2014 mendapat kritikan sesetengah pihak.

VIDEO: Penjaga Zoo Pukul Anak Panda Dikecam Orang Ramai



China – Aksi seekor anak panda bernama Hua Ni yang dipukul oleh penjaga zoo di Pusat penyelidikan Panda di Sichuan telah mencetuskan kontroversi selepas video rakaman ia dipukul, dimuat naik dalam internet.

Pengakuan Anak Bongsu Jokowi: "Daging Babi Paling Sedap"

Hasil coretan Kaesang Pangarep, anak bongsu kepada Presiden baru Indonesia, Joko Widodo, dalam blog peribadinya, misterkacang.blogspot.my telah menimbulkan buat mulut ramai.

Lelaki Bogel Jatuh Dari Siling Tandas Wanita




BOSTON – Seorang lelaki bogel yang terjatuh dari siling sebuah bilik air wanita di Lapangan Terbang Logan menyerang seorang warga emas berusia 84 tahun sebelum dia berjaya ditahan polis.

Kejadian disedari ketika seorang wanita mahu menggunakan tandas yang terletak berdekatan pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal C, Lapangan Terbang Logan di sini, kata seorang jurucakap polis Boston, David Procopio.

Kata Procopio, lelaki itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam tandas berkenaan tanpa memakai pakaian lalu memanjat dan cuba merangkak di atas tandas tersebut sebelum dia tiba-tiba terjatuh.

Lelaki yang dikenali sebagai Shenk itu kemudian cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan seorang lelaki berusia 84 tahun dan menyerang lelaki berkenaan.

“Dia menggigit telinga dan mencekik leher warga emas itu dengan menggunakan tongkat mangsa,’’ katanya.

Shenk kemudian ­menyerang seorang anggota polis yang cuba menahannya menyebabkan anggota polis itu mengalami kecederaan ringan di tangan.

Shenk dibawa ke Hospital Besar Massachusetts untuk mendapatkan rawatan akibat cedera terjatuh dari siling.

Polis berkata, Shenk akan didakwa kerana cubaan membunuh, melakukan keganasan dan serangan terhadap warga emas dan anggota polis selain berkelakuan lucah serta merosakkan harta awam. – AP

sumber:kosmo

(8 GAMBAR)Kanak-kanak Lelaki Ini Menjadi Ikon Fesyen Di Internet!


Kebanyakan kanak-kanak berusia lima tahun suka bermain pakaian secara rawak menggabungkan pakaian untuk mencipta pakaian ultra-aneh, tetapi Alonso Mateo tidak main-main seperti itu.

Pengasuh Kejam Pijak Dan Sepak Budak 2 Tahun Dibelasah Dan Ditahan Polis



Uganda – Perbuatan seorang pengasuh yang bertindak kejam dengan mendera budak yang dijaga dengan kejam akhirnya terbongkar selepas bapa budak tersebut melihat pita rakaman kamera CCTV yang dipasang secara sembunyi di rumahnya.

Polis Tembak Maut Kanak-Kanak Lelaki Main Pistol Tiruan

Polis merampas sepucuk pistol airsoft yang digunakan Tamir untuk menakutkan orang ramai di sebuah taman permainan.


CLEVELAND, Ohio – Seorang kanak-kanak lelaki ber­usia 12 tahun ditembak mati oleh polis selepas dia mengacukan sepucuk pistol tiruan di sebuah taman permainan di sini.
Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Tamir Rice mati akibat kecederaan yang di­alaminya kelmarin, sehari selepas polis bertindak selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang individu mengacukan pistol tiruan di sebuah taman permainan kanak-kanak.
Timbalan Ketua Polis tempatan, Ed Tomba berkata, seorang anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah kanak-kanak itu selepas dia masih memegang pistol tiruan berkenaan setelah diarahkan untuk mengangkat tangan.
“Dia menarik pistol itu ketika polis memintanya mengangkat kedua-dua tangan lalu menyebabkan seorang anggota polis melepaskan tembakan,” kata Tomba.
“Ketika kejadian, gegelung berwarna oren yang biasa terdapat pada muncung pistol tiruan telah dibuka, polis beranggapan senjata itu pistol sebenar,” tambahnya.
Dua anggota polis yang terlibat dalam insiden tembakan tersebut bagaimanapun di­arahkan bercuti berdasarkan prosedur standard polis.
Akhbar tempatan, The Cleveland Plain Dealer melaporkan dua anggota polis berkenaan masing-masing telah ber­khidmat selama setahun dan 10 tahun.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang peguam keluarga kanak-kanak itu, Timothy Kucharski berkata, Tamir pergi ke taman permainan itu bersama rakan-rakannya namun dia tidak mengetahui butiran terperinci kejadian itu.
“Saya tidak mahu membuat sebarang penilaian secara tergesa-gesa,” katanya.
Menurutnya, dia mahu ­menyoal beberapa saksi kejadian untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk dan bukti. – AP
sumber:Kosmo

Tuesday 25 November 2014

LAMMILY: Ala-ala Barbie Tapi Lebih 'Normal' Dan 'Sihat'



Patung Barbie sememangnya mengungguli carta antara permainan terkenal dunia. Kegilaan terhadap patung ini membuatkan ia seolah-olah satu koleksi wajib khususnya kanak-kanak perempuan.

"Emma Maembong Tidak Perlu Takut Dengan Saya," Juliana Evans



Sebelum ini Zizan Razak telah dikaitkan dengan pelakon cantik jelita Juliana Evans atau lebih mesra dipanggil Jue.

Kisah Si Perasa Makanan Hitler Yang Ngeri Dan Sedih

Tidak tergambar seksanya bagi sesiapa sahaja yang  pernah hidup di zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari yang dilalui akan dipenuhi dengan rasa ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.

Jutawan Tawar RM433 Juta Untuk Mana-mana Lelaki Tambat Hati Anak Perempuan Lesbian!

Wanita Tunisia Mendapat Anugerah Muslimah Sedunia



Keanggunan dan keikhlasan Fatma Ben menyuarakan mengenai penderitaan rakyat Palestin menarik perhatian juri.
YOGYAKARTA: Mesej pembebasan Palestin yang disuarakan peserta Tunisia membawa tuah apabila berjaya menewaskan 17 wakil negara lain, sekali gus memenangi pertandingan ratu cantik khusus untuk wanita Muslimah di Indonesia, Sabtu.

Berbeza dengan pertandingan ratu cantik barat, semua peserta pertandingan itu wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah pengadil menilai kebolehan mereka membaca al-Quran dan pandangan mengenai Islam dalam dunia moden.

Penyertaan 18 finalis, termasuk yang bekerjaya sebagai doktor dan saintis komputer itu menampilkan gaya sopan dan sedap mata memandang.

Kali ini, Fatma Ben Guefrache yang juga saintis komputer diumumkan sebagai pemenang dan berjaya membawa pulang hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas dan pakej umrah.

"Semoga Allah membantu saya dalam misi ini dan membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria," kata wanita berusia 25 tahun itu dalam nada sebak.

Acara peringkat akhir ratu cantik Muslimah itu diadakan dengan latar belakang tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Kuil Prambanan di sini, bagi menandakan bahawa umat Islam menghormati penganut agama lain.

Pada awal pertandingan ini, beberapa cabaran dilalui termasuk membabitkan peserta Singapura yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan tidak membenarkan dia menyertai pertandingan tersebut serta masalah visa yang menyebabkan tujuh finalis terpaksa membatalkan penyertaan.

"Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan," kata seorang penganjur, Jameyah Sheriff.

Anugerah Muslimah Sedunia kali pertama dijayakan padda 2013 apabila penganjurannya bagi membantah acara Ratu Cantik Dunia yang berlangsung pada masa sama di Bali. - mStar online

Inilah Sekolah Tertua Di Dunia Yang Masih Wujud!

 

Sekolah tertua di dunia itu ada di negeri China, Tepatnya di Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan, salah satu provinsi terbesar di China. Chengdu Shishi High School adalah sekolah tertua di dunia ini, diperkenalkan pertama kali pada masa Dinasti Han pada sekitar tahun 143 141 sebelum Masehi!.

Spray Rambut Meletup Tiba-tiba, Tangan Berlubang


Seorang juruhias rambut sedang melakukan kerja di salon. Semasa sedang menggoncangkan spray rambut tersebut, juruhias tersebut goncangkannya di sebelah pemanas teh, menyebabkan tin spray tersebut meledak menyebabkan lubang pada tapak tangan pekerja tersebut. 

7 Item Eksotik Yang Dijual Oleh Pasaraya Di China Yang Pelik Dan Gila!


Ketika melangkah ke mana-mana pasar raya pun, selalunya pengguna akan mendapati item yang dijual lebih kurang sama dengan pasar raya lain, yang berbeza mungkin cuma tawaran harga.

Namun, suasana di sesetengah pasar raya di China berbeza apabila sesetengah item yang dijual merupakan bahan mentah yang terlalu pelik, eksotik dan menakutkan untuk ditemui di tempat lain!

Monday 24 November 2014

Mayat Kanak-kanak Lelaki 3 Tahun Ditemui


Shariqal Sidek, 3 tahun, yang ditemui mati berhampiran Sekoalh Menengah St John, Beaufort, petang tadi. - Foto NSTP



BEAUFORT: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon di sini, pagi kelmarin, ditemui mati dipercayai dibunuh.

Mayat Mohd Shariqal Sidek, ditemui pada jam 2.15 petang tadi berhampiran Sekolah Menengah St John di sini, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Difahamkan, penemuan mayat kanak-kanak itu susulan soal siasat dijalankan oleh polis terhadap seorang suspek yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

Dalam kejadian pagi kelmarin, Mohd Shariqal dikatakan kali terakhir dilihat bermain bersama dua abangnya di kawasan berhampiran kebun getah tidak jauh dari rumahnya di Kampung Selagon.

Ahli keluarga yang menyedari kehilangannya kira-kira jam 7 pagi, meminta bantuan jiran untuk mencari mangsa sebelum membuat laporan polis.

Berikutan itu, polis menjalankan operasi mencari kanak-kanak itu dengan bantuan bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung. - BH Online

Scha Al Yahya Sedih Apabila Lara Alana 'Diusik'



Eina Azman Dikecam Parking Kereta di Pump Petrol Station Pergi Makan di Subway

Umum tahu, di hari perkahwinan yang lalu artis wanita, Eina Azman, mendapat kereta rare dari suaminya, Chevrolet Camaro.

Terbaru, kereta Eina Azman ini ditemui parking di tempat mengisi minyak di stesen Petronas Solaris. Eina Azman didakwa sengaja meletakkan keretanya di situ dan kemudian pergi makan di Subway.

Dedah sumber,




"Mohon rakan-rakan doakan mereka mendapat hidayah. Parking kat petrol pum and then dine in kat Subway. Perangai tipikal bangsawan ekspress. Aku tak kisah kau Datuk Paduka ke, pelakon ke, parking ada kot, boleh pulak kau parking kat situ."

Itulah masalahnya bila menjadi artis, ramai mata yang memandang, lebih-lebih lagi jika seseorang artis itu sangat popular.

mymediahubonline.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog