Saturday 28 February 2015

Kota Ganjil Ini Dibangunkan Di Dalam Kawah Berapi



Ini adalah rencana kota vertikal di tengah lautan. Kerana kelangkaan lahar kering, kota ini dibangun secara vertikal untuk mengoptimalkan penggunaan ruang yang tersedia. Kota ini dibangun di dalam kawah gunung berapi yang telah mati. Orang-orang dari kelas bawah hidup di dasar kawah ini.

Gua Ini Merupakan Tempat Paling Selamat Dan Bersih Di Dunia!


Tempat ini mungkin menjadi pilihan kedua anda untuk bermalam jika di lihat pada perskitarannya, tetapi tahukah anda bahawa fungsi rawatan kesihatan di lombong garam Ukraine adalah salah satu tempat yang terbaik untuk tidur di dunia. Sejak tahun 1970-an, ramai yang mengalami gejala isu-isu pernafasan telah datang dan menginap ditempat yang berada di bawah 300 meter di dalam tanah untuk mendapatkan tidur malam yang baik.

Saintis telah mendapati bahawa udara di dalam gua ini mempunyai kandungan bakteria yang sangat rendah walaupun berbanding dengan tempat paling bersih dalam hospital.

GAMBAR-GAMBAR: Lelaki Ambil Hormon Wanita Kini Menjadi Wanita Yang Sangat Cantik

Lelaki ini mengambil hormon estrogen wanita selama 14 bulan. Jom tengok bagaimana rupanya selepas pengubahan tersebut.

Apa Sebenarnya Warna Baju Ini, Biru Hitam Atau Putih Emas?


SIAPA sangka hanya kerana gagal meneka warna sehelai baju, warga Internet bertingkah pendapat sehingga membentuk dua kumpulan yang berseteru.

Semenjak semalam, isu yang menjadi sensasi dan dikongsikan ribuan pengguna seluruh dunia ini berkaitan soalan sama, “Apa warna sebenar baju ini?”

'Hubungan Emma dan Zizan Memang Tidak Pernah Bersambung,'- Emma Maembong


Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Emma Maembong ada menemani Zizan Razak di Maharaja Lawak Mega 2014 sedangkan menurut pelakon itu mereka berdua sudah tidak lagi bercinta ketika itu. Kehadirannya ketika itu membayangkan yang hubungannya dengan Zizan telah kembali pulih dan percintaan kembali mekar. Susulan perbuatan itu juga, Emma Maembong dicop berperangai kebudak-budakan dan tidak matang kerana sekejap sangat putusnya. Orang kata macam cinta budak sekolah.

Friday 27 February 2015

Rupa Kini Pelakon Kanak-Kanak Dalam "Kuch Kuch Hota Hai" Yang Sangat Cantik


Anda pasti pasti masih ingat akan filem hindi Kuch-Kuch Hota Hai (KKHH), walau sudah 17 tahun lamanya filem tersebut tayang di pawagam ianya begitu menyentuh perasaan.Yang pastinya anda tentunya masih ingat watak Anjali kecil, putri Shahrukh Khan dan Rani Mukherjee.

Kanak-Kanak Yang Comel Ini Sebenarnya Adalah Cicit Rasulullah S.A.W


Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang Atas?

Kisah Sedih Kuda Ini Meratapi Pemergian Tuannya


Sudah hampir 25 tahun Sarah menjalani kehidupan bersama haiwan-haiwan peliharaannya. Namun, kuda itu seakan tahu detik-detik kematian Sarah Sheila Marsh terbaring lemas di ranjang sebuah rumah sakit. Nenek berusia 77 tahun itu didiagnosis mengidap kanser peringkat akhir.

Bekas Peserta American Next Top Model Ditemui Mati Ditembak


BEKAS peserta program pencarian model America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-21, Mirjana Puhar, 19, teman lelakinya, Jonathan Cosme Alvarado, 23, dan seorang rakan mereka, Jusmar Isiah Gonzaga-Garcia, 21, ditemui mati ditembak di kediaman mereka di North Carolina, Amerika Syarikat, semalam.

"Hanya Najwa Sahaja Bekas Kekasih Saya," - Shaheizy Sam


Akhirnya setelah sekian lama menanti pengakuan daripada mulut Shaheizy Sam, pelakon hebat itu telah pun membuat pengakuan yang dirinya pernah bercinta dengan Puteri Najwa. Walaupun sejak kebelakangan ini dihimpit dengan nama-nama seperti Fazura dan Syatilla Melvin, Shaheizy Sam memaklumkan yang dirinya hanya mempunyai bekas kekasih bernama Puteri Najwa. Ini bermakna, Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu.

Thursday 26 February 2015

GAMBAR-GAMBAR: Bagaimana Rupa Kereta Mewah Yang Dibuang di Dubai?


Kita semua tahu bahawa Dubai merupakan sebuah bandaraya yang sangat kaya. Berbanding dengan bandar-bandar lain dunia yang mempunyai masalah dengan pencemaran atau bunyi, lain pula dengan bandar terkaya dan mewah ini yang mempunyai masalah aneh; pengabaian kereta mewah di tempat letak kereta di pinggir bandar dan lapangan terbang.

GAMBAR-GAMBAR: Gaya Lelaki Ini Menunjukkan Kekayaannya Yang Kelakar dan Unik

Nama Jutawan yang kaya dari Romania ini adalah Nelson Mondialu. 
Jom tengok gaya-gaya kelakar lelaki ini menunjukkan kekayaannya.

Di Pulau Ini, Terdapat Haiwan-Haiwan Purba Yang Unik Dan Pelik!



Kepulauan Galapagos menyimpan banyak spesies endemik yang sangat unik dan jarang berlaku. Ditambah sebagai lokasi kajian Charles Darwin yang mencari teori tentang pilihan alam menjadikan Galapagos terkenal di seluruh dunia.

Galapagos merupakan sebahagian dari Ecuador. Jika anda bercuti ke sana, tarikan utama dari tempat ini adalah hidupan liar yang aneh yang tidak boleh anda temui di kawasan bumi manapun. Ada kurakura Galapagos raksasa hingga iguana laut yang unik. Berikut merupakan haiwan yang ada di Galapagos.

VIDEO: Pasangan Korea Jatuh 'Ditelan' Di Laluan Pejalan Kaki Di Stesen Bas


MENERUSI satu rakaman CCTV yang mula viral di laman YouTube, sepasang warga Korea Selatan dilihat melalui detik cemas apabila ‘ditelan’ oleh laluan pejalan kaki.

Dalam kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya dilihat turun dari sebuah bas.

Hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak Bermasalah Lagi?


Satu ketika dahulu, satu Malaysia kecoh apabila Emma Maembong mengesahkan putusnya hubungan percintaan dirinya dengan Zizan Razak. Namun tidak lama kemudian, Zizan dengan penuh machonya berjaya memujuk Emma dan hubungan mereka kembali pulih. 

Wednesday 25 February 2015

Model Yang Cantik Jelita Ini Adalah Sebenarnya Seorang Lelaki!


Model cantik ini memang menawan hati untuk siapa saja yang memandangnya kan? Tapi hakikatnya, gadis comel ini sebenarnya adalah lelaki!

TO'AK, Coklat Yang Paling Mahal Di Dunia


Coklat jenama To’ak mencuri tumpuan apabila dijual pada harga £169 (RM946) bagi setiap kepingan sekali gus muncul sebagai coklat termahal di dunia.

Coklat itu dihasilkan daripada 81 peratus campuran koko gred terbaik yang diperoleh daripada 14 petani di seluruh negara dan memerlukan 36 tahap proses untuk menyiapkan sekeping coklat seberat 42 gram.

Ini Versi Anjing 'The Rich Kids Of Instagram'!



INGATKAN Instagram Rich Kids je ada…tak sangka pulak wujud ‘Rich Dogs Of Instagram’!

Jika sebelum ini heboh mengenai Instagram yang memaparkan gambar-gambar kehidupan mewah anak-anak jutawan sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara, tup-tup ada pihak tertentu telah membuat akaun Instagram yang memaparkan kehidupan anjing mewah milik jutawan.

Seperti diketahui ramai, anjing sememangnya antara binatang peliharaan yang menjadi pilihan ramai (bukan muslim).

Tak hairanlah, ada individu tertentu sanggup berbelanja besar dan berhabis bagi binatang kesayangan mereka ini.

Pun begitu, kehidupan mewah anjing yang dipaparkan dalam akaun ini bakal membuatkan anda ternganga cemburu!

Lihatlah bagaimana anjing-anjing diatas ‘dimanjakan’ dengan barangan jenama mewah, melancong ke luar negara dan menaiki jet persendirian…kau mampu?

Haihh… rasa-rasanya tahap mewah sesetengah anjing ini dah boleh mengalahkan gaya hidup anak jutawan dah. Itulah jadinya bila duit dah berlambak sangat sampai tak tahu nak buat apa agaknya.

Cuma malang sekali, di saat ramai lagi manusia di dunia ini yang memerlukan makanan dan keperluan asas lain termasuk selimut kerana dihimpit kemiskinan, ada pihak ‘membakar’ duit dengan cara membazir kepada binatang kesayangan mereka yang sepatutnya tidak memerlukan pakaian pun..

GAMBAR-GAMBAR: Selfie Terakhir Di Landasan Sebelum Salah Seorang Remaja Maut Dilanggar Keretapi


Seorang pengguna facebook bernama Mochanad Rizky Fauzan memuat naik foto detik-detik kereta api yang telah melanggar seorang pelajar berasal dari Madiun, Indonesia.

Tren tersebut kelihatan dalam gambar yang diambil oleh salah seorang daripada lima remaja yang mengambil gambar selfie di tepi landasan kereta api.

Peragut Ekori 2 Gadis Dari ATM, Ragut Semasa Mangsa Di Atas Motorsikal



Tak berhati perut! Demi mendapatkan sumber duit dengan cara mudah, dua individu sanggup memperlakukan tindakan kejam terhadap dua gadis dengan meragut wang milik mangsa yang sedang menaiki motosikal.

Akibat dari insiden tersebut, si pembonceng mengalami patah tangan manakala si penunggang cedera ringan.

Lisa Surihani Enggan Ulas Mengenai Dia Hamil Kembar


Spekulasi kehamilan anak kembar Lisa Surihani telah menyebabkan satu Malaysia tidak duduk senang hari ini. Semuanya excited dan tumpang gembira sekiranya berita tersebut adalah benar. Tambah menarik, rupa-rupanya Lisa Surihani dilahirkan bersama kembar. Malah keturuan pelakon jelita itu juga ada kelahiran kembar. Itu bermakna memang ada peratusan untuk Lisa Surihani menimang cahaya mata kembar.

Tuesday 24 February 2015

GAMBAR-GAMBAR: Ini Buktinya Bahawa Serangga-Serangga Tidak Menyeramkan!


Siapa kata semua serangga menyeramkan? Ini bukti-buktinya yang ada sahaja serangga yang sangat comel dan cantik!

GAMBAR-GAMBAR: Perayaan Meraikan Orang Mati di Haiti

Beratus-ratus kaum Haiti akan memperbaharukan kesetiaan mereka terhadap kegunaan voodoo dalam perayaan untuk roh-roh orang yang telah mati, yang mana tertumpu di tanah-tanah perkuburan di seluruh negara itu. Perayaan ini dijalankan bagi menghormati memori roh-roh yang telah meninggalkan dunia. 

Pengunjung yang datang ke perkuburan akan mengadakan ritual dan tarian, yang mana sesetengahnya agak ekstrem

Hishammuddin Hussein Jadi Tukang Ambil Gambar Pelancong Jerman


Normal kalau kita pergi melancong, ada kemungkinan orang akan meminta tolong pada kita untuk ambilkan gambar mereka.

Kadang-kala kita pun akan minta kepada orang lain berbuat benda yang sama.

Kerap kali kita main serkap jarang aje sesiapa yang ada dekat-dekat dan yang jadi mangsa pastinya orang yang kelihatan mesra.

Mungkin itu yang berlaku kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang siang tadi berada di pusat pelancongan terkemuka Kemboja yakni kompleks kuil Angkor Wat.

Beliau berjalan bersama beberapa rakan dan pegawai Kemboja untuk melihat keunikkan kuil berkenaan.

Tidak semena-mena, satu pasangan Jerman meminta beliau agar tolong tangkap gambar mereka.

Seorang yang terkenal sebagai rajin tersenyum dan sentiasa membantu, Hishammuddin pun menolong pasangan berkenaan tanpa banyak soal.

Tindakan spontan beliau itu berjaya dirakam kamera lain, mungkin salah seorang pegawainya dan kemudian ia dimuat naik ke media sosial beliau seperti Twitter dan Facebook.

Ramai yang memuji sikap merendah diri beliau itu walaupun ketika itu beliau diringi pegawai-pegawai kanan Kemboja.

Mungkin pasangan Jerman berkenaan tidak perasan ketika meminta tolong.

Agaknya apa perasaan pelancong Jerman berkenaan andai mereka tahu yang diminta ambil gambar tu adalah tetamu VIP kerajaan Kemboja dan juga Menteri Pertahanan Malaysia?

Sudah tentu siapa yang mengambil gambar itu akan lebih bernilai dari gambar itu sendiri nanti.

mynewshub.my

VIDEO: Pemandu Lori Kurang Ajar Halang Ambulans Jalan di Lorong Kecemasan






GERAM pula rasanya tatkala menonton rakaman video yang mula viral di laman sosial ini.

Apa tidaknya, sudahlah pemandu lori ini memandu di lorong kecemasan dan menghalang laluan ambulans, dia juga enggan menukar laluan biarpun siren sudah dibunyikan.

Dua Beradik Jalan Kaki Satu Semenanjung Untuk Cuci Masjid-Masjid



Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.

"Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula,"
kata Anas Aiman Jaffry, 27.

Anas ditemui di Pekan Parit Bakar di sini, hari ini, selepas 29 hari memulakan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid.

Dia melakukan kembara itu bersama adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakan mereka, Hizammudin Aliddin, 25, serta memulakan kembara di Masjid Shah Alam, Selangor, 24 Januari lalu.

Sehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk mengunjungi 132 masjid terpilih.

Katanya, tujuan kembara adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid milik semua.

“Antara keperluan dibawa termasuk khemah kerana khuatir kami tidak dibenarkan bermalam di masjid, selain bekalan ubat dan air.

"Kami juga menggunakan troli kecil bagi memastikan keselesaan membawa barang dan kembara dapat berjalan lancar.

“Kami semua berhenti kerja hanya untuk menjayakan kembara ini dan memilih berjalan supaya dapat menikmati pemandangan dan menyelami kehidupan masyarakat setempat,"
katanya yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurutnya, mereka yakin mampu menamatkan kembara sebelum Ramadan kali ini.

“Kalau tidak mencapainya, kami akan tetap meneruskannya dan sedia berpuasa dan beraya di jalanan,” katanya.

Menurutnya, setiap seorang daripada mereka hanya mempunyai RM1,000 dan bersyukur orang ramai membantu menghulurkan makanan serta wang dan bagi mengurangkan beban mereka.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Aiman, CIMB Bank 12051419414523. - Harian Metro

Tiada Sesiapa Pun Yang Hadir Ke Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak Autistik Ini, Sehingga..


RUNTUN hati seorang ibu apabila tiada seorang pun rakan sekolah anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik hadir pada majlis hari jadi kanak-kanak tersebut yang keenam, 8 Februari lalu di St. Cloud, Florida.

Ashlee Buratti, 25, sebelum itu telah menjemput 16 rakan anak lelakinya, Glenn, namun tiada siapa memberikan pengesahan untuk hadir ke majlis itu.

Monday 23 February 2015

'SAVE LUNPIA': Chef Wan Anggap Warga Indonesia Cetek Akal

Image result for save lumpia
Isu warga Indonesia tidak berpuas hati dan mendakwa pelbagai warisan budaya Malaysia berasal dari negara mereka bukanlah isu baru. Terbaru, ‘Save Lunpia’ yang diadakan oleh sekumpulan rakyat Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dianjurkan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (FormasBudi).

Ia bertujuan untuk mendesak Malaysia agar tidak membuat tuntutan mengenai kulit popiah atau ‘lunpia’ yang dikatakan merupakan warisan asli Indonesia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog