Monday, 23 February 2015

'SAVE LUNPIA': Chef Wan Anggap Warga Indonesia Cetek Akal

Image result for save lumpia
Isu warga Indonesia tidak berpuas hati dan mendakwa pelbagai warisan budaya Malaysia berasal dari negara mereka bukanlah isu baru. Terbaru, ‘Save Lunpia’ yang diadakan oleh sekumpulan rakyat Indonesia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dianjurkan oleh Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (FormasBudi).

Ia bertujuan untuk mendesak Malaysia agar tidak membuat tuntutan mengenai kulit popiah atau ‘lunpia’ yang dikatakan merupakan warisan asli Indonesia.


Chef selebriti Datuk Chef Wan telah memberikan komen mengenai isu itu di akaun Instagram miliknya. Beliau menyifatkan golongan itu berfikiran cetek dan pendek akal memandangkan popiah sebenarnya terdapat pelbagai versi di pelbagai negara, bukan sahaja di Malaysia.

Susah apabila manusia berfikiran cetek dan pendek akal mereka. Dah la kebanyakan mereka itu keluar negara sendiri pun tak pernah dan melihat popia atau Spring Roll need di serata dunia orang dan reka berzaman zaman lagi menguna pelbagai nama. From negara China tu Filipina yg mereka panggil Lumpia sehingga la ke Mexico yg diberi nama Chimicanga dan mcm2 lagi la.

The idea is always the same.Food that is wrap and roll lalu di goreng. Even di Thailand pun mau pun Vietnam have their own version of Spring roll..tak pulak mereka2 itu meyalak ke negara Asing seperti apa yg Indonesia is doing. Sungguh memalu kan.

Tak ada issue lain ke nak cari pasal? Dah la dunia di luar itu kecoh orang bergaduh pasal all kind of issue ini kita Allah turun kan makanan enak2 supaya kita menjamu serta bergembira dan bersahabat dan bukan suruh berperang. Islam ke orang2 mcm tu?


Komen Chef Wan memang ada benarnya kerana popiah atau spring roll dalam bahasa Inggeris dikatakan merupakan makanan cina. Ia boleh diisi dengan pelbagai jenis inti bergantung kepada tempat dan popiah Malaysia ialah versi Malaysia dan tidak sama dengan popiah di negara itu.

Ia juga sama dengan isu batik, di mana mengikut Wikipedia, batik berasal dari negara China dan juga Mesir. Batik Indonesia dan batik Malaysia berbeza dari segi corak setelah melalui peredaran masa dan pengaruh setempat dan langsung tidak sama serta menghasilkan corak yang berbeza.

Mungkin rakyat yang tidak gembira akan mencari satu-satu isu walaupun yang remeh dan tidak masuk akal, apa saja yang boleh membuat mereka lupa akan kekurangan dalam kehidupan seharian mereka.

Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada, memang tak cool langsung bila berebut dan bergaduh tentang makanan yang merupakan kurniaan dan nikmat tuhan untuk umat manusia. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog