Saturday 16 August 2014

(6 GAMBAR) Fesyen hijab yang pelik

CR Fashion Brand telah mengemukan beberapa rekaan hijab yang agak ganjil dan pelik. Ia agak berbeza dengan hijab yang kita biasa lihat.

Hijab ini telah mendapat sambutan yang agak mengalakan daripada pengemar-pengemar fesyen. Hijab ini belum lagi diimport ke Malaysia.

Apa pendapat anda? Akan hijab ini menjadi popular di Malaysia? - www.panaskini.com





(27 GAMBAR) Gaya kucing tidur yang menarik dan comel



Kucing merupakan sahabat setia manusia dan menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai peneman di rumah. Ada yang mengatakan dengan membela kucing, rezeki menjadi lebih murah malah boleh mengubat kesunyian.


Jom tengok aksi comel kucing ketika tidur yang mungkin anda tidak pernah tengok.























Atas dah tutup, bawah tu tak payah tutup ke?


Satu telah gambar dirakam di ibu kota menunjukkan seorang wanita bertudung berjalan dengan seorang lelaki yang memakai topi.

Yang pelik tentang gambar ini adalah wanita bertudung itu tidak memakai seluar panjang, tapi memakai skirt pendek sahaja.

Tak tahu dia ni agama apa, tapi kalau bertudung tu biasanya orang Islam la. Ni mesti golongan yang pakai tudung sebab nak fesyen saja.




Mentang-mentang sekarang ramai artis pakai tudung, dia pun nak pakai tudung. Nak berfesyen tapi akal tarak.- SiakapKeli.com

10 perkara pelajar sekolah rendah zaman 90-an


Kali ni kami saja nak berkongsi dengan korang beberapa perkara budak tahun 90 an selalu main. Berbeza dengan zaman sekarang yang hanya tahu main ipad dan gajet. 

Salah satu kegemaran utama kami adalah menangkap ikan laga di kawasan sawah padi setiap kali waktu hujan. Nampak je buih putih, berbunga bunga hati kami time tu kerana konpem dapat ikan laga. Jom tengok koleksi perkara rare budak budak tahun 90 main dulu. Legend ni
1. Kita suka kumpul pensel tekan-tekan jenama shakers tanpa sebab. Budak yang kumpul paling banyak masa tu pasti akan dilebel orang kaya dalam kelas.
2. Kita suka kumpul pemadam yang ada bendera negara. Tradisi perlawanan pemadam antara 2-5 orang di dalam gelangang ‘Meja’ diamana siapa yang menang akan dapat semua pemadam.
3. Siapa yang memiliki Digimon , anda secara ajaibnya digelar orang paling hensem dan paling popular di sekolah
4. Kereta Tamiya merupakan satu trend ketika itu. Kita akan cari longkang yang panjang untuk dijadikan litar tamiya. Perlumbaan biasanya melibatkan 2-5 orang
5. Kad pokemon juga pernah menjadi trend 
6. Walaupun komputer lebih menyeronokkan, tetapi yang pasti kita lagi banyak main yo-yo!
7. Ni game orang kampung selalu main
8. Kita biasa main penutup botol lepas habis kelas
9. Tak lupa juga untuk perempuan, batu seremban 
10. Dan jangan lupa juga, lepas habis sekolah kita mula cari belalang dan pepatung di belukar. Siapa dapat paling besar , dia paling hebat. Berudu ni antara perkara yang best. 

Aidil Zafuan selar peminat biadap, isteri dituduh rampas lelaki orang

Sejak dua menjak ni, Aidil Zafuan semakin bahagia dengan isterinya, Zarema Zainal Kalau tengok akaun Instagram, terserlah segalanya.

Isteri Dituduh Rampas Suami Orang, Aidil Zafuan Selar Peminat BiadabIsteri Dituduh Rampas Suami Orang, Aidil Zafuan Selar Peminat Biadab
Okay! Ceritanya begini, buah hati pengarang jantung Aidil, Zarema Zainal ada memuat naik foto mesra bersama Aidil beberapa hari lalu. Namun, foto tersebut mengundang rasa tak puas hati pengikut Instagramnya.
Peminat tersebut telah menggelar Zarema sebagai perampas suami orang dan memuji kejelitaan bekas isteri Aidil iaitu aktres jelita, Rita Rudaini.
Haa, mungkin berang si isteri dituduh begitu, Aidil pun terus memberikan komen padu untuk mempertahankan isterinya. Iyalah, siapa tak sayang bini oii. Hehe.
Isteri Dituduh Rampas Suami Orang, Aidil Zafuan Selar Peminat BiadabIsteri Dituduh Rampas Suami Orang, Aidil Zafuan Selar Peminat Biadab

Hanez Suraya akui masih sayangkan Romie

Akhirnya teka-teki mengenai status hubungan Hanez Suraya dan Romie terjawab jua. Sebelum ini Hanez pernah memberi bayangan mengenai tamatnya hubungan mereka berdua. Namun apabila diminta cuba mengesahkan hal tersebut, Hanez enggan memberi sebarang komen. Namun hari ini menerusiBerita Harian, bekas duta Aura White ini bercerita panjang lebar mengenai hubungannya dengan Romie.


Saya dalam keadaan berbelah bahagi sekarang. Mungkin ada ramai yang mendoakan hubungan kami berakhir. Itu satu fakta yang ramai mahu ia jadi sebegitu. Percaya atau tidak, andai kami putus atau sebaliknya, kebarangkalian untuk saya dikecam akan terjadi. Saya reda dengan apa saja kemungkinan.
Hingga saat ini, saya lebih selesa membiarkan kes mereka yang masih berjalan selesai. Jujur saya berharap kes mereka di mahkamah diselesaikan secara baik. Saya amat bersyukur dan gembira kalau mereka dapat berbaik semula dan bersatu kembali demi anak.
hanez romieMalah Hanez juga mengakui kehadirannya dalam hidup suami kepada Nur Liyana itu adalah pada waktu dan ketika yang salah. Namun perasaan sayang tetap menebal dalam dirinya kerana pujuk rayu yang dilakukan Romie. Kata Hanez:-
Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah.
Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir. Saya pernah terdetik untuk memutuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya. Malah saya cuba membawa diri untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya.
Dengan apa yang cuba dia lakukan, perasaan sayang itu kian bertambah. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya.
Susulan kontroversinya dengan Romie, tawaran lakonan juga telah kurang diterima oleh pelakon ini. Kini Hanez mahu mencuba dunia perniagaan pula. Kata Hanez lagi:-
Memang hingga saat ini tawaran berlakon untuk saya tiada langsung. Saya reda dengan apa yang terjadi. Projek terakhir saya ialah menerusi teater Projek Kahwin yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa bulan lalu. Saya banyak memberi tumpuan untuk belajar selok belok dunia perniagaan selama tiada tawaran ini.
hanez

200 pesakit hidup diisytihar mati

Melbourne: Sebuah hospital semalam memohon maaf selepas tersilap menghantar notis kepada doktor lebih 200 pesakit untuk memaklumkan mereka bahawa pesakit terbabit meninggal dunia.
Notis itu sepatutnya dihantar untuk memberitahu bahawa pesakit berkenaan sudah dibenar pulang.
Kesilapan Hospital Austin di Melbourne itu dikesan dalam masa beberapa jam dan doktor dimaklumkan mengenai kekeliruan itu.
Bagaimanapun, ia agak terlewat apabila seorang doktor menghubungi keluarga pesakitnya untuk mengucapkan takziah.
Austin Health yang mentadbir hospital itu berkata, ia tersilap menghantar notis berkenaan selepas perubahan pada templat notis pemberitahuan kematian pada komputer digunakan untuk templat notis pemberitahuan keluar hospital.
“Sebaik menyedari kesilapan itu, kami serta-merta menghubungi semua doktor terbabit.
Kami memohon maaf dan mengaku ia kesilapan di pihak kami,” kata jurucakap Austin Health, Taryn Sheehy.


Presiden Persatuan Perubatan Australia cawangan Victoria, Tony Bartone berkata, kesilapan itu tidak boleh diterima.

- AFP

Friday 15 August 2014

Kisah seram: Wad bersalin

Kisah seram ini adalah kisah benar yang di alami oleh diri jururawat berkenaan. Jom teruskan membaca kisah seram yang penuh misteri ini. Kepada yang bekerja di wad bersalin aku harapkan korang baca pada siang hari.

Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Pengenalan

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum admin ni lagi satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.

Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..

Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…


Kisah Seram Misteri Wad Bersalin Seram

Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam tu saya fikir.. “Biar betul, habis limau yang dia bagi tu apa.. Tak kan aku mimpi kot..” Bisik hati saya.. Sekali saya tengok dalam beg saya.. Dalam tu bukan limau.. Tapi batu. Subhanallah.. Sangat seram peristiwa yang saya alami.. Pengalaman saya kerja di hospital.. Kalau tak faham maaf ye.. Cuba fahamkan ye..-ejeninfo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog