Saturday 11 April 2015

SWEET: Inilah Buktinya Bahawa Cinta Itu Buta Dan Tidak Mengenal Perbezaan

Le Thanh Thao iaitu model Vietnam yang berusia 20 tahun serta mempunyai ketinggian 1.75 meter dan seorang pelakon lelaki juga berusia 20 tahun iaitu Kaydy Tran tetapi dengan ketinggian 1.20 meter.

Kerana perbezaan mereka serta keserasian di dalam hubungan mereka, pasangan ini menjadi begitu terkenal di Vietnam. Mereka juga sering muat naik gambar mereka berdua di dalam laman sosial.


Kerana Terlalu Sayangkan Anak, Pasangan Suami Isteri Simpan Mayat Anak Dalam Peti Ais


Kerana terlalu sedih dengan kematian anak lelaki mereka yang berusia 18 tahun, kira-kira enam tahun lalu, sepasang suami isteri di Chongqing menyimpan mayat anak mereka itu dalam peti sejuk sejak hari kematiannya.

Dengan berbuat demikian, Tian Xueming dan isterinya dapat merasakan Qinyuan masih hidup dan tidak pernah meninggalkan mereka.

Bagi memastikan mayat itu terpelihara, ia diletakkan dalam peti sejuk dan untuk mengelak bekalan elektrik terputus, Xueming memasang generator tambahan.

Jom Tengok Terowong Rahsia Dalam Almari di Sempadan Amerika Dan Mexico


Penemuan pintu rahsia dalam almari yang membawa kepada sebuah lorong rahsia bawah tanah yang menjangkau kira-kira 500 kaki ke arah sempadan Amerika Syarikat.

Penguatkuasa Mexico menemui terowong yang disyaki untuk kegunaan penyludupan dadah dengan tertangkapnya sembilan orang sebelum mereka berjaya menggali terowong di sempadan wilayah Amerika.

Kisah Sedih Pasangan Yang Hanya Dapat Bersama 10 Hari, Kemudian Isteri Dijemput Illahi



SUNGGUH menyayat hati… berbagai emosi bercampur baur tatkala membaca kisah cinta pasangan ini.

Mungkin inilah yang dikatakan, ajal dan jodoh itu ketentuan ilahi.

Pasangan yang dikenali sebagai Mohd Mokhzani Abdul Rahim, 27 dan Nadhratan Naim Abdul Sani, 20 ini selamat bergelar suami isteri 29 Disember lalu.

Namun, nampaknya tuhan lebih menyayangi si isteri apabila dia dijemput Ilahi dan menghembuskan nafas yang terakhirnya semalam.

Apa paling menyentuh hati kami, mendengar kisah pasangan jarak jauh yang hanya sempat bersama 10 hari.

Shila Amzah Vs Ayda Jebat Dalam Isu 'Muah Ciked'!


MELALUI laman mikro Twitter peribadinya, penyanyi yang kini menempa nama di China, Shila Amzah mencipta isu baru apabila dikatakan menyindir pelakon Ayda Jebat.

Semuanya gara-gara ungkapan ‘muah ciked’ yang sememangnya popular terutama dalam kalangan peminat tegar aktres Suami Sebelah Rumah itu.

"Kami Buat Keputusan Untuk Jarang Berjumpa,"- Hanis Zalikha


Baru sahaja mengikat tali pertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama sahaja lagi, Hanis Zalikha memberitahu beliau kini jarang bertemu dengan tunangnya Hairul Azreen kerana ingat pesan orang tua-tua bahawa tempoh pertunangan akan ditimpa banyak dugaan.

 Malah, Hairul juga sering mengingatkan beliau jika berlaku sebarang salah faham ataupun pertelingkahan adalah lebih baik untuk tidak menyebat perkataan putus, kerana setiap kata-kata itu ibarat satu doa.

Friday 10 April 2015

Gambar-Gambar Vintaj Tempat Kejadian Jenayah Zaman Dahulu Yang Menyeramkan!


Gambar-gambar vintaj tempat kejadian jenayah ini menunjukkan asal usul taktik penyiasatan polis yang masih digunakan hingga ke hari ini.

Gambar di atas ini telah digunakan sebagai contoh untuk bagaimana untuk  meletakkan tubuh mangsa dalam posisi yang betul untuk mengambil gambar dari sebelah.

Pasangan Pengantin Ini Mengengelingi Dunia Dan Berkahwin Di 38 Bandar Dalam 83 Hari!



Berkahwin adalah saat-saat bahagia yang diimpikan hampir setiap orang. Dalam meraikan perkahwinan, sebahagian besar daripada mereka akan melakukan pelbagai perkara persiapan agar acara mereka menjadi sempurna dan tidak dapat dilupakan.

Pasangan penari akrobat bernama Cheetah Platt dan Rhian Woodyard ini mempunyai cara tersendiri dalam merayakan hari bahagia mereka. Mereka mengelilingi dunia dan berkahwin di 38 bandar berbeza hanya dalam 83 hari. Ingin tahu bagaimana kebahagian dan keromantisan saat bahagia mereka? Jom lihat foto berikut ini!

Inilah Gaya Hidup Mewah Jutawan Dari Iran Yang Ditunjuk Di Laman Instagramnya


Tony toutouni lahir di Iran sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat dan menjadi seorang usahawan yang berjaya. Di dalam laman Instagramnya dia menunjukkan kekayaannya dengan memuatnaik gambar-gambar duit, kereta-kereta mewah, dan senjata miliknya.





















Individu Muslim Tersilap Makan Babi Di Kedai Non-Halal, 'Sesal Separuh Nyawa'!



Akibat tidak berhati-hati memilih tempat untuk menjamu selera, seorang individu ‘sesal separuh nyawa’ kerana termakan lauk yang digaul bersama daging babi.

Melalui laman Facebooknya, dia menulis tentang kronologi kisah yang menyebabkan dia terjamah daging haram itu di Semua House Food Court, Kuala Lumpur.

Tindakan Hafiz Suip Warnakan Rambut Dikritik Oleh Peminat


Beberapa hari lepas, Hafiz Suip telah tampil dengan imej baru dimana beliau telah mewarnakan rambutnya kerana merasa bosan dengan gaya lama. Walaubagaimanapun, tindakan Hafiz telah mengundang pelbagai kritikan dan tomahan ramai pihak.

Menyedari akan perkara tersebut, Hafiz tidak mahu memberikan komen lanjut dan bertindak untuk berdiam diri kerana masyarakat lambat laun akan berhenti bercakap mengenainya.

"Ramai Lagi Artis Tanpa Ikatan Sah Yang Berpelukan, Kenapa Tak Jadi Isu?"-Ozlyn


Isu Johan Raja Lawak dan Ozlyn bercium mulut di ABPBH 2014 masih belum reda lagi. Aksi tersebut dianggap tidak sopan kerana ia disiarkan secara langsung dan turut mempunyai penonton yang terdiri daripada remaja.

Susulan perkara tersebut, Ozlyn pula telah tampil dan memberitahu beliau merasa bangga dengan tindakan spontan suaminya dan menyifatkan perkara tersebut adalah rutin biasa mereka berdua untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.

Thursday 9 April 2015

Barangan Di Tesco Lebih Mahal Dari Harga Barangan Yang Sama Dari Mydin?



Melalui beberapa keping foto yang tersebar di media sosial sejak semalam, ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jurang perbezaan harga barangan di Tesco dan Mydin.

Mana taknya, berdasarkan pendedahan yang dibuat seorang individu, harga barangan yang ditawarkan pasar raya Tesco nyata jauh lebih mahal dari barangan sama yang dijual di pasar raya Mydin.

Siapa Sangka 'The Rock' Mengalirkan Air Matanya Hanya Kerana Lelaki Ini!


Dengan pelbagai aksi berani di skrin layar perak, siapa sangka The RockDwayne Johnson akan menangis hanya kerana seorang budak lelaki.

Seorang budak lelaki bernama Nick Miller berlari ke arah kereta The Rock selepas beliau keluar daripada sebuah gimnasium. Tindakan Nick menyebabkan The Rock menghentikan kenderaannya dan keluar daripada kereta. Budak tersebut menyatakan betapa besarnya peranan The Rock dalam menyuntik semangat baginya untuk melawan penyakit kanser yang dihidapinya dan menjadi impiannya selama ini untuk bersemuka dengan idolanya itu.

Wanita Cantik Ini Mencari Jodohnya Dengan Menjualkan Dirinya Di Papan Iklan!


Papan iklan yang sering kita temui di tepi-tepi jalan sememangnya menjadi alat komersial yang amat berkesan dalam menjual sesuatu produk..Namun, bagi seorang wanita ini, dia telah mengubah cara penggunaan papan iklan ini bukan untuk mempromosikan produk, tetapi untuk mempromosikan dirinya sendiri bagi mencari seorang calon suami.

Ketika ini, boleh dikatakan ramai wanita di Asia yang menerima tekanan daripada ahli keluarga untuk segera berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Berbeza dengan wanita yang dikenali sebagai Huang Lijuan ini, dia mempunyai cara yang unik untuk mencari calon suami. Dia dikatakan dengan rela hati telah menyewa sebuah papan iklan besar bagi mencari calon yang sesuai untuk mendampingi hidupnya.

Status "Its Over" Di Instagram Alyah Cetus Tanda Tanya Peminat

Kisah rumah tangga Alyah dan Ramli MS sering dilanda kontroversi dan spekulasi. Tidak dapat dinafikan mereka menerima pelbagai jenis ujian yang boleh menggugat perkahwinan.

Terbaru, Alyah memuat naik sebuah foto di Instagram yang hanya menunjukkan imej berwarna hitam kosong beserta kapsyen “it’s over” dan sekaligus mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat.

Tauke Nafi Hantar Mesej Lucah Kepada Gadis-Gadis


Baru-baru ini dua orang wanita telah muncul di akhbar Berita Harian mendakwa seorang pelawak popular telah memperdayakan ramai wanita dengan meminta gambar bogel mereka. Pelawak itu ‘mengayat’ wanita di media sosial dengan meminta gambar bogel mereka dan dia juga dikatakan menghantar gambar alat sulitnya pada wanita-wanita tersebut.

Tauke ialah antara pelawak yang dispekulasi menjalankan kegiatan tersebut kerana dia sering dilihat bergambar mesra dengan ramai wanita.

Wednesday 8 April 2015

Trend Terkini Jepun : Ayah Bergambar Dengan Anak Sambil Melompat!

Trend terbaru di Jepun: Bapa ambil gambar bersama anak gadis mereka sambil melompat. Cool eh?

Selalunya anak-anak je yang bergambar sambil melompat kan, kali ni giliran bapa pula yang melompat. Barulah ada kelainan dalam gambar bapa dan anak gadis tu. Kebiasaanya bapa ni bila bergambar mesti muka macam takde perasaan sangatkan, jadi dengan adanya trend lompat-lompat ni barulah gambar tu nampak happening sikit.

Meh tengok beberapa foto bapa-anak yang dikongsikan oleh Jurugambar dari Jepun, Yuki Aoyama 

Kampung Di Eropah Ini Mempunyai 72 Air Terjun Yang Sangat Cantik Dan Mempesonakan!


Terletak jauh di Bernese Oberland Alps Switzerland, kira-kira 70km tenggara Bern, lembah Lauterbrunnen, dianggap sebagai salah satu lembah yang paling indah di Eropah. Lembah yang terletak di antara muka batu raksasa dan puncak gunung dengan ketinggian 300 meter dari lantai lembah. Di bahagian lembah, terletak sebuah perkampungan Lauterbrunnen,

Lauterbrunnen bermaksud "banyak mata air". Nama ini berasal dari 72 air terjun yang jatuh ke dalam lembah dan ada juga yang beberapa ratus meter tinggi. Yang paling terkenal ini adalah Falls Staubbach yang menjunam hampir 300 meter, menjadikannya salah satu daripada yang tertinggi di Eropah.

VIDEO: Apabila Manusia Hanya Dinilai Berdasarkan Penampilan Sahaja.


KAMI amat tertarik dengan sebuah video yang mendapat viewers melebihi 6 Juta di saluran Youtube ini.

Ianya membawa pengajaran kepada kita untuk melayan semua makhluk Tuhan dengan adil dan saksama, tiada persepsi dan tiada double standard.

Video yang dibawakan oleh Josh Paler Lin ini memaparkan sesetengah pelayan restoran bersikap ‘memilih’ dengan pelanggan sama ada mereka layak atau tidak untuk menjamu selera di situ.

Isu ini sebenarnya memang terjadi pada kehidupan realiti.

Gannguan Seksual Di Tren, Lelaki Keluarkan Alat Sulit Untuk Raba Wanita!



BUKAN sekali dua kita mendengar kes penumpang wanita diraba oleh lelaki ketika menggunakan perkhidmatan awam.

Trauma kerana menjadi mangsa lelaki gila seks, seorang wanita tampil berkongsikan pengalaman dan nasihat setelah menjadi mangsa raba ketika menggunakan perkhidamatan awam berkenaan.

Melalui sebuah gambar dan status di media sosial yang dikongsikan olehnya, mangsa dikatakan telah diraba sewaktu menggunakan perkhidmatan awam terbabit.

Lelaki tersebut begitu berani sehingga mengeluarkan alat sulitnya dalam kenderaan awam yang sedang sesak!

Abam Bocey Cipta Trending #GemokIsAwesome, Kevin Zahri Beri Pendapat Dan Tawar Bantuan Kuruskan Badan


Kemenangan Abam Bocey sebagai artis komedi lelaki paling popular dalam ABPBH 2014 menyebabkan kata-katanya ‘gemok is awesome’ menjadi trending. Kata-kata Abam menjadi perbualan hangat di media sosial dan ia juga turut menarik perhatian selebriti yang juga ahli kecergasan iaitu Kevin Zahri.

Tuesday 7 April 2015

Misteri Kisah Sebenar Di Sebalik Kematian Marily Monroe


 Kematian bintang hollywood Marilyn Monroe telah memberikan 50 tahun yang penuh dengan spekulasi liar tentang bagaimana bintang tersebut menemui ajalnya. Dua orang penulis tersohor mendakwa mereka telah meletakkan semua spekulasi tersebut ke penghujungnya dengan bukti yang menunjukkan Bobby Kennedy telah merancang pembunuhan ikon tersebut.

Kematian Marilyn Monroe pada 4 Ogos, 1962 bukan disebabkan oleh membunuh diri tetapi pembunuhan yang dirancang oleh Bobby Kennedy bertujuan menutup mulut Marilyn yang bercadang untuk mendedahkan rahsia-rahsia kotor keluarga Kennedy yang ditulis olehnya dalam sebuah diari berwarna merah. Dan Bobby tidak bertindak sendirian. Beliau mempunyai pembantu dalam pembunuhan tersebut iaitu abang iparnya, pelakon Peter Lawford dan doktor psikitari Marilyn, Dr. Ralph Greenson yang memberikan suntikan maut ke jantung bintang tersebut.

Keunikan Dan Ketabahan Gadis Ini Pasti Membuatkan Anda Kagum


Semangat luarbiasa yang mengagumkan, bukan sahaja memiliki wajah yang cantik tetapi beliau juga memilik kekuatan semangat yang hebat untuk mengatasi perkara-perkara yang berada di luar kawalan. Bukan semua orang memiliki semangat yang kental untuk melawan perasaan jika sering di ejek dan sering di pandang pelik, tetapi tidak bagi gadis cantik ini

Misteri Siapakah Wanita Ini Di Dalam Insiden Helikopter Terhempas?


Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini masih lagi menjadi misteri.

Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang pada awalnya kini disahkan sebagai seorang kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.

Pelawak Popular Hantar Mesej-Mesej Lucah Goda Gadis Untuk Puaskan Nafsu


Beberapa lari lalu, melalui laporan sebuah akhbar tempatan, seorang wanita mendedahkan perangai ‘hidung belang’ seorang lelaki yang didakwanya gemar memperdaya golongan hawa.

Tak cukup dengan pengakuan tersebut, hari ini, seorang lagi wanita tampil membuat tuduhan sama terhadap empunya diri yang dikatakan menghantar banyak mesej lucah serta meminta gambar bogel!

ABPBH14: Netizen Kecam Johan Cium Mulut Bini Semasa Siaran Langsung


Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) yang menyaksikan ramai selebriti berjaya merangkul anugerah berprestij itu dalam kategori masing-masing.

Namun, disebalik kemeriah majlis tersebut timbul pula cerita tidak enak apabila Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlyn bercium di khalayak ramai apabila beliau diumumkan sebagai Penyampai Radio Paling Popular.

Monday 6 April 2015

Misteri Tragedi Pembunuhan di Wynekoop Mansion

Pada tahun 1901, sebuah rumah agam dibina di kawasan barat Chicago, Amerika Syarikat. Ia dimiliki oleh keluarga Wynekoop dan ketika itu menjadi salah satu mercu tanda di kawasan tersebut kerana keluasan dan keindahannya.




Pada mulanya, rumah itu dibina sebagai tanda kasih sayang dalam keluarga Frank Wynekoop dan isterinya, Dr. Alice Wynekoop.

Mereka mengharapkan rumah itu mampu memberi perlindungan buat mereka sekeluarga. Namun, sebaliknya berlaku satu demi satu tragedi menimpa keluarga Wynekoop.

Kesedihan bermula dengan kematian anak perempuan mereka, Marie Louise Wynekoop di rumah tersebut.

Kisah Pengislaman Mike Tyson Yang Amat Menyedarkan



“ANGKAT kotak tu!” jerkah sekumpulan remaja lelaki.



Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun akur mengikut arahan. Setiap anak tangga dipijak dengan berat hati. Tiba di atas bumbung bangunan kosong itu, baru dia sedar terdapat burung merpati di dalam kotak itu. Timbul rasa kagum terhadap haiwan berbulu putih dan terus menyukainya.

Tapi seorang daripada mereka mengambil merpati itu dan mematahkan lehernya sehingga ia terkulai mati. Bukan itu sahaja, dia juga menerima tumbukan bersama merpati itu pada mukanya.

Bagaikan harimau yang sedang tidur dikejutkan, kanak-kanak itu Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard sudah tidak tahan dibuli anak jiran yang nakal itu, lalu memukul pembulinya berkali-kali. Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

GAMBAR-GAMBAR: Lelaki Temui Bandar Bawah Tanah Berusia Lebih 5000 Tahun Secara Tidak Sengaja


Ia kedengaran seperti sebuah cerita dongeng alam fantasi - sebuah bandar yang besar di bawah tanah yang di penuhi terowong dengan ruang yang luas mampu untuk memuatkan lebih daripada 20,000 orang, yang selama ini berada di bawah tanah.

Penemuan itu satu penemuan yang luar biasa yaitu sebuah bandar bawah tanah, Derinkuyu, sebuah kompleks 18 tingkat ditemui di kawasan itu apabila seorang lelaki memecahkan dinding untuk pengubahsuain sebuah projek.

Bandar bawah tanah ini dibina, seperti Derinkuyu, di zaman Byzantine, untuk melindungi penghuni daripada peperangan relligious di rantau ini.

'Ini penemuan baru yang tidak ubah seperti menemui, mutiara baru, berlian baru, emas baru,' jelas Datuk Bandar Nevsehir, Hasan Unver, kepada National Geographic.

Kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian yang dirancang telah dibatalkan setelah penemuan itu dan sedang di kaji oleh ahli arkeologi mengenai terowong itu.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog