Wednesday, 8 April 2015

VIDEO: Apabila Manusia Hanya Dinilai Berdasarkan Penampilan Sahaja.


KAMI amat tertarik dengan sebuah video yang mendapat viewers melebihi 6 Juta di saluran Youtube ini.

Ianya membawa pengajaran kepada kita untuk melayan semua makhluk Tuhan dengan adil dan saksama, tiada persepsi dan tiada double standard.

Video yang dibawakan oleh Josh Paler Lin ini memaparkan sesetengah pelayan restoran bersikap ‘memilih’ dengan pelanggan sama ada mereka layak atau tidak untuk menjamu selera di situ.

Isu ini sebenarnya memang terjadi pada kehidupan realiti.


Manusia itu sendiri telah meletakkan ‘peraturan’ seakan bersikap prejudis dengan manusia.

Malangnya ‘peraturan’ seperti ini telah mendidik sebahagian manusia untuk bersikap sombong dalam diri masing-masing.

Video ini cuba mengajar masyarakat supaya berlaku adil pada sesiapapun tanpa mengira paras rupa dan pakaian seseorang itu.

Saksikan apabila Josh menyamar sebagai gelandangan pada mulanya dan kembali semula ke restoran dengan menaiki kereta mewah Ferrari.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog