Monday, 6 April 2015

Betul Ke Elfira Loy dan Baim Wong Putus?


Elfira Loy dan Baim Wong adalah pasangan yang paling sensasi di Malaysia. Mana tidaknya, jejaka itu sanggup terbang jauh dari Indonesia untuk meraikan majlis hari jadi Elfira. Meskipun kedua-duanya enggan komen mengenai status hubungan mereka, ramai telah menghidu mereka sememangnya bercinta.

Sedang semua mengucapkan agar pasangan ini dilimpahi dengan keberkatan, tiba-tiba hubungan cinta Elfira dan Baim dikatakan sudah berakhir. Berita tersebut disampaikan menerusi sebuah portal dari Indonesia, aktor tersebut kembali menjalinkan percintaan bersama bintang sinetron popular Marshanda selepas beliau sah bercerai pada November tahun lalu.

Baim dan Marshanda didakwa sering menghubungi diantara satu sama lain menerusi WhatsApp dan Baim nampaknya ingin mendekati bekas kekasihnya itu sekaligus meyambung hubungan cinta mreka yang terputus dahulu.


Walaubagaimanapun, buat masa ini baik Elfira mahupun Baim belum lagi memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.

Betul atau tidak mengenai perpisah ini, kita nantikan jawapan daripada Elfira Loy nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog