Thursday, 9 April 2015

Tauke Nafi Hantar Mesej Lucah Kepada Gadis-Gadis


Baru-baru ini dua orang wanita telah muncul di akhbar Berita Harian mendakwa seorang pelawak popular telah memperdayakan ramai wanita dengan meminta gambar bogel mereka. Pelawak itu ‘mengayat’ wanita di media sosial dengan meminta gambar bogel mereka dan dia juga dikatakan menghantar gambar alat sulitnya pada wanita-wanita tersebut.

Tauke ialah antara pelawak yang dispekulasi menjalankan kegiatan tersebut kerana dia sering dilihat bergambar mesra dengan ramai wanita.

Melalui Harian Metro, Tauke bagaimanapun menafikan dirinya adalah pelawak yang diperkatakan.


Dosa kita yang lepas menghantui kita sekarang. Maksud saya bukanlah dosa maknanya kenakalan kita yang lepas menjadikan kita sekarang.

Perkara itu dah berlalu tapi apabila ada lagi benda-benda begini, orang akan menuding jari pada saya sedangkan ramai lagi pelawak di negara kita.

Ramai lagi yang nakal tapi apabila ada kes membabitkan pelawak, orang akan kata Taukelah orangnya.

Contohnya dalam rumah kita sendiri. Dulu seorang adik kita dituduh mencuri. Bila hilang saja duit, dia pasti akan dituduh padahal orang lain yang buat.

Walaupun orang luar datang mencuri tapi inilah persepsi. Kalau bolehlah saya minta masyarakat jangan cepat buat andaian tanpa membaca sesuatu berita sampai habis.

Dapatkan cerita sebenar dan jangan tuduh Tauke yang salah, kena baca dan fahami betul-betul. Memang bukan saya yang buat.


Tauke bagaimanapun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang mengaitkan dirinya dengan gosip tersebut.

Apabila berlaku spekulasi begini, kita nak marah siapa? Sebabnya yang mencetuskan spekulasi itu ialah orang ramai yang memberi komen.

Takkanlah saya nak saman peminat semua? Mereka ada hak nak menaip. Mereka ada upaya untuk buat kerja begitu.

Bagaimanapun satu perkara yang saya nak tegur ialah pemikiran dan yang kedua jauhilah fitnah.

Biasalah tu, bila kita buat perkara baik banyak kali pun jarang diingati orang, bila kita buat salah sekali saja pun akan diingati orang sampai bila-bila.


Tauke didakwa kononnya pelawak lelaki popular yang menganggu gadis-gadis dengan menghantar mesej-mesej yang berunsur lucah dan menggoda mereka. 



Dengan penjelasan ini, mungkin Tauke tidak akan dikaitkan lagi dengan gosip tersebut. Siapa sebenarnya pelawak yang dimaksudkan sememangnya menjadi tanda tanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog