Thursday, 12 February 2015

12 Lagenda Seram Jepun Yang Sangattt Menyeramkan!

1. Tomino's Hell



Tomino's Hell adalah sebuah puisi yang telah disumpah dan boleh membunuh sesiapa sahaja yang membacanya dengan kuat. "tomino's Hell" ditulis oeh Yomota Inuhiko di dalam buku yang bertajuk "The Heart is Like A Rolling Stone". Puisi ini mengisahkan mengenai Tomino yang mati kemudian masuk ke dalam neraka.

puisi yang dikatakan telah disumpah


2. Kampung Inunaki



Kampung Inunaki ada sebuah kampung misteri yang dipulaukan sepenuhnya dari kampung-kampung lain dan bahkan dari Jepun sendiri. Tidak dapat dipastikan sama ada kampung itu bertul wujud tetapi orang tempatan mengesahkannya. Terdapat papan tanda di depan kampung itu yang tertulis "undang-undang di Jepun tidak boleh dipakai sini".
Penduduk kampung ini menjalankan hidup dengan cara yang tidak sama seperti orang normal. Kanibal, sumbang mahram, dan pembunuhan sering berlaki. Peralatan elektronik dan telefon juga tidak dapat digunakan semasa berada di dalam kampung itu. Terdapat beberapa kedai lama dan juga telefon awam tetapi tidak dapat digunakan. Ramai yang masuk ke kampung ini tetapi tidak pernah pulang.


3. Panggilan Telefon Marry

Seorang kanak-kanak perempuan pindah ke sebuah bandar lain dan membuang patungnya yang bernama Mary. Pada malam itu dia mendapat panggilan telefon yang berbunyi: " Hello? Ini saya, Mary. Saya di dalam plastik sampah.". Kemudian telefon kerap berdering sepanjang malam. "Hello? Ini saya, Mary. Saya di atas jalan." " Hello? Ini saya Marry. Saya di hadapan rumah awak." Jadi gadis itu pun melihat ke luar rumahnya. Tetapi tiada sesiapa di hadapan. Kemudian telefon berdering lagi " Hello? Ini saya, Mary. Saya di belakang awak."

Gadis itu ditemui mati keesokan harinya.


4. Terowong Kiyotaki

terowong ini dibina pada tahun 1927. tingginya 444m(4 adalah nombor yang disumpah). Terowong ini dikatakan dihantui oleh pekerja-pekerja yang telah mati semasa membina terowong ini. Dikatakan bahawa pada waktu malam hantu boleh dilihat berada dalam terowong ini malah mereka juga boleh memasuki kereta yang masuk ke dalam terowong itu dan menakut-nakutkan pemandu hingga menyebabkan kemalangan. Di dalam terowong ini juga terdapat cermin, jika manusia lihat ke dalam cermin itu, mereka akan mati dalam keadaan yang dasyat.

5. Hitobashira.
Hitobashira atau "Tiang Manusia" dalam bahasa Melayu. Di dalam Jepun kuno, orang percaya bahawa jika mengedapkan manusia di dalam tiang boleh membuatkan binaanya lebih kukuh dan stabil. Dengan mengedapkan tiang itu dengan manusia dan di dalam dinding mereka melakukan pengorbanan kepada tuhan dan jika tuhan-tuhan senang maka binaannya akan bertahan lama. Bangunan dengan tian manusia dikatakan berhantu oleh orang yang ditanam di dalam dinding-dinding. 

6. Teke Teke
Teke teke adalah bunyi yang dikeluarkan oleh hantu ini apabila bergerak(oleh sikunya). Hantu ini asalnya adalah seorang wanita yang baik hati yang mana telah terjatuh(atau melompat- dalam versi lain) ke dalam laluan keretapi. Badannya dipotong dua oleh keretapi tetapi dendamnya yang melampau membuatkan bahagian atas badannya atau torso masih mecuba untuk membalas dendam. Walaupun tiada lelaki, dia masih boleh bergerak dengan sangat laju dan kalau dia berjaya menangkap orang yang lari, dia akan cuba memotong badan mangsanya kepada dua dengan sabit yang diciptanya.

7. Patung Okiku
Patung Okiku adalah patung perempuan yang memakai kimono. Ia pada mulanya adalah milik seorang kanak-kanak perempuan Okiku. Apabila Okiku mati kerana demam, rohnya merasuki patung miliknya dan menyebabkan rambut patung itu tumbuh memanjang. Patung itu kini di dalam kuil Mannenji. Pada mulanya rambut patung itu pendek. Tetapi kini ia makin memanjang. Tiada sesiapa tahu mengapa rambut patung itu terus memanjang, tetapi kajian saintifik membuat kesimpulan bahawa rambut itu dimiliki seorang kanak-kanak perempuan, mungkin milik Okiku. 

8. Satoru Kun
Satoru Kun merupakan roh jahat yang menyerupai kanak-kanak lelaki. Dia tahu tentang segala benda dan dia juga boleh menjawab apa-apa sahaja soalan termasuk mengenai masa lalu dan juga masa depan. 
Untuk menanyanya soalan perlu ada duit syiling dan juga telefon bimbit dan telefon awam.
Langkah-langkahnya:
1. Masukkan duit syiling ke dalam telefon awam dan dail nombor telefon bimbit anda
2. Semasa ia berdering sebut " Satoru, Satoru, please come to me. Satoru, Satoru, tolong tunjukkan rupamu. Satoru, Satoru, kalau awak ada tolong jawab panggilan saya." Tutup telefon awam dan matikan telefon biimbit anda.
Satoru kun akan menelefon semula dalam masa 24 jam. Pada mulanya dia akan memberitahu di mana dia berada dan makin lama dia akan menelefon dengan kerap untuk memberitahu di mana dia dan makin lama kedudukannya akan makin dekat dengan anda dan dia akan berkata "Saya di belakang anda" Anda boleh tanya apa-apa sahaja soalan. Tetapi jangan telefon jika tiada soalan untuk ditanya dan jangan cuba untuk lihat Satoru Kun. Pastikan soalan juga ditanya dengan laju atau dia akan mengheret anda ke Neraka.

9. Kashima Reiko
Kashima Reiko merupakan hantu tandas yang sangat popular. Dia merupakan hantu tiada kaki yang menghantui tandas-tandas di sekolah. Kashima Reiko merupakan seorang wanita yang tinggal di Hokkaido. Pada suatu malam, sekumpulan lelaki telah menariknya dan kemudian merogol dan menyeksanya kemudian membiarkan dia untuk mati. Semasa sedang mencari pertolongan, dia jatuh ke dalam landasan keretapi dan dilanggar menyebabkan badannya terputus dua. 

10. Noppera Bo
Noppera bo bermaksud "tiada muka". Mereka boleh menghasilkan ilusi untuk membuatkan manusia percaya bahawa mereka adalah manusia biasa tetapi sebenarnya mereka tidak mempunyai mata, hidung, mulut. Hanya kulit. Mereka cuma mahukan muka dari mangsa mereka. Mereka akan gunakan kelemahan seseorang dan menggunakannya supaya mereka boleh mengambil muka mangsa mereka kemudian membuatkan mangsanya menjadi Noppera Bo.

12. Himuro Mansion.
Rumah Himuro merupakan salah satu rumah yang paling dihantui di Jepun. Keluarga Himuro mempunyai adat yang pelik. Untuk melindungi keluarga dan rumah dari anasir jahat, mereka mengadan ritual pengorbanan melalui "ritual cekik". Ritual ini harus dijalankan selang 50 tahun untuk mengelakkan karma buruk dari memusnahkan keluarga itu. Mereka akan memilih seorang bayi perempuan dari kalangan keluarga itu dan membesarkannya dalam rahsia. Apabila tiba masa untuk menjalankan ritual itu, mereka akan mengikat tali di leher, kedua tangan dan kaki perempuan itu. Kemudian, sekumpulan kerbau akan menarik tali itu dalam arah yang berlainan, hingga terpisah badan gadis itu. Tali yang berlumuran dengan darah gadis itu kemudiannya di gantung di dalam rumah itu. Tetapi pada sesuatu masa, gadis yang sepatutnya dikorban jatuh hati terhadap seorang lelaki. Kerana gadis itu tidak lagi suci, ritual mengorbankannya menjadi gagal dan ketua keluarga itu menjadi gila hingga membunuh semua ahli keluarganya yang lain dan akhirnya membunuh dirinya selepas itu. Ramai orang yang mati secara misteri selepas memasuki rumah itu dengan kesan taliu pada leher, kedua tangan dan kaki mereka.

2 comments:

  1. Seramlah takut saya nak baca puisi dia 😔😟😢😭😔😟😢😭😔😟😢😭😔😟😢😭😔😟😢😭😔😟😢😭 camimi hadri kata kata youtube mungkin dia Google 🔍 agaknya...tapi thanks sebab bgi saya takut nk tidur 😵💤👀😵💤👀😵💤👀 👋👋

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog