Thursday, 12 February 2015

VIDEO:Lihat Bagaimana Muka Wanita Cantik Ini Makin Berubah Kerana Dipukul Setiap Hari


KEBIASAANNYA, lelaki yang menghadapi masalah tidak dapat mengawal panas baran mudah terdorong untuk menggunakan kekerasan sebagai cara menyelesaikan masalah.

Lihat sahaja beberapa kes penderaan di Malaysia yang melibatkan pergaduhan antara suami isteri.



Sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman walaupun sekali dipukul, mempunyai potensi besar untuk terkena lagi.

Melalui sebuah kempen yang dijalankan Kerajaan Serbia, kisah seorang gadis yang dibelasah kekasihnya setiap hari selama satu tahun dipaparkan dalam bentuk video.

Mendapat tontonan lebih 39 juta kali, ia mendapat banyak respon postif daripada pengguna YouTube.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana perubahan wajah gadis yang menjadi mangsa selepas dibelasah begitu teruk. Parut di wajahnya bukan sahaja silih berganti tempat malah senyumannya semakin lama semakin pudar…

Jika anda atau sesiapa di sekeliling anda diperlakukan begini, usahlah berdiam diri.

Adukan kepada pihak berkuasa.

Ini kerana sebagaimana pesanan di penghujung video, mangsa kezaliman ini kadangkala tak tahu bagaimana nak mengadu tetapi jiwa mereka mungkin sentiasa menjerit, ‘pomozite mi ne znam da li cu docekati sutra’ (dalam Serbian) yang bermaksud, “Tolonglah saya! Saya tidak tahu samaada saya masih bernafas lagi esok’.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog