Tuesday, 10 February 2015

Kita Sudah Ditipu! Bila Pilih Harga Lain, Bila Bayar Lain Pula Harganya!


Buat pembaca semua, berapa ramai dari anda yang akan melihat dahulu harga di label barangan susunan dan membezakannya dengan yang dibayar ketika di kaunter?

Jika terdapat perbezaan harga, adakah anda akan meminta semula hak anda?


Mungkin sesetengah pengguna tidak kisah dengan hal tersebut kerana perbezaan harganya tidak banyak.

Namun, apa yang sebenarnya terjadi adalah anda telah tertipu dengan harga jualan barangan pembelian tersebut.

Berikat adalah aduan seorang pengguna bernama Khairul Anwar Safian melalui Facebooknya.

“Petang tadi shopping kat Tesco Puchong(kat2 IOI mall). Bila dah bayar, tah cam na leh perasan yg harga kat resit lagi mahal dari harga kat label. Bila tnya alasan sistem xupdate lagi. Aku pun dah panas baran n diorang pun malas nak gaduh2 sbb customer lain tgh tgk je aku duk sound bos Tesco tu, diorang ganti balik duit aku.

Tah ada brapa bnyak lagi barang xupdate. So masalahnya dlm satu hari dah berapa ribu orang tertipu n brapa bnyak diorang leh wat duit. So nasihat aku klau shopping kat Tesco or kat mana2 sekali pun, lepas bayar pastikan harga dekat resit sama dengan harga kat label.”
– Khairul Anwar Safian

Berikut pula adalah aduan daripada beberapa pengguna di laman Facebook yang membeli-belah di pasaraya Tesco pula.




Sejujurnya, bukan di Tesco sahaja perkara 'tipu' harga ini berlaku. Malah beberapa kes turut dilapor di pasaraya besar yang lain seperti Giant. Kadang-kadang bea harga itu sangat besar. Bayangkan kita bayar 2 kali ganda dari harga asal yang ada di display. Tidak ke kita rasa sangat tertipu? Tapi, cuma alasan yang sama diberi, 'sistem tidak update'. 

Timbul persoalan di sini, adakah alasan ‘sistem tidak update’ dengan harga barangan yang ditawarkan dapat diterima sedangkan harga sudah ‘terpampang besar’ untuk panduan pelanggan?

Sememangnya tidak masuk akal dan jika ianya benar sekalipun, ia merupakan satu kelalaian yang patut dipandang serius agar tidak lagi berlaku kelak. Kita juga sebagai pengguna harus lebih peka dan lebih tegas sekiranya perkara ini terjadi kepada kita. 

kredit:mynewshubmy

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog