KETIKA berlangsungnya pengebumian jenazah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin, kecoh di laman sosial bahawa ada kepulan awan membentuk kalimah Allah di langit.
Kejadian itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan didakwa berlaku di rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Gambar itu mendapat pelbagai komen dan ulasan dari para warga internet. Ada yang kagum dan mendakwa ia sebagai tanda kemuliaan Allahyarham Nik Abdul Aziz yang diredhai Allah ditunjukkan dengan tanda-tanda sebegitu.
Tidak kurang juga yang melarang orang Islam lain mempercayai perkara sedemikian kerana ia sebenarnya adalah satu perkara khurafat dan boleh merosakkan akidah umat Islam.
Rupa-rupanya di laman Facebook, sudah terbongkar gambar berkaitan kalimah Allah berkenaan adalah hasil suntingan memggunakan aplikasi suntingan gambar bagi mewujudkan seakan-akan ada kalimah Allah terhasil daripada awan berkenaan.
Pengerusi Biro Pemuda IPT Pergerakan Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya dalam kenyataannya kepada Mynewshub.cc hari ini sudah pun menyebut bahawa untuk kaitkan apa yang berlaku di persekitaran berkaitan si mati adalah salah di sisi akidah.
Gambar asal yang turut didedahkan tidak langsung menampakkan secara jelas awan berkenaan sebaliknya hanya pemandangan awan dan langit yang biasa.
Walaubagaimanapun, menerusi sebuah print screen yang diambil dari laman Facebook Fizo Omar, beliau mengatakan gambar tersebut telah ditangkapnya sendiri dan menzahirkan gambar itu sebagai betul.
mynewshub
KITA JANGAN BEBAL DAN KITA JUGA JANGAN JADI BODOH
ReplyDelete