Saturday 30 August 2014

(VIDEO) Penampakan hantu di tandas Cathay di Singapura



Perkara mistik merupakan antara topik yang mudah mendapat perhatian masyarakat.


Di Singapura sekarang, antara yang hangat diperkatakan adalah penampakan hantu di tandas panggung wayang Cathay.
Berdasarkan satu video yang tersebar, individu bertanggung jawab melakukan rakaman tersebut dikatakan asalnya mahu menakutkan seorang rakan di dalam tandas.
Jadi selepas melihat kasut rakannya di salah satu tandas, dia mula memanjat tandas sebelahnya dengan niat mahu merakam rakannya itu dari atas.
Tapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tandas tersebut sebenarnya kosong!

Dalam dok terperanjat tu kamera telefon bimbitnya terakam pula satu entiti menyerupai wanita melintas di dalam tandas tersebut. Apa lagi, lelaki tersebut terus lari sambil menjerit ketakutan.



10 Wanita Muslim Yang Paling Cantik Dan Kaya

Perempuan cantik selalu senang je tarik perhatian orang kan? Camne pulak kalau cantik + kaya? Kalau cantik + kaya + pandai haa cane pulak? Memang package lah. Sekarang ni pun memang ramai perempuan yang berjaya kan? Tak kisah la atas usaha sendiri or harta keluarga. Jom tengok antara wanita-wanita Muslim terkaya dan tercantik di dunia.



Ameerah al-Taweel, Arab Saudi







Isteri kepada Putera al-Waleed bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Suaminya merupakan ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan lelaki ke-26 terkaya di dunia dengan nilai bersih lebih $20-25 billion.
Putera al-Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.




Lalla Salma, Maghribi






Isteri kepada Raja Mohamed VI.
Walaupun bergelar "The First Lady", beliau tetap seorang yang merendah diri.
Kekayaan suaminya dianggarkan sekitar $2.5 billion.




Rania al-Abdullah, Jordan






Merupakan permaisuri Jordan dan berkahwin dengan Putera Abdullah II.
Khabar angin mengatakan raja Abdullah telah menghabiskan lebih 1 billion dalam pembuatan Taman Tema Star Trek sahaja.
Pernah digelar sebagai permaisuri tercantik pada 2011.




Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi







Secara rasmi menjadi permaisuri Arab Saudi.
Isteri kepada Sheikh Avdi al Muhammad.
Dilahirkan dalam antara keluarga paling kaya di dunia.
Diakatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya, namun kini wajahnya sudah banyak di internet.




Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei






Anak perempuan kepada Sultan Brunei.
Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada 1997.
Memiliki sebuah kereta Rolls-Royce disaluti dengan emas 24 karat dan memiliki sebanyak 7,000 kereta lain.
Memiliki kediaman diraja terbesar di dunia dengan 1,700 bilik di dalam istana.
Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 million pada perkahwinan Hafizah.




Sultanah Nur Zakirah, Terengganu, Malaysia






Permaisuri Terengganu, isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka hampir atau lebih $15 billion.




Sheikha Moza Bint Nasser al Missned, Qatar






Isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa al Thani.
Kekayaannya dianggarkan lebih daripada $7 billion.
Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas.




Sheikha Matia Binti Mohammed, Dubai






Anak perempuan kepada Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Perdana Menteri sertaNaib Presiden Emiriah Arab Bersatu (EAB) juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai.
Seorang atlet taekwondo dan pernah memenangi pingat perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar.
Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih $40 billion.




Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Brunei






Berkahwin dengan Khaitul Khalil, Pembantu Pegawai Eksekutif di pejabat Perdana Menteri.
Bapa Majeedah, Sultan Brunei antara orang paling kaya di dunia dan sangat gemar pada emas.




Sheika Hanadi Bint Nasser al Thani, Qatar






Seorang pegawai bank, pelabur, usahawan hartanah dan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar.
Penasihat Khas di Standard Chartered Bank.
Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek al Waab City.
Merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled al Thani & Sons Group.
Kekayaan keluarga mereka dianggarkan hampir $15 billion.

Friday 29 August 2014

10 Penemuan Teraneh di Dunia

Di belahan bumi dunia ini, terkadang di temukan hal - hal aneh yang tak lazim di mata manusia. bahkan terdapat penemuan purbakala yang masih belum terpecahkan keanehannya sampai pada abad ini. berikut kami merangkum 10 penemuan teraneh di dunia pada tulisan di bawah ini.

1. Pyramid di bulan


Teleskop Hublee pernah tertangkap berhasil menggambarkan sebuah artifak yang tidak lazim di bulan yang menyerupai pyramid. Bahkan NASA pun tak mampu menjelaskan foto yang di ambil tersebut.

2. The Voynich Manuscript


Merupakan sebuah penemuan buku kuno yang membuat para ilmuwan terlihat bodoh. Buku text ini masih menyimpan banyak misteri dan maksud di dalamnya. terdapat berbagai tulisan dan ilustrasi yang masih belum boleh diterjemah hingga saat ini.

3. The Baghdad Batteries


Artefak yang di temukan di Mesopotamia yang di buat pada masa awal masihi. Ilmuwan berpendapat benda ini adalah sebuah pot, namun setelah di analisis, terdapat cairan baterii seperti acid corrosion.

4. BLOOP !


Penemuan teraneh di dunia selanjutnya terjadi pada tahun 1997, National Oceanic and Atmospheric Administration mendapatkan suara aneh di lautan yang berbunyi Keras dan Aneh. Ketika ilmuwan mempercepat 16x suara tersebut, suara itu seperti terdengar seperti penyiram kotoran yang terdapat di tandas.

5. Gempa Chile


Gempa yang terjadi pada tahun 2010 ini di khabarkan telah memperpendek hari di bumi seper 1,26 juta detik. Angka ini berhasil di dapatkan oleh seorang ahli geofisika NASA, Richard Gross.

6. Kadal Ular


Di nobatkan sebagai salah satu penemuan yang membuktikan sebuah teori evolusi dari reptil ke mamalia. makhluk transisi ini ternyata merupakan spesies kadal australia yang tidak bertelur. terdapat di sepanjang pesisir dataran rendah bercuaca hangat di New South Wales.

7. Ikan yang berjalan


Merupakan salah satu dari sembilan spesies baru dari keluarga handfish yang menggunakan siripnya untuk berenang. karena populasi dan belum banyak ditemukan, menyebabkan sedikitnya informasi yang dapat digali mengenai struktur biologis tubuh ikan ini.

8. Black Hole


Menurut teori, semua lubang hitam yang telah ditemukan hingga saat ini dari mikroskopik hingga makroskopik mungkin merupakan gerbang menuju alam semesta yang lain. Menurut teori lubang hitam sebenarnya adalah terowong semesta, bintang yang tersedut ke dalam lubang hitam tidak hancur, malah masuk ke lubang putih di semesta lubang hitam yang lain.

9. Ikan Aneh di green land


Spesies ikan aneh yang ditemukan di perairan GreenLand, ikan ini tumbuh hingga panjangnya mencapai 17 cm saja. merupakan 1 dari 38 spesies ikan yang ditemukan di pulau arktik.

10. Kalong Papua


Binatang yang juga disebut kelawar Noda, yang merupakan 1 dari 200 spesies yang ditemui dua ekspedisi ilmiah di papau nugini pada tahun 2009. Haiwan ini merupakan kelawar tabung yang memakan buah - buahan.

sumber: topdidunia.com

ISIL bukan pejuang agama Islam yang sebenar


SHAH ALAM - Perjuangan dibawa Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria  (ISIL) tidak mencerminkan perjuangan sebenar Islam.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, segala tindakan mereka (ISIL) bertentangan dengan Islam, malah  para ulama di Timur Tengah yang lebih memahami situasi di sana juga tidak bersetuju dan menegaskan apa yang dilakukan bukan cara Islam.

"Berdasarkan gambar, video dan maklumat yang didedahkan, tindakan mereka menyembelih manusia dan memperkosa wanita dari agama lain adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam.

"Malah mereka juga dikatakan mempunyai hubungan dengan Zionis serta Amerika Syarikat. Keadaan itu menunjukkan ISIL ini sebenarnya bertujuan merosakkan imej Islam dan dijadikan alasan untuk menyerang Islam," katanya.

Ketika mengulas bagaimana masyarakat Islam yang hendak memperjuangkan agama tanpa dilabel sebagai pengganas, Zaharuddin berkata, setiap perjuangan atau tindakan yang hendak dilakukan perlu selari dengan Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi.

"Bagi memastikan perjuangan atau kumpulan yang hendak disertai atau disokong itu adalah kumpulan yang betul-betul memperjuangkan Islam, mereka boleh rujuk kesatuan terbabit bagi mendapatkan panduan serta kefahaman sebenar. Jangan berpandukan kefahaman sendiri.

"Selain itu, masyarakat Islam juga perlu ada media sendiri supaya dapat beri penjelasan serta penerangan berterusan kepada media bukan Islam," katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh dalam isu Palestin, media Israel memutarbelitkan fakta bagi menyembunyikan kezaliman dilakukan, tetapi penipuan itu didedahkan oleh rakyat Palestin melalui media mereka sendiri termasuk di Facebook.

Katanya, masyarakat Islam Malaysia juga perlu bijak untuk membezakan antara perjuangan jihad dengan perjuangan pengganas.

"Semak dan buat kajian terhadap latar belakang sesuatu kumpulan sebelum terus menyertai atau menyokong kumpulan tersebut," katanya. - Sinar Harian

Gambar gadis selfie di tengah traffic jam


Kalau sebelum ni semua sibuk berselfie di bangunan-bangunan tinggi, si gadis comel molek ni ada cara tersendiri untuk selfie. Selfie di dalam 'traffic jam'!

Gambar ini telah menjadi viral di laman sosial terutama Facebook dan Twitter dan mendapat pelbagai komen dari netizen. Ada yang mengatakan ia perkara biasa dan tak kurang juga yang mengatakannya berbahaya.

Umm..nasib baik gadis ni comel, kalau tak, entah viral, entah tidak. - SiakapKeli.com

Hal ini terlalu remeh- Shaarnaz Ahmad

Perbalahan antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali sememangnya satu perkara remeh dan kecil. Tak perlu diperbesarkan seolah-olah masalah dunia. Boleh diselesaikan tanpa bantuan mana-mana pihak. Keremehan perbalahan ini diakui sendiri oleh Sharnaaz Ahmad.

Yang pastinya, Sharnaaz enggan pihak Karyawan atau mana-mana pihak ketiga campur tangan dalam pergaduhannya dengan Azwan Ali. Kata Sharnaaz menerusi Harian Metro:-
Saya tak ada isu pun kalau nak berjumpa dan selesaikan masalah ini dengan dia secara peribadi. Bagaimanapun kalau sampai Karyawan nak aturkan kami berbaik, rasanya tak payahlah.
Saya faham dan hargai niat Karyawan baik untuk menyelesaikan masalah. Cuma hal ini terlalu remeh sampai pihak ketiga nak campur tangan.
Kalau untuk hal remeh dan kecil macam ini, rasanya tak perlulah saya nak turun (bertemu). Saya boleh jumpa dia (Azwan) terus saja.

Lengan ahli bina badan meletup pecah

Seorang ahli bina badan iaitu Greg Valentino yang menggunakan cecair steroid untuk menambahkan saiz ketulan pada badannya mengalami detik mencemaskan apabila ketulan 'biceps' pada lengan sebelah kanannya terlalu besar hingga meletup pecah! 




sumber: oomedianetwork.com



Lelaki masih hidup walaupun kepala tertusuk besi pancang




BEIJING - Seorang lelaki masih hidup walaupun kepalanya ditembusi pancang besi yang terjatuh ketika dia mengubah suai rumahnya di wilayah Guangxi baru-baru ini, lapor MailOnline kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ho, 50, tertusuk besi sepanjang lebih setengah meter di bahagian kanan dahi dan menembusi rahang kirinya baru-baru ini.
Ketika kejadian, Ho sedang mengubah suai rumahnya apabila tertusuk pancang besi tersebut.
Beberapa doktor yang merawat lelaki itu berkata, mereka terkejut melihat mangsa bukan sahaja masih hidup tetapi berada dalam keadaan sedar ketika di bawa ke sebuah hospital di wilayah ini.
Doktor-doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian besi itu sebelum membuat satu pembedahan rumit bagi mengeluarkan objek daripada kepala mangsa.
Seorang doktor berkata, Ho bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai otak atau organ penting lain yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mati.
"Keadaan pesakit kini semakin baik dan dia mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi," katanya. - Agensi
sumber: metro

Wanita terselamat selepas sejam bertarung dengan harimau bintang

Foto
Rudraprayag (India): Seorang wanita berusia 54 tahun membunuh seekor harimau bintang dengan hanya mengguna peralatan kebun selepas haiwan itu menyerangnya ketika dia dalam perjalanan pulang dari ladang.
Kamla Devi yang cedera selepas bertarung selama kira-kira sejam dengan haiwan itu berhampiran kampungnya di daerah Rudraprayag, Uttarakhand Ahad lalu, kini dirawat di hospital. 
Ibu satu anak itu hanya mengguna sabit dan penyodok kecil untuk melawan harimau bintang berkenaan sebelum berjalan kira-kira setengah kilometer untuk mendapatkan bantuan. 

Dia mengalami luka yang dalam dan patah di tiga bahagian tubuhnya serta kehilangan banyak darah sebelum tiba di hospital.
Haiwan itu kemudiannya ditemui mati berhampiran kampungnya, Koti Bodna.

Pakar hidupan liar, Lakhpat Rawal berkata, dia terkejut dengan masa bertarung yang begitu lama. 

“Harimau bintang biasanya akan berundur jika mendapati mangsanya kuat. Biasanya, serangan itu hanya mengambil masa tidak lebih 10 minit. 

“Mungkin harimau bintang itu terlalu tua atau terlalu muda dan tidak berpengalaman. 

“Mungkin juga haiwan itu terdorong untuk terus menyerang dengan harapan untuk membunuh wanita itu selepas melihat terlalu banyak kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya. 

Kamla yang kematian suami 30 tahun lalu bagaimanapun memberitahu media tempatan, dia masih ingat keseluruhan kejadian dan tempoh masa ia berlaku. 

Kakitangan perubatan berkata, walaupun keadaan wanita itu stabil, dia terpaksa menjalani lebih 100 jahitan memandangkan luka yang dalam pada kepala dan kakinya. 

Dia juga dirawat kerana patah tulang tangan kanan dan kiri.- Agensi

10 Hantu Yang Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

Setiap negara di seluruh dunia ada kisah hantu paling seram yang tersendiri. Cerita-cerita seram ini biasanya dibawa dari mulut ke mulut. Hantu paling seram yang pernah kita dengar seperti langsuir, pontianak dan sebagainya, tetapi bagaimana di negara-negara luar? Adakah hantu paling seram bagi mereka?

Jom kita lihat 10 hantu paling seram di serantau dunia.

Zombie

Zombie

Zombie adalah mayat yang bangkit dari alam kubur. Rupanya amat mengerikan dengan tubuh yang tidak sempurna, badan dipenuhi darah dan organ-organ badan tidak mencukupi. Zombie amat laparkan daging benda-benda hidup termasuklah manusia dan haiwan. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.

Aswang

Aswang

Hantu paling seram berasal dari Filipina. Pada siang hari, ia berbentuk manusia yang bersifat pendiam. Malamnya ia akan bertukar menjadi makhluk yang kejam dan menyeramkan. Aswang amat kuat dan mampu bertukar menjadi beruang raksasa hitam.

Yurei

Yurei

Yurei adalah hantu paling seram di negara Jepun. Berkulit pucat, berambut panjang, berjalan mengambang dan dikelilingi oleh bola-bola api yang dipanggil "Hitodama". Yurei biasanya hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Sentiasa hauskan darah manusia. 

Rugaru

Rugaru

Rugaru pada asalnya adalah manusia normal. Pada usia 30an, tanpa disedari oleh dirinya sendiri, dia telah berubah menjadi Rugaru. Keadaan tidak normal ketika ingin menjadi rugaru adalah, dia sentiasa berasa lapar dan memakan apa saja dihadapannya. Hinggalah pada satu ketika hanya daging manusia yang mampu memuaskan nafsu laparnya.

Banshee

Banshee

Banshee berupa wanita tanpa seurat pakaian, rupa yang menyeramkan dan berambut panjang. Banshee adalah lambang kepada kematian. Dia akan muncul dan menangis di belakang orang yang akan meninggal.

Bloody Mary

Bloody Mary

Bloody Mary adalah antara hantu paling seram di dunia barat. Asalnya dia tuduh membunuh anaknya sendiri untuk satu ritual ilmu hitam. Masyarakat pada ketika itu amat marah kepadanya dan menyeksanya sehingga meninggal dunia. Untuk memanggil hantu Bloody Mary, seru namanya 3 kali dihadapan cermin.

Doppelganger

Doppelganger

Doppelganger adalah hantu paling seram yang mampu mengubah bentuknya menyerupai anda. Bukan setakat rupa dan bentuk badan, malah ia mampu meniru pakaian yang sedang anda pakai dan tingkah laku anda. Kononya, jika anda melihat Doppelganger, bermakna waktu kematian anda sudah hampir tiba.

Wendigo

Wendigo

Kisah Wendigo berasal dari Amerika Syarikat. Makhluk ini tinggi, besar, mempunyai taring dan mempunyai rupa seperti serigala. Kehidupannya adalah di kawasan pergunungan dan hutan. Ia perlu memakan daging manusia untuk hidup lebih lama.

Incubus

Incubus

Mempunyai wajah yang menyeramkan, bertanduk dan bersayap di punggung. Sentiasa muncul di waktu malam dan sasarannya adalah gadis-gadis muda yang sedang lena diulit mimpi. Setelah menemui sasarannya, Incubus akan mengadakan hubungan kelamin dengan sasarannya secara ghaib bertujuan untuk mengandungkan anaknya. Apabila mengandungkan anak Incubus, janin di dalam kandungan akan menyebabkan ibu sakit dan lemah secara perlahan-lahan dan seterusnya meninggal dunia. Apabila si ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus di alam ghaib.

Changeling

Changeling

Makhluk yang digelar Changeling ini mampu menyerupai kanak-kanak. Biasanya ia menyerupai kanak-kanak yang anda kenali. Penyamarannya dari segi rupa boleh dikatakan 100% sama dengan kana-kanak tersebut cuma kelakuannya agak berbeza. Changeling akan menyerupai kanak-kanak yang anda kenali setelah kanak-kanak itu diculik oleh makhluk ghaib yang lain. Changeling akan terus hidup  dan akan membawa bencana kepada anda.



Sumber: Buahtopoh.blogspot.com

Thursday 28 August 2014

6 Jenis Selfie Yang Ramai Tak Tahu

 'Selfie'. Saya pasti anda tahu maksud perkataan ini malahan anda juga mungkin melakukannya setiap hari tanpa mengira masa dan lokasi. Selfie adalah perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan kamera digital mahupun kamera di telefon pintar. Pada tahun 2013, terma selfie telah menjadi begitu popular sehinggakan kamus English Oxford telah mengiktiraf perkataan tersebut sebagai 'Word of the year'. Jika anda memiliki akaun laman sosial seperti Facebook mahupun Instagram, pasti akan ada terselit sekeping dua gambar orang yang sedang selfie di timeline anda. Hari ini, kita akan mengkaji jenis-jenis selfie yang wujud. Ayuh teruskan membaca.

 
1) Selfie Standard

Selfie standard adalah teknik selfie yang paling asas, serta yang paling kerap dilakukan oleh penggemar selfie. Teknik ini hanya memerlukan sebuah kamera tak kiralah kamera sendiri ataupun yang dicuri, dipegang menggunakan tangan, sebelum menjarakkan kamera daripada wajah dalam sudut-sudut tertentu dan diakhiri dengan pelbagai gaya wajah. Secara umumnya, gadis-gadislah yang paling banyak menggunakan teknik ini. Tahukah anda, bagi setiap sekeping selfie yang dimuatnaik oleh gadis-gadis, ada 20 keping lagi selfie yang sama yang direject kerana nampak gemuk?


Selfie standard ini boleh dibahagikan kepada dua kategori; iaitu kategori solo dan berkumpulan. Selfie seorang diri tidak melibatkan orang lain di dalam gambar. Selfie berkumpulan ataupun nama teknikalnya 'group selfies' melibatkan lebih daripada dua orang termasuk si pemegang kamera. Selfie seorang diri tetapi lepas tengok gambar ada pontianak muncul pun boleh dikira group selfies juga. Tapi kasihan juga jika anda gempal dan ambil selfie berkumpulan, bila muat naik ke Instagram nanti wajah anda dicrop separuh. Lokasi selfie berkumpulan yang paling popular sudah pastilah di hadapan cermin di dalam tandas gadis.

2) Selfie Dalam Tangisan

Selfie dalam tangisan adalah gambar sendiri yang diambil ketika dalam keadaan sedih sehingga berjujuran air mata. Kita mungkin akan bertanya, "Hey, kalau nak nangis, nangis jelah apasal nak ambil gambar pulak?" Seelok-eloknya, kita elakkanlah diri daripada bertanya soalan tersebut kepada mereka kerana itu akan membuat mereka berasa lebih sedih sekaligus mengambil lebih banyak selfie dalam tangisan.


Apa yang perlu kita buat adalah memahami mereka, dan mengkaji pokok pangkal mengapa mereka bersedih at the first place. Adakah mereka baru lepas ditinggalkan kekasih? Adakah kerana mereka tersepak bucu katil? Adakah kerana kencing mereka tidak lawas? Ataupun sekadar baru lepas menguap sehingga keluar air mata? Melalui selfie, kita boleh lihat keikhlasan tangisan mereka itu dengan mata kemerah-merahan, air mata berliangan dan kadang-kadang hingus hijau buat kemunculan. Mungkin dengan 'Like' yang anda beri berserta kata-kata semangat di bahagian komen seperti 'Bersabarlah saat indah kan menjelma jua' dapat memberi semangat dan kekuatan kepada mereka.

3) Selfie Tidur

Selfie semasa tidur ini adalah satu teknik selfie yang advanced, dan sukar untuk dikuasai. Iyelah tengah tidur kan macam mana boleh ambil gambar pula? Hebat gila tangan boleh tepat-tepat ambil gambar muka kalau aku try teknik ni ada kemungkinan terambil gambar seluk tangan dalam kain pelikat. Itu pun kalau kain pelikat masih belum terlucut. Dahla masa tengah tidur tu masih mekap tebal, rambut tersisir rapi serta tiada sebarang air liur basi yang meleleh. Power, power.


4) Selfie Facepalm
Selfie facepalm ni bukan mengambil selfie sambil membuat gaya tepuk tangan ke muka, tetapi gaya facepalm itu dilakukan oleh orang yang melihat selfie mereka. Selfie sebegini selalunya dilakukan pada tempat yang langsung tidak sesuai mahupun situasi yang orang biasa tak tergamak nak selfie. Contohnya selfie bersama ahli keluarga yang baru meninggal, selfie pegang kepala kucing yang dipenggal, mahupun selfie masa tengah berak.

5) Selfie Minta Penampar

Selfie minta penampar ini adalah sebarang selfie yang dimuatnaik oleh seorang jantan sejati yang memiliki dua biji buah kerandut. Gadis-gadis nak upload gambar sendiri setiap hari memang orang tak boleh nak kompelin sangat lebih-lebih lagi yang memiliki paras rupa kerana itu memang naluri mereka. Namun begitu apabila seorang jantan cuba membuat aksi gaya muncung platipus dan gaya renungan menggoda kumpulan M-Pop (K-Pop versi Malaysia) sambil terkeluar bulu hidung, maka terus menggigil-gigil tangan ni nak bagi penampar. Ok memang tak dinafikan ada je sesetengah jejaka yang mengambil selfie hari-hari, cuma yang menjadi isunya adalah keinginan mereka untuk memuat naik gambar tersebut di laman sosial.
 


6) Selfie Dengan Caption-caption Kegemaran Ramai

Berikut adalah contoh caption tipikal yang mengiringi sesuatu selfie itu:
"Ummm dah gemuk :( "

Caption ini selalu digunakan oleh gadis yang ternyata comel dan kurus, tetapi mengaku gemuk kerana mengharapkan orang meletakkan komen "Eh mana ada gemuk" atau "Eh you kurus lah". Sepatutnya untuk impak yang lebih mendalam, anda patut letak gambar anda yang paling gemuk lepastu letak caption "Yeayy dah kurus" barulah akan memberi inspirasi kepada orang lain serta mendapat lebih banyak like. Next time, jika anda nampak caption "Ummm dah gemuk :( " pada gambar kurus ni, harap anda boleh tinggalkan komen "Emm I setuju" dan tag penjual susu Alpha Lipid SD II. Mana tah geng Alpha Lipid ni dah tak ada promosi pun semua orang dah kurus ke.


"Done shalat"

Eja shalat instead of solat kerana ingin menampilkan sifat allughatul arobiyah di dalam diri. Caption ini selalu digunakan oleh gadis sejurus sahaja lepas salam yang kedua. Terus ambil phone snap snap masih lengkap bertelekung. Selalunya time Maghrib jela sebab time Subuh orang tak ramai cek Instagram kurang 'Like' pula nanti. Selfie dan caption sebegini semakin meningkat di bulan Ramadhan.

Begitulah antara jenis-jenis selfie yang sering kita temui (ataupun lakukan) di laman sosial. Apa yang ditulis di atas hanyalah pemerhatian yang diezajerit semata-mata, bukannya saya pergi merujuk kepada album Me / Myself / Just Me / Me Again / Still Me / Me Forever / di Facebook anda. Jika anda tahu teknik selfie yang lain, harap boleh kongsikan bersama. Jika anda sendiri yang suka selfie, adakah ada kebenaran tentang apa yang ditulis di atas? Apapun, selamat berselfie semua!
 

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog