Wednesday, 27 August 2014

Kamal Adli dan Intan Ladyana sudah putus

Nampak gayanya bukan para peminat sahaja terkejut dengan pengumuman berakhirnya hubungan cinta dengan Kamal Adli yang telah dilakukan oleh Intan Ladyana semalam. Empunya badan, Kamal Adli juga nampaknya terkejut dan masih berharap agar hubungan yang dibina bertahun-tahun itu tidak berakhir begitu sahaja. Menerusi akaun Twitternya, Kamal Adli telah memohon para peminat agar mendoakan dirinya dan Intan Ladyana.



Mungkinkah Intan Ladyana memaklumkan kepada media mengenai tamatnya perhubungan mereka tanpa memberitahu Kamal Adli terlebih dahulu? Itu mungkin juga boleh terjadi. Apa pun, Kamal Adli memohon agar diberikan masa dan ruang untuk mereka berdua agar keadaan menjadi sejuk terlebih dahulu. Kata Kamal Adli:-

Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham


Sebelum ini memang sudah ada desas-desus hubungan mereka berdua bermasalah apabila Intan Ladyana berkongsi beberapa gambar di Instagram yang membayangkan perasaan sedihnya. Namun desas-desus itu telah dinafikan oleh Kamal Adli. Apa pun, Intan Ladyana memaklumkan menerusi RotiKaya yang mereka berdua kini sudah tiada apa-apa hubungan. Kata Intan Ladyana:-
Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi. Tak ada jodoh antara kami berdua. Kenapa kami buat keputusan ini saya tidak boleh beritahu,
Sebelum ini, kontroversi turut menghimpit Intan Ladyana apabila gambar dirinya dikucup oleh Shah Iskandar telah bertebaran di Internet. Adakah ia salah satu punca perpisahan? Hanya Intan Ladyana dan Kamal Adli sahaja yang tahu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog