Tuesday, 26 August 2014

Enot nafi dakwaan dirinya berpura-pura sakit barah

Baru-baru ni, ada dakwaan yang mengatakan bahawa Enot hanya berpura-pura ada kanser tahap keempat untuk mendapatkan simpati dan tawaran bekerja.
Hari ini menerusi Mstar Online, Enot tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Enot, kanser usus yang dihidapinya hanya tahap kedua sahaja.. Kata Enot:-
Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun.
Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak. Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya
Namun Enot mengakui yang kawan-kawan baiknya mula menjauhkan diri sejak dirinya sakit. Benarlah kata orang, kawan ketawa boleh dicari, kawan menangis memang sukar dijumpai.
Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja.
Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka.Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga.
Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon.
Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri
enot
sumber:beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog