Friday 30 January 2015

(VIDEO) Lelaki Melamar Kekasih Di Pusat Beli Belah Dan Dapat Hadiah Yang Tak Boleh Belah!



Video ini menjadi viral selepas ditonton  lebih dari 100,000 orang di seluruh dunia sejak penampilan pertamanya pada awal minggu ini. Video yang berdurasi 2 minit ini dilihat dirakam menggunakan telefon pintar di sebuah pusat membeli belah.

Inilah Asal-Usul Wanita-Wanita Yang Cantik Ini


Transgender atau mengubah jantina adalah amat dianggap negatif dalam kehidupan moden kini. Kehadiran mereka dicaci bahkan ada yang dipulaukan. Namun mereka ini memilih untuk menjadi transgender bahkan ada di antara mereka sangat berjaya dalam kehidupan mereka.

Seperti si cantik tiruan di bawah ini. Mereka kini sudah popular dengan kecantikan yang dimiliki. Namun, anda pasti akan terkejut apabila melihat penampilan mereka ketika masih kecil.



Lee Kyung Yeop dikenali sebagai salah seorang transgender tercantik di Asia dengan nama Harisu. Harisu kini berusia 39 tahun dan telah berkahwin. Harisu yang menjalani pembedahan tukar jantina di Jepun pada 2007 dan telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Micky.



Liu Shihan lahir pada 18 Ogos 1989. Model cantik ini mengjutkan orang ramai pada 2010 selepas mengakui bahawa dia dilahirkan sebagai lelaki tulen. Liu kini menjadi model transgender tercantik nombor satu di China.



Dilahirkan sebagai lelaki, penyanyi asal Jepun ini mengaku bahawa semasa remaja dia semakin cantik. Haruna menjalani pembedahan tukar jantina semasa berusia 19 tahun.

Kini transgender yang dilahirkan dengan nama Kenji Onishi pada 21 Julai 1972 ini tidak menyesali keputusannya mengubah jantina dan dia berjaya meraih Miss International Queen 2009 yang diadakan di Thailand.



Ayana dilahirkan sebagai lelaki bernama Yuri Nakamura pada 15 Julai 1984. Ayana menjalani pembedahan tukar jantina di Thailand pada Julai 2006 ketika berusia 22 tahun. Kini Ayanajadi salah seorang selebriti sekaligus model fashion terkemuka di Jepun.



Lee Si Yeon adalah salah seorang pelakon dalam filem SEX IS ZERO yang ketika itu adalah model lelaki bernama Lee Dae Hak. Lima tahun selepas filem itu dikeluarkan, Dae Hak yang lahir pada 24 Julai 1979 ini mengubah dirinya menjadi transgender bernama Lee Si Yeon pada tahun 2007.



Kayo Satoh adalah salah seorang model terkenal di industri TV Jepun. Beliau yang dilahirkan pada 26 Disember 1988 ini dilahirkan sebagai lelaki.



Nong Poy mendapat gelaran sebagai transgender tercantik di dunia yang mempunyai penampilan sempurna. Dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Treechada Petcharat, Poy membuatkan ramai orang hampir percaya yang beliau ini benar-benar perempuan. Poy memilih menjalani pembedahan tukar jantina pada usia 17 tahun.


Bagus Betul Raja Saudi Arabia Tinggalkan Obama Untuk Sahut Panggilan Azan



Setelah berkunjung ke India, Presiden US, Barrack Obama singgah di Arab Saudi bersama dengan isterinya bagi mengucapkan takziah kepada keluarga diraja atas kemangkatan Raja Abdullah dan juga penghormatan keatas pertabalan raja baru iaitu Raja Salman.

Namun sesuatu yang luar biasa terjadi ketika kunjungan Obama di Arab Saudi dimana Raja baru itu pergi meninggalkan manusia paling berpengaruh itu dan isteri bersendirian apabila azan asar berkumandang.

Lelaki Kecewa Cuba Jual Teruna Tapi Tak Laku!

ROMANIA: Seorang lelaki mengiklankan terunanya untuk dilelong pada ruangan iklan di sebuah akbar kerana dirinya tidak “laku” yang mana tidak mendapat sambutan kaum wanita.

Seb Ciercies, 29, sangat kecewa dan mengaku yang dirinya tidak sekacak pelakon terkenal Brat Pitt bagaimanapun bukan seorang yang hodoh. Dia telah menetapkan harga lelongan untuk dirinya sebanyak RM3,850 namun tidak mendapat bidaan dari mana-mana wanita.

Malaysia Isytihar Kesemua 239 Penumpang dan Anak Kapal MH370 Terkorban

KUALA LUMPUR – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

Adik Neelofa Minta Maaf Atas Ketelanjuran Katanya Di Gambar Neelofa

Salah satu perkara yang menjadi topik bualan ramai apabila Neelofa memuatnaik gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh bapa saudaranya ialah komen yang dikeluarkan oleh adiknya, Ameera. Komen tersebut memang agak kasar dan mengejutkan orang ramai yang membacanya. Mana tidaknya, ramai yang tak menyangka gadis berwajah lembut seperti Ameera sanggup mengeluarkan kata-kata maki hamun yang amat kesat. 
Antara komen-komen yang ditujukan kepada Ameera selepas komen tersebut dimuatnaik ialah ‘muka cun, tapi perangai tak cun‘, ‘perangai pun kenalah secantik wajah‘ dan ‘tak sangka Ameera sanggup cakap macam ini‘. Buat yang terlepas pandang, berikut ialah komen adik Neelofa.
amera Menyedari kesilapannya, Ameera telah membuang komen tersebut dan kini tampil dengan permohonan maaf yang panjang lebar.
ameera
Bukan mudah mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, namun itulah yang telah ditulis oleh Ameera di dalam permohonan maafnya. Semoga perkara yang sama tidak berulang lagi. Memang tak molek sebenarnya lebih-lebih lagi apabila anda merupakan seorang adik kepada selebriti popular. Apa pun, jadikan ini semua sebagai pengajaran. Tahniah kerana mengakui kesilapan anda.

Lukisan Agong Dan Perdana Menteri Dilukis Menghadap Ke Belakang Di Pameran Lukisan Di Singapura!


TAK serik-serik! Walaupun ada individu telah ditangkap kerana menghina Sultan Melayu namun kes demikian masih berlaku.

Terbaharu, sebuah pameran lukisan yang berlangsung di Singapura bulan lalu menyaksikan pelukis Malaysia, Vincent Leong mempamerkan potret Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri dilukis dari posisi belakang.

Thursday 29 January 2015

KASIHAN.. Golongan Albino Diseksa Dan Diburu Seperti Haiwan diTanzania


Golongan albino di Tanzania, menjadi mangsa pemburuan sama seperti haiwan, malah adakalanya tangan atau kaki mereka dipotong kerana bomoh berpendapat bahagian tubuh mereka sangat mujarab dijadikan bahan jampi atau tangkal.

GAMBAR-GAMBAR Mumia Salai Kaum Abaloi Di Filipina!


Gua gelap terletak ribuan kaki di sisi Gunung Timbac di lokasi terpencil di Filipina menjadi tempat persemadian akhir Ibaloi. Bagi upacara pengebumian mereka, orang Ibaloi menyalai mayat selama beberapa bulan untuk menjadikannya mumia yang digelar 'mumia api' sebelum diletakkan di dalam gua berkenaan.

Fathia Latif Kerana Mukanya Dikatakan Melecur Kerana Suntikan Botox!

Fatiya Latiff pelakon yang cukup terkenal dengan kejelitaan beliau dan menjadi pujaan ramai jejaka di luar sana.

Lumrah kehidupan sebagai seorang selebriti tentu sekali Fatiya Latiff tidak terlepas daripada gosip dan kontroversi. Walaubagaimanapun, gosip kali ini agak keterlaluan dan mengundang salah faham kepada pembaca juga peminat beliau.

"Bart" Kucing Zombie Yang Bangkit Dari Kubur Dan Balik Ke Rumah Tuannya


MIAMI — Mungkin ada sesentengah orang mempercayai mitos kononnya kucing memiliki sembilan nyawa sekali gus mendedahkan keajaiban usia haiwan mamalia ini mampu hidup lebih lama meskipun mengalami pelbagai detik cemas.

Fazura Beri Penerangan Sebenar Mengenai Tweetnya Kepada Zizan Razak

Hujung minggu lalu selepas persembahan Maharaja Lawak Mega 2014, Nur Fazura telah menulis satu status di Twitternya. Ayat-ayat yang ditulisnya seolah-olah ditujukan kepada Zizan Razak yang telah pun mencelah percakapan ketika Fazura memberikan komen terhadap persembahan kumpulan Virus. Ramai yang membuat andaian bahawa Fazura bengang dengan sikap kekasih kepada Emma Maembong itu.

Pasangan Pengantin Yang Comel Ini Jadi Viral Di Laman Sosial!


KEINDAHAN cinta pasangan pengantin baru ini mencuri perhatian netizen di apabila gambar perkahwinan mereka menjadi viral menerusi laman sosial Facebook.

Sememangnya setiap insan dicipta untuk hidup berpasang-pasangan meskipun memiliki pelbagai kekurangan pada diri sendiri.

Pasangan melayu ini berjaya membuktikan bahawa cinta itu sebenarnya tidak mengenal paras rupa, bentuk badan dan kekurangan yang ada.

Gambar pasangan ini yang dikongsi ini menerima pujian dan sokongan pelbagai pihak yang teruja dan terharu keikhlasan cinta pasangan ini.


Rata-rata pengguna sosial menyifatkan wanita berkenaan amat bertuah memiliki keikhlasan cinta lelaki yang kini bergelar suaminya.

Kami doakan moga pasangan ini terus bahagia hingga ke syurga.

Bagi yang sedang mencari cinta, ingatlah yang jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan oleh Allah SWT dengan sebaik-baik perancangannya.

mynewshub.my

VIDEO: Rakaman Lelaki Yang Ditembak Ketika Sedang Makan Di Restoran Makanan Segera




Suasana tenang di sebuah restoran makanan segera bertukar menjadi kecoh apabila salah seorang pelanggannya ditembak di belakang kepala oleh suspek yang tidak dikenali.

Melalui rakaman kamera pengawasan, mangsa yang dikenali sebagai Jacob Van Der Hart, 35, sedang menikmati makanan di restoran Tiriton di Panama bersama seorang rakan.

Secara tiba-tiba, suspek muncul dari arah belakang dan terus mengeluarkan sepucuk pistol sebelum menghalakannya ke arah kepala mangsa.

Dia kemudiannya melepaskan sedas tembakan sekaligus mengakibatkan mangsa jatuh dari kerusinya.

Menurut laporan Mail Online, suspek kemudiannya keluar dari restoran itu dan dilihat membonceng sebuah motosikal berkuasa tinggi yang sudah sedia menanti di luar.

Setakat ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Santo Tomas.



mynewshub.my

Ribut Salji Terburuk Dalam Sejarah Amerika Melanda New York.




New York: Ribut salji paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) melanda timur laut negara itu, semalam, mengakibatkan darurat diisytiharkan di beberapa daerah selain gangguan terhadap pengangkutan awam dan ribuan penerbangan di kawasan itu.

Pihak berkuasa mengarahkan jalan raya dikosongkan di New York dan bandar lain seperti Boston sebagai persediaan menghadapi ribut itu yang dijangka membawa salji setebal sehingga tiga kaki di beberapa lokasi.

Datuk Bandar New York Bill de Blasio berkata ribut itu kemungkinan besar antara yang paling teruk dialami New York City.

“Ini memang keadaan darurat. Jangan pandang ringan kerana ribut ini bukan sesuatu yang biasa dan dijangka membawa banyak kerosakan,” katanya.

Lebih 1,700 penerbangan dibatalkan manakala orang ramai di Manhattan berpusu-pusu pulang awal dari tempat kerja untuk mengelak terperangkap dalam cuaca buruk.

Sistem pengangkutan New York ditutup pada jam 11 malam manakala 13 kawasan ditetapkan larangan keluar pada waktu malam melainkan untuk tujuan kecemasan. Terowong dan jambatan menghubungkan Manhattan dan New Jersey turut ditutup.

Jabatan kaji cuaca menjangkakan 28 juta orang berada dalam laluan ribut itu.

Gabenor New York Andrew Cuomo berkata, ribut itu tidak boleh dipandang ringan.

“Ada kemungkinan ia menjadi soal hidup mati. Kami bukannya sengaja memperbesarkan bencana ini jadi seeloknya kita semua berhati-hati,” katanya.

Menurutnya, Pengawal Kebangsaan turut berada dalam keadaan berjaga-jaga di New York dan Long Island. Larangan perjalanan dikuatkuasakan kawasan pada jam 11 malam dan sesiapa yang melanggarnya tanpa sebab munasabah berdepan hukuman denda.

Sementara itu, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga ditutup awal seterusnya memaksa pembatalan acara bagi memperingati ulang tahun ke-70 Holocaust.

CNN menyiarkan rakaman keadaan di New York termasuk Times Square lengang.

Kali terakhir kereta api bawah tanah di kota itu ditutup pada 2012 sebagai persediaan terhadap Ribut Sandy yang mengakibatkan 200 maut selain menyebabkan gangguan elektrik selama beberapa bulan.-Hmetro

Wednesday 28 January 2015

GAMBAR-GAMBAR Aksi Comel Beruang Kutub!

Comel betul beruang kutub ni bergaya. Macam model kan? Jom tengok gambar-gambar haiwan yang comel tetapi merbahaya ini

Inilah Gaya Hidup Anak-Anak Golongan Kaya Di Barat!


Jom tengok gaya hidup anak-anak golongan kaya di barat!

Restoran di China Ini Menggunakan Robot Sebagai Pelayan!



Ketika memasuki Restoran robot di daerah Kunshan, China ini, anda akan segera teringat dengan filem animasi popular Wall-E. Kerana, di tempat ini anda tidak akan menjumpai pelayan seperti pada restoran biasa, anda akan dilayan sepenuhnya oleh robot.

Ini Rupa Muka Hadapan Majalah Malaysia Klasik Dulu-Dulu

Jika artis kini terkenal di muka majalah dan akhbar-akhbar tempatan, begitu juga dengan artis-artis klasik zaman dahulu. Cuma bezanya, akhbar-akhbar dan majalah pada waktu-waktu klasik sedikit janggal jika golongan belia zaman sekarang melihat gambar-gambar yang menghiasi majalah-majalah berkenaan.

Berikut adalah beberapa koleksi muka hadapan bagi beberapa majalah klasik di Malaysia.

Bayi Lahir Tanpa Mata, Ibu Redha



ARIZONA – Ketika Richie dilahirkan, jururawat di sebuah hospital menyangka bayi lelaki itu tidak dapat membuka mata akibat mukanya yang membengkak.

Namun selepas 13 hari barulah rahsia sebenar terbongkar, Richie rupanya dilahirkan tanpa mata.

Uztaz Dasuki Cerita Tahyul Nik Aziz Tahajjut di ICU, Sepupu Dedah Cerita Sebenar


Komen Abu Aqif: Posting saya sebelum ini (baca di sini) mengundang kemarahan pengikut TG Nik Aziz yang terlalu taksub dan terlalu percaya dengan kisah karut dan tahyul. Walaupun sudah diberikan beberapa fakta dan kisah Nabi sallallahu alaihi wassalam yang juga sakit seperti manusia lain, namun semua ini tidak lut untuk mengubah pendirian taasub pengikut TG Nik Aziz. Rata-rata mengambil kisah itu secara membuta tuli tanpa memeriksa kesahihan cerita karut tersebut.

Anak Kerak- Ilmu Hitam Yang Menyeramkan



Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan.

Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung.

Awie Hanya Dibenarkan Jumpa Anak-Anaknya Selama 4 Jam Dalam Sebulan


Kalau sebelum ini Awie telah diberi hak penjagaan sementara untuk anak-anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun, kali ini giliran isterinya pula diberikan hak tersebut. Sebelum ini Rozana telah berjaya mendapat hak untuk Keputusan tersebut telah diputuskan oleh Hakim Syarie, Ibrahim Deris Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari ini. Keputusan ini pastinya satu kemenangan besar buat Rozana Misbun yang telah dihalang oleh Awie daripada bertemu anak-anaknya.

Tuesday 27 January 2015

Apa Jadi Bila Patung Hidup Barbie Jumpa Dengan Patung Hidup Ken? Hasilnya Kelakar!



Dua model kosmetik, yang kelihatan seperti yang sebenar Barbie dan Ken anak patung, bertemu buat kali pertama - tetapi mereka tidak suka pada pandangan pertama mereka.


Inilah Wanita Yang Telah Dinobatkan Sebagai Isteri Yang Termalas Di Dunia!




5 GAMBAR Wajah-Wajah Pelakon Jelita Yang Merupakan Kacukan


Wajah-wajah pelakon yang berdarah kacukan sering mendapat perhatian untuk iklan mahu pun dalam drama atau filem.

Keunikan rupa paras mereka yang dilihat sebagai komersial, sering menjadi pilihan kerana mampu menarik minat penonton untuk menonton sesebuah drama ataupun filem.

Jadi, jom lihat siapakah pelakon yang berdarah kacukan yang bukan sahaja cantik, malah berbakat dalam lakonan.

Rupa Sebenar Sungai Suci Di India Yang Sangat Mengejutkan!


Jika ditanya tentang sungai suci di India, masyarakat hindu pasti akan mengatakan ianya adalah sungai Gangga. Sungai ini dianggap sebagai sungai suci oleh para penganut agama Hindu di India, mereka percaya jika seseorang itu mandi di sungai ini, maka mereka akan mendapat pengampunan dosa dan akan memudahkan dalam mendapatkan keselamatan. Beberapa tempat suci sepanjang sungai Gangga adalah Haridwar, Allahabad dan Benares. Ramai masyarakat Hindu yang datang dari tempat jauh ke sungai ini untuk menghanyutkan abu jenazah, yang mereka yakini roh si mati akan di hantar ke Syurga.

Fazura Tweet Tegur Sikap Berlagak Di MLM, Zizan Minta Maaf


Komen Nur Fazura untuk persembahan Virus di MLM2014 sememangnya wajar kerana persembahan kumpulan tersebut amat tidak memberangsangkan. Pemberian 2 bintang kepada Virus amat bersesuaian sekali dengan mutu persembahan yang hambar. Namun ketika memberikan ulasan, kata-kata Nur Fazura telah pun dipotong oleh Zizan sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang daripada mereka yang menonton.


Tidak lama selepas tamat MLM2014, Nur Fazura telah menghantar satu ‘tweet’ yang berbunyi.


Memang pedih. Memang tajam. Sindiran yang amat hebat. Rata-rata yang membaca tweet tersebut beranggapan ia ditujukan kepada Zizan Razak yang kelihatan tidak mampu menerima teguran Fazura pada malam tersebut. Dah memang lawak hambar, redha je lah. Janganlah terlalu hidup di dalam populariti yang direka sendiri sampai tidak boleh menerima teguran. Orang tegur sebab nak tengok persembahan yang lebih bagus. Bukan sebab nak menjatuhkan anda.

Walaubagaimanapun, Zizan Razak telah memuatnaik satu permohonan maaf di laman Instagram miliknya sebaik sahaja tweet Fazura tersebar. 
zizan razak
Apa pun, diharap Zizan Razak dan semua pelawak-pelawak MLM2014 haruslah bersikap lebih terbuka menerima teguran. Kalau semua jumud dan tak boleh ditegur, sampai bila nak maju? Lagi satu tolonglah buat lawak yang kelakar kalau tak nak ditegur dan hanya mahu dipuji. Kalau lawak hambar macam mana juri nak puji? Tak gitu?

beautifulnara.com

"Sebelum Nak Suruh Orang Bertaubat, Elok Awie Muhasabah Diri Sendiri Dahulu,"- Rozana Misbun


Perbalahan antara Awie dan isterinya, Rozana Misbun seolah-olah tiada penghujung. Kedua-duanya saling berbalas kenyataan menerusi media. Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini mahkamah telah membatalkan hak penjagaan sementara tiga anak yang diperoleh Awie. Keputusan itu membenarkan kedua-dua pihak mempunyai sama hak ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka itu. Namun apabila Rozana ingin bertemu anak-anaknya, pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh Awie untuk menghalang pertemuan daripada berlaku.

Awie menerusi Sinar Harian semalam mengakui tindakan yang diambilnya adalah semata-mata untuk memperjuangkan hak anak-anaknya serta mahu memberi pengajaran kepada Rozana. Menariknya, Awie turut sama meminta Rozana memulangkan sejumlah wang yang pernah diamanahkan kepadanya. Kata Awie:-

Apa jua hak anak-anak, saya minta dia kembalikan semula di mana sebelum ini saya pernah mengamanahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan kebajikan anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada saya. Anak-anak adalah segala-galanya buat diri saya dan kebajikan untuk mereka memang saya utamakan.

Namun Rozana hari ini menerusi satu temubual panjang lebar bersama portal Murai telah mempersoalkan tindakan Awie yang sengaja mencederakan emosi anak-anak mereka kerana memisahkan dengan ibu. Kata Rozana:-

Kalau Awie benar-benar ikhlas memikirkan kebajikan anak-anaknya, dia tidak akan tergamak mengenakan injunksi yang menghalang saya dari mendekati anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang, belaian serta perhatian dari seorang ibu.

Awie sendiri yang sebenarnya menyebabkan emosi dan mental anak-anak saya terganggu dengan ‘perpisahan mengejut’ selama 7 bulan dari ibu mereka ini yang tidak pernah berenggang dari mereka sejak kelahiran mereka ke dunia.

Kalau betul pun dia nak ‘mengajar’ saya, banyak lagi cara lain yang tidak memudaratkan emosi, mental dan fizikal saya sebagai seorang wanita yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. Kalau dia berniat untuk membuat saya terseksa akibat terpisah dari anak-anak, ketahuilah bahawa anak-anak sebenarnya yang lebih menderita.


Apabila diminta mengulas saranan Awie yang mahukan dirinya bertaubat, Rozana telah memulangkan paku buah keras. Pedih kalau Awie baca nie. Kata Rozana:-


Alhamdulillah, terima kasih kerana mengambil berat.Tapi sebelum nak suruh orang lain bertaubat, eloklah Awie bermuhasabah dirinya dulu. Janganlah asyik mendabik dada dengan rezeki yang melimpah ruah sebab mungkin itu ‘Istidraj’ dari Allah!

Wartawan Melodi Dakwa Dicekik Dan Ditolak Mas Idayu! Apa Cerr!



FUH agak ‘panas’ juga status yang dimuatnaik oleh wartawan hiburan Melodi TV3 merangkap hos belakang pentas program Mentor Legend, Zuan Azmi di akaun Twitternya.

Mungkinkah ia ada kaitan dengan soalan ditanyakan wartawan itu kepada penyanyi yang juga mentor kepada protege Tuah iaitu Mas Idayu?

Monday 26 January 2015

Inilah Rupa Keluarga Sebenar Patung Barbie Hidup Di Russia!


Ini keluarga Valeria Lukyanova, Barbie hidup. Semua keluarga bahkan kawan baiknya nampak sebiji seperti patung! Jom tengok

MLM Tiada Penyingkiran, Peminat Tidak Puas Hati Virus Masih Terselamat


Tak adil. Memang tidak adil. Setiap kali Virus tersenarai di ‘bottom 3′, pasti tidak akan ada penyingkiran berlaku. Rasanya perkara ini sudah berulang 2,3 kali sehingga penonton Maharaja Lawak Mega 2014 mula mempertikaikan ketelusan Astro. Menariknya, ada penonton yang berkata ‘Kalau minggu depan kumpulan Zero masuk bottom 3, confirm akan terkeluar. korang tengoklah‘.

Pakai Tudung Tapi Pakai Baju Yang Tak Senonoh!

Takde langsung sifat malu ke pakai macam tu, dah elok-elok berhijab tapi pakai pulak baju yang memaparkan imej wanita berbikini.

Anak Peneraju Radio Bernama Didera, Digigit, Dan Dicakar


Seorang peneraju stesen radio berita negara ini mendakwa anak lelakinya yang berusia setahun disyaki didera oleh sebuah pusat asuhan di Kelana Jaya, dua hari lepas.

Shila Hamzah Ditegur Peminat Kerana Tidak Matang


Sewaktu malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini. pelakon Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah menghantar tweet ucapan tahniah kepada bekas kekasihnya, Shila Amzah atas persembahan hebat sewaktu menyampaikan lagu ‘Masih Aku Cinta’.

Kanak-Kanak Sempat Hubungi 911 Selepas Ditembak Di Kepala Oleh Bapanya

Jonathon Walker, 34, (kiri) menembak mati anaknya, Kayla Walker, 7, (kanan), kekasih dan juga ibu kekasihnya sebelum membunuh diri.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun masih mampu menghubungi talian kecemasan 911 biarpun dalam keadaan parah selepas ditembak di kepala oleh bapanya, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, Jonathon Walker, 34, telah menembak mati seorang lagi anaknya, Kayla Walker, 7, kekasihnya, Shantai Hale, 31, dan ibu kekasihnya, Viola Warren, 62, di kediaman mereka di Queens, New York.

Pelajar Baru Masuk Belajar Dilanggar Bas Selepas Balik Dari Beli Makanan

Gambar arwah, Nurkhairunnisa Hamzah dari laman Facebooknya

Seorang pelajar perempuan yang baru seminggu melanjutkan pelajaran di Kolej Poly-Tecg MARA-KESEDAR di Gua Musang, Kelantan menemui ajal apabila dirempuh sebuah bas persiaran ketika berjalan kaki pulang ke asramanya, petang kelmarin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog