Saturday, 14 December 2013

Anak tidak mahu bayar denda mak khalwat

Anak enggan bayar denda kes khalwat ibu

Gara-gara tidak mahu bersubahat dengan ibunya, seorang anak gadis enggan membayar denda mahkamah yang dikenakan ke atas ibunya, setelah wanita berstatus ibu tunggal itu didapati bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Paka, awal Januari lalu.

Tertuduh perempuan itu dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi kelmarin bersama Wan Mohd Rizal dan didapati bersalah serta didenda RM1,800 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.


Nor Rasidah Abd Rashid, 40, disabitkan atas kesalahan mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Rasidah tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui dia bakal dipenjarakan setelah gagal menjelaskan denda mahkamah berjumlah RM1,800 namun akhirnya berjaya dibebaskan setelah seorang rakannya tampil menjelaskan denda.

Nor Rasidah bersama pasangannya, Wan Mohd Rizal Wan Ariff, 22, ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah Kemaman di sebuah rumah di Kampung Darat Kolam, sehari sebelum perbicaraan tersebut, setelah menghadapi waran tangkap kerana gagal tampil di mahkamah untuk menghadapi tuduhan khalwat yang dikenakan ke atas mereka sebelumnya.


Wan Mohd Rizal yang menghadapi tuduhan sama bagaimanapun gagal menjelaskan denda menyebabkan dia yang berasal dari Kampung Gelugor, Kerteh, Kemaman itu dihantar ke penjara Marang, untuk menjalani hukuman penjara selama dua bulan.

Aidil Zafuan terima cinta baharu






Bekas suami kepada pelakon jelita, Rita Rudaini, dilaporkan akan menamatkan zaman dudanya Mac tahun hadapan.

Memetik laporan portal Media Hiburan, pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dikatakan  bakal mengahwini  anak bekas Adun Selangor iaitu Zarema Zainal.

“Mana tahu ni?” tanyanya kembali yang nyata terkejut apabila ditanyakan mengenai desas-desus tersebut.  Namun setelah dipujuk, Aidil  sudi memberikan sedikit komennya.

“Insya-ALLAH, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar perkahwinannya.

Wanita Terbabit Yang Muncul Bersama Suami Dalam Sidang Media, Mahu Kesnya Dengan Adi Putra Dibuka Semula





Suami wanita yang didakwa terbabit dalam kes skandal dan pertukaran gambar lucah dengan pelakon Adi Putra, Amiruddin Osman hari ini memberitahu mahu membuka semula kes terbabit kerana tidak berpuas hati dengan cara penyiasatan dijalankan.


Media melaporkan siasatan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya yang boleh disabitkan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, sekaligus membebaskan Adi daripada pertuduhan itu.




Amiruddin berkata, susulan pengumuman kes itu malam semalam, pihaknya membuat rayuan di bahagian Tatatertib Bukit Aman di sini bagi melihat semula kes.





Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dikenali sebagai Nooraida Abdul Mutalib, 30, dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.




Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Lelaki bunuh diri kerana teman wanita membeli belah



Seorang lelaki membunuh dirinya gara-gara teman wanitanya membeli-belah tak henti-henti. Tao Hsiao, 38 tahun menemani teman wanitanya membeli-belah sempena sambutan Krismas di sebuah kompleks beli-belah di Xuzhou, Jiangsu di China. 

Selepas 5 jam membeli-belah tanpa henti, Tao mengajak teman wanitanya pulang ke rumah. 


Tao memberitahu kepada teman wanitanya bahawa dia sudah pun mempunyai jumlah kasut yang banyak di rumah dan cukup untuk sepanjang hayat, jadi tidak berbaloi membeli lagi malah adalah membazir. 

Namun teguran itu bertukar menjadi pertengkaran yang teruk. 
Teman wanitanya memaki hamun Tao dengan mengatakan lelaki itu kedekut dan mencemarkan konsep Krismas.

Tao yang tertekan mengakhiri drama maki hamun itu dengan menghempaskan beg ke lantai lalu terjum melalui balkoni. Terjunan itu menyebabkan Tao terhempas ke atas hiasan Krismas dari tingkat tujuh dan mati serta-merta di tempat kejadian.





Gara-gara merajuk dengan cucu datuk minum racun

               
Gara-gara merajuk dengan tindakan cucu perempuan berusia tiga tahun yang menukar rancangan televisyen kegemaran di rumah mereka di Demak Laut malam tadi, seorang lelaki warga emas nekad minum racun rumpai hingga menyebabkan dia dimasukkan ke dalam hospital.

Ia bermula apabila lelaki warga emas ini sedang menonton saluran sukan kegemarannya apabila tiba-tiba cucunya datang menukar saluran televisyen. Ini menyebabkan lelaki tersebut naik angin lalu memarahi keluarganya, Lelaki warga emas terbabit tinggal bersama dengan keluarga anak lelakinya,

Disebabkan ayahnya tidak mahu berhenti memaki-hamun anak lelaki warga emas terbabit bertindak membawa cucunya dan menantunya keluar dari rumah dengan niat menenangkan ayahnya. Namun sebaik sahaja pulang ke rumah mangsa masih lagi mengamuk malah turut merosakkan televisyen dan perabot. 

Kemudian mangsa bertindak mengambil sebotol racun rumpai dan cuba untuk meneguknya tapi berjaya dihalang oleh menantu perempuannya. Dek kerana berang dihalang, dia mengambil kapak dan cuba untuk mencederakan keluarganya,

"Kami terus keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri namun selepas lima minit, kami terdengar ayah mengerang kesakitan dari dalam bilik air. Rupa-rupanya dia minum juga racun rumpai yang dirampas isteri saya itu," katanya.

Walaubagaimanapun, mangsa telah dihantar ke HUC dan telah dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan.

Lelaki filipina jalani pembedahan kosmetik kerana Superman








Herbert Chavez, seorang peminat Superman dari Filipina begitu meminati Man of Steel sehinggakan dia sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik supaya dia kelihatan serupa dengan hero pujaan ramai tersebut.

Herbert, 35 telah mengubah wajah asalnya secara dramatik untuk menyerupai Superman. Pembedahan pertama yang dibuat oleh Herbert ialah pada tahun 1995, dan seterusnya beberapa pembedahan lagi untuk membesarkan dan membentuk lekuk dagu, memancungkan hidung, suntikan silicon untuk bibir yang penuh dan beberapa lagi perubahan pada badannya untuk menyerupai watak Superman itu.

Herbert yang bekerja sebagai pelatih untuk peserta ratu cantik, juga memiliki sejumlah memorabilia Superman, termasuk patung saiz hidup, figura aksi, kostum, komik dan pelbagai lagi barangan Superman.

Seorang pakar psiakatri mengatakan Herbert berkemungkinan mengidap Body Dysmorphic disorder, iaitu satu penyakit mental di mana seseorang tidak boleh berhenti memikirkan mengenai ketidaksempurnaan pada penampilannya. 


Gambar-Gambar Perkahwinan Wan Maimunah

Usia bukan penghalang untuk merasai kembali kebahagiaan dalam berumahtangga dimana pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz yang berusia 60 tahun itu telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon (53 tahun)
Majlis pernikahan itu berlangsung pada Jumaat malam bertempat di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru Johor

gambar pernikahan wan maimunah 3 gambar majlis kahwin pelakon wan maimunah gambar pernikahan wan maimunah gambar majlis kahwin pelakon wan maimunah gambar pernikahan wan maimunah 1 gambar majlis kahwin pelakon wan maimunah gambar pernikahan wan maimunah 2 gambar majlis kahwin pelakon wan maimunah

Dalam majlis berkenaan, Wan Maimunah turut menerima sebentuk cincin dan gelang untuk acara membatalkan air sembahyang
Majlis yang diadakan dengan serba sederhana itu dihadiri oleh saudara mara terdekat kedua belah pihak pengantin
Difahamkan suaminya, Makpol seorang pengusaha makanan kacang pol di Johor Bahru


My Sumber - http://www.mysumber.com/artis/gambar-majlis-kahwin-pelakon-wan-maimunah#ixzz2nRgpfXFc

pelajar politeknik yang dilaporkan hilang ditemui lemas




Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara di Dungun di sini semalam ditemui lemas pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak semalam.
Beliau berkata, mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Semalam mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas.
"Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan.
"Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif dan mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat,” katanya lagi. - Bernama

Lisa Surihani tukar nama akaun Instagram 'lady yusry'

Pelakon Lisa Surihani mengambil keputusan menukarkan nama profil di Instagram miliknya iaitu ‘Lisa Surihani23’ kepada ‘Lady Yusry’ ekoran muncul satu akaun di laman sosial itu yang menyamar sebagai dirinya.
Menurut Lisa, 27, kewujudan akaun iaitu ‘Lisa Surihani24’ telah mengelirukan peminatnya apabila pemilik akuan berkenaan menuduh akaun Instagram sebenar milik Lisa adalah palsu dan telah digodam.
"Saya bersimpati dengan individu (Lisa Surihani24) yang terpaksa memperdaya orang lain untuk mendapatkan pengikut (followers) dengan mempergunakan nama saya.
"Siapa pun anda, saya amat berharap anda mendapat pengikut memandangkan itu apa yang anda hendak lakukan, cuma saya meminta anda menggunakan nama sendiri," tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Khamis.
Sementara itu, Lisa juga memaparkan kenyataan akaun palsu berkenaan yang menuduh akaun asli miliknya sebagai hacker (penggodam).
Menurut kenyataan pemilik akaun palsu itu: "Jangan ikut ‘Lisa Surihani23’ yang merupakan hacker! ini (Lisa Surihani24) adalah akaun saya sebenar, akaun pertama saya telah digodam, sila ikut saya di sini dan terima kasih."
Bagi membuktikan akaun 'Lady Yusry' itu adalah memang miliknya, Lisa turut menaik turun video di akaun Instagram untuk menjelaskan perkara itu.
Lisa merupakan antara selebriti yang aktif dan mempunyai pengikut tertinggi di laman sosial.
Sehingga kini, Lisa memiliki sebanyak 2.6 juta pengikut di Facebook, Twitter (1.6 juta) dan Instagram (458,000).

Friday, 13 December 2013

erma fatima bayar rm1 kepada rabecca nur



Selepas menghantar syiling 5 sen untuk wang tuntutan saman terhadap syarikat produksi milik Erma, Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd yang membabitkan pelakon Rabecca Nur Islam, Erma mengambil keputusan untuk menghantar wang saman sejumlah RM11,200 menggunakan nota RM1
ke firma guaman Rabecca pada Isnin.

“Ramai yang beranggapan tindakan saya ini keanak-anakan dan beremosi. Saya sudah lama berkecimpung dalam industri lebih 25 tahun, jadi anggaplah ini satu pengajaran seorang kakak kepada adiknya. Saya tidak kisah jika orang nak mengkritik saya,” kata Erma.

“Pengajaran di sebalik episod ini ialah moral di sebalik apa yang berlaku. Rabecca sudah menerima haknya jadi perkara ini saya anggap sudah berakhir,” tambahnya lagi. 

Selepas menerima wang saman itu, Rabecca menulis mesej ringkas kepada pihak media. Mesejnya berbunyi: ‘Mengalah tidak bererti kalah. Pagi tadi (10-12-2013), firma  peguam saya menerima wang kertas RM1 pula dari pihak Puan Fatimah Rahmad (Erma Fatima)… tidak mengapa jika cara itu boleh MEMUASKAN HATI insan yang bernama Fatimah Rahmad. Saya redha, terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad… Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala-galanya. Syukur, Alhamdulillah, blessed , Amin. Terima kasih juga kepada semua teman wartawan, keluarga dan sesiapa sahaja yang menyokong saya, mahupun mengutuk saya. Jasa anda semua hanya Maha Esa dapat membalasnya. Dan  espk pagi (11-12-2013) jam 8 pagi, saya akan bertolak ke Kuantan, Pahang untuk membantu dan berjumpa mangsa-mangsa banjir. Doakan yang baik-baik. TQVM”.
  
"Saya redha, terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad," kata Rabecca.

Pada minggu lalu, Erma telah menghantar duit dalam bentuk syiling 5 sen ke firma guaman Rabecca. Terkejut, Rabecca memulangkan semula syiling itu kepada Erma. Syarikat produksi Erma telah disaman selepas pengarah itu gagal melunaskan baki bayaran sebanyak 40 peratus kepada Rabecca untuk drama terbitan Rumah Karya berjudul, ‘Devaju Di Kinabalu’ pada tahun lalu.
Tindakan Erma telah menghentikan watak Rabecca tanpa memberi notis pemberitahuan  menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menyaman syarikat pengarah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog