Seorang lelaki berusia 34 tahun di Wilayah Ashanti, Ghana bernasib malang. Kemaluannya telah dipatuk ular ketika dia sedang buang air besar di sebuah tandas awam.
Kwabena Nkrumah sedang duduk di atas mangkuk tandas apabila tiba-tiba dia berasakan ada tusukan yang menyakitkan pada hujung kemaluannya. Apabila dia merenung ke dalam mangkuk tandas itu, Nkrumah yang merupakan seorang porter, hampir pengsan apabila dia melihat seekor ular hitam besar yang sudah bersedia untuk mematuk kemaluannya buat kali kedua.
Lelaki tersebut menjerit meminta bantuan dan meloncat menjauhi mangkuk tandas itu agar ular berkenaan tidak boleh mematuknya.
Menurutnya, insiden itu berlaku lebih kurang jam 10:00 pagi Rabu lalu. Jeritan Nkrumah meminta tolong telah mencetuskan panik dan ketakutan di kalangan pengguna-pengguna tandas yang lain.
Jeritan Nkrumah, "ular, ular, ular" telah mencetuskan panik di kalangan mereka apabila mereka bercempera lain tanpa sempat membersihkan diri kerana terlalu takut dipatuk ular.
Dia kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital.
Menceritakan pengalaman ngerinya itu kepada sebuah stesen radio tempatan, Nkrumah memberitahu, kesakitan yang dirasainya pada mulanya dianggap normal sehinggalah dia melihat ular hitam yang berlingkar di dalam mangkuk tandas tersebut. Dia turut mengakui, dia menggigil dan mula menjerit minta tolong selepas melihat ular hitam itu.
Tiada sebarang kecederaan teruk dialaminya.
No comments:
Post a Comment