Friday 13 December 2013

Keseronokan Dua Penyamun Berakhir Selepas Mereka Dilanggar Dan Dibelasah Orang Awam


KUALA LUMPUR 12 Dis - Hasrat dua penyamun untuk membelanjakan hasil rompakan mereka tidak kesampaian selepas mereka dilanggar dan dibelasah oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

Menurut saksi kejadian, kedua-dua suspek yang dipercayai berbangsa Melayu tersebut menyamun sebuah kenderaan dengan memecahkan cermin kereta sebekum merampas beg milik mangsa di sebuah persimpangan di Wangsa Maju.

Orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut kemudian bertindak mengejar suspek yang menaiki sebuah motosikal Yamaha 125Z berwarna merah.

Mereka kemudian berjaya dilanggar di sebuah selekoh menyebabkan kedua-dua suspek terjatuh dan cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, orang awam di tempat kejadian berjaya menahan dan membelasah suspek yang cuba melawan.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa oleh pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog