Friday 13 December 2013

Gagal Berhubungan Kelamin Selama Lima Tahun, Suami Dakwa Terkena Sihir Kunci Nafsu

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, beliau tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya sejak pernikahan mereka lima tahun lalu dengan mendakwa ia akibat perbuatan sihir.

Hadiman Simin, 36, mendedahkan hal itu ketika disoal balas Hakim Syarie, Khairul Azwadi Mohamed Noor ketika prosiding permohonan cerai dikemukakan isterinya, Jamaliyah Mohamed Kamil, 27.
Hadiman berkata, pernikahannya dengan Jamaliyah mula mengalami masalah sejak awal pernikahan tetapi tidak mengetahui puncanya.

Sebelum (berkahwin) saya tidak mempunyai masalah, tetapi selepas berkahwin jadi begini. Saya tidak pernah mengadakan hubungan dengan isteri walaupun kami tidur bersama.

Saya disihir tetapi sudah pergi berubat, katanya.

Sementara itu, Jamaliyah ketika disoal mahkamah berkata, dia dan suami tidak mempunyai sefahaman sejak setahun lalu walaupun pernah berbincang masalah dihadap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog