Puan Zhao kembali mendapatkan rasa percaya diri setelah dirinya langsing. Sama seperti wanita pada umumnya, Zhao mengalami perubahan bentuk badan selepas melahirkan anaknya. Kesibukan mengurus anak membuatnya tidak menjaga tubuhnya sendiri, sehingga makin lama, dia semakin gemuk dan saiz bajunya semakin sempit.
"Setelah mandi dan memakai baju, saya merasa tubuh ini seperti sedang membungkus ladu," ujar Zhao yang sering tidak selesa kerana baju-baju yang ketat apabila dipakai.
Keadaan kulit Zhao juga mengalami penurunan akibat kegemukan. Muncul tompok coklat dan pigmentasi. Akibat keadaan fizikal yang buruk tersebut, suaminya mengabaikannya dan tidak mengajaknya berbual lebih dari 10 perkataan setiap hari. Walaupun keadaan ini sering mencetuskan pertengkaran antara Zhao dan suaminya. Yang lebih menyedihkan, anaknya memanggilnya dengan sebutan setan kerana berpenampilan buruk dan tidak cantik.
Dua keadaan menyedihkan itu membuat Zhao bermotivasi untuk mengubah bentuk tubuhnya. Dia terus mengubah gaya hidup dan cuba pelbagai cara semula jadi untuk mengembalikan bentuk tubuhnya. Zhao mengambil makanan sihat dan tidur teratur setiap hari.
Dengan perubahan gaya hidup, Zhao kembali mendapatkan tubuh langsing dan keadaan kulit yang lebih muda. Dalam foto-foto terbarunya, Zhao kelihatan lebih muda 10 tahun. Suaminya kembali memuji dirinya cantik setiap masa. Bahkan, suaminya tidak ingin ada lelaki lain yang menggoda isterinya, sehingga dia selalu membawa Zhao ketika bekerja.
Anak Zhao juga tidak lagi memanggilnya dengan sebutan setan. Berkat tubuh langsing dan penampilan lebih muda, anak Zhao lebih suka memanggil dirinya kakak, bukan ibu.
No comments:
Post a Comment