Sunday, 21 September 2014

MESTI BACA! : 50 FAKTA MENARIK Tentang Tubuh Anda



Otak Manusia

Tahukah anda, otak manusia adalah bahagian tubuh badan manusia paling rumit dan sebahagian besar masih belum di fahami. Namun, bahagian otaklah yang membuatkan bahagian tubuh lain bekerja dengan baik. Tubuh badan manusia masih boleh hidup tanpa otak tetapi tanpa otak, manusia tidak benar-benar hidup. Keunikan yang ada pada Otak:-

1. Otak tidak merasa sakit – Meskipun otak memproses signal rasa sakit, otak itu sendiri benar-benar tidak dapat merasakan rasa sakit.

2. Otak memerlukan oksigen dalam jumlah besar – Otak kita memerlukan 20% oksigen dan kalori yang diperlukan tubuh, walaupun otak hanya 2% dari keseluruhan berat tubuh.

3. 80% dari otak ialah air – Tidak secara relatifnya padat, 80% kandungan otak manusia adalah air dan penting untuk manusia benar-benar mempunya tahap hidrasi yang tinggi untuk menjaga peminkiran yang waras.

4. Otak aktif pada malam hari – Mungkin anda fikir bahawa otak anda lebih aktif di siang hari ketika bahagian tubuh yang lain juga aktif. Akan tetapi faktanya bukan demikian. Otak kita lebih aktif ketika kita tidur.

5. Otak memakan daya sebesar 10 watt – Memang benar, kekuatan komputasi luar biasa yang dimiliki otak hanya perlu 10 watt untuk beroperasi.

6. Lebih tinggi IQ, lebih banyak mimpi – Semakin anda pintar, semakin banyak anda bermimpi. IQ tinggi juga dapat melawan penyakit mental. Beberapa orang juga yakin bahwa mereka lebih pintar dalam mimpi berbanding ketika mereka sedar.

7. Otak berubah bentuk ketika fasa permatangan manusia atau puberty phase – Masa remaja anda lebih dari sekadar perubahan bagaimana anda merasa; struktur otak berubah selama masa remaja, dan bahkan mempengaruhi perilaku impulsif dan berisiko.

8. Otak dapat menyimpan segalanya – Secara teknikal, otak memiliki kemampuan untuk menyimpan semua hal yang anda alami, lihat, baca atau dengar. Namun, masalahnya ialah mengingat kembali – apakah anda dapat mengakses informasi tersebut.

9. Informasi dalam otak bergerak dengan kecepatan yang berbeza – Sel-sel neuron dalam otak dibuat berbeza, dan informasi bergerak melaluinya dengan kecepatan yang berbeza. Inilah mengapa seringkali anda dapat mengingat suatu informasi sangat cepat, dan seringkali juga memerlukan waktu lebih lama.


Panca Indera
Anda akan terperanjat jika pancaindera kita mempunyai keunikan sebegini rupa:-
10. Aroma tubuh anda unik – Bau tubuh anda unik bagi diri anda kecuali anda memiliki saudara kembar. Sekalipun bayi dapat mengenali aroma tubuh ibunya.

11. Manusia menggunakan ekolokasi atau ‘human echolocation’ – Manusia dapat menggunakan gelombang untuk merasakan objek di sekitarnya dengan ekolokasi. Untuk mereka yang cacat penglihatan menggunakan kemampuan ekolokasi untuk meningkatkan effectiveness.

12. Adrenalin memberikan kekuatan super – Ya, dengan respon sesuai pada situasi tertentu, anda benar-benar dapat mengangkat sebuah kereta. Jika anda pernah melihat pertunjukkan Criss Angel, anda akan yakin yang anda juga boleh mengangkat sebuah kereta.

13. Wanita memiliki deria bau baik dari lelaki – Wanita lebih baik dalam hal mengidentifikasi bau daripada lelaki.

14. Hidung dapat mengingat 50.000 aroma – Adalah sesuatu yang mungkin bagi hidung untuk mengidentifikasi dan mengingat lebih dari 50.000 aroma.

15. Pendengaran anda menurun jika terlebih makan – Saat anda makan berlebihan, sebenarnya hal itu akan mengurangkan kemampuan anda untuk mendengar. Jadi pertimbangkan cara makan yang sihat dan berhenti jika anda sudah kenyang.

16. Anda mengalami waktu dalam pikiran anda – Semuanya tentang persepsi anda untuk memikirkan waktu. Beberapa ahli berspekulasi bahwa stres dapat membuat anda mengalami keterlambatan waktu.

Reproduksi

Sebagai suatu spesies cara kita menghasilkan keturunan memiliki beberapa keunikan. Berikut ada beberapa hal unik yang mungkin saja belum anda ketahui.

17. Gigi tumbuh sebelum lahir – Meskipun memerlukan waktu beberapa bulan setelah lahir untuk melihatnya, gigi mulai tumbuh sekitar enam bulan sebelum kelahiran.

18. Bayi lebih kuat dari lembu – Tentu saja dalam skala perbandingan berat. Dalam hal ukuran, bayi lebih bertenaga dan kuat.

19. Bayi selalu memiliki mata biru ketika lahir – Melanin dan paparan terhadap sinar ultraviolet diperlukan untuk menampilkan warna asli mata bayi. Sebelum itu, semua bayi memiliki mata biru.

20. Wanita pada dasarnya biseksual – Ada penelitian seks yang mengindikasikan bahawa wanita boleh saja pada aslanya biseksual, tak jadi soal bagaimana mereka mengklasifikasikan dirinya sendiri, sedangkan lelaki biasanya hanya normal atau homoseksual.

21. Sebagian besar lelaki mengalami ereksi ketika tertidur – Setiap satu hingga satu setengah jam, lelaki yang tertidur mengalami ereksi, meskipun mereka tidak sedar akan hal itu.

22. Seks boleh menjadi penghilang rasa sakit – Meskipun alasan sakit kepala sering menghindarkan diri dari seks, faktanya ialah bahawa hubungan seks dapat melegakan rasa sakit. Seks juga dapat membantu anda mengurangkan stres.

23. Coklat lebih baik dari seks – Dalam beberapa kajian, wanita menyatakan bahawa mereka lebih memilih coklat daripada seks. Tapi adakah ia benar-benar dapat menyebabkan orgasme? Mungkin tidak dengan sendirinya.

Fungsi Tubuh

Hal yang dilakukan tubuh seringkali aneh dan kadang-kadang menjijikan. Berikut beberapa keunikan yang dilakukan tubuh.

24. Kotoran telinga itu perlu – Jika anda ingin telinga anda sihat, anda perlu kotoran telinga di dalamnya.

25. Kaki anda dapat menghasilkan setengah liter air peluh per hari – Ada 500 ribu kelenjar air peluh di kedua kaki anda (masing-masing 250 ribu), dan itu bererti banyak bau air peluh.

26. Sepanjang hidup anda, jumlah air liur yang anda hasilkan dapat mengisi dua kolam renang – Kerana air liur merupakan bahagian yang sangat penting dalam pencernaan, sedikit menghairankan jika mulut anda banyak menghasilkannya.

27. Kandungan air kencing yang penuh kira-kira sama ukuran dengan soft ball – Ketika kandungan air kencing anda penuh, terisi dengan cairan sebanyak 800cc, bahagian tersebut cukup besar untuk boleh terlihat.

28. Anda mungkin buang angin 14 kali sehari – Secara purata, anda akan mengeluarkan gas dalam perut beberapa kali sebagai sebahagian dari pencernaan.

29. Bersin dapat melebihi kelajuan 160 km/jam – Ketika anda bersin, tubuh memang mengeluarkannya dalam kelajuan tinggi, jadi anda harus menghindari dari menahan bersin dan menyebabkan kerosakan pada tubuh.

30. Batuk mencapai kelajuan 96 km/jam – Batuk lebih kurang berbahaya, keluar dari tubuh dengan kecepatan 96 km/jam. Meskipun demikian jika kita membawa kenderaan di jalan dengan kecepatan tersebut, masih termasuk kelajuan tinggi.

Sistem Rangka dan Otot

Berikut ada beberapa keunikan rangka dan otot.

31. Tulang dapat hancur dengan sendiri – Adalah sesuatu yang mungkin bagi tulang untuk hancur tanpa kandungan kalsium yang cukup.

32. Anda lebih tinggi di pagi hari – Sepanjang hari, tulang rawan di antara tulang anda tercompress, menjadikan anda sekitar 1 cm lebih pendek di malam hari.

33. Seperempat tulang anda berada di kaki – Ada masing-masing 26 tulang di kaki, hal itu bererti bahawa 52 tulang itu berada pada angka 25% dari keseluruhan tulang tubuh yang berjumlah 206.

34. Lebih banyak otot yang diperlukan untuk mengerutkan muka daripada tersenyum – Para ilmuwan belum mencapai sepakat tentang jumlah tepatnya, tapi lebih banyak otot yang diperlukan untuk mengerut muka daripada tersenyum.

35. Ketika melangkah, anda menggunakan 200 otot – Berjalan banyak menggunakan kekuatan otot, apalagi jika anda berjalan 10.000 langkah.

36. Lidah anda merupakan otot terkuat pada tubuh – Bila dibandingkan dengan ukurannya, lidah merupakan otot paling kuat. Tapi anda mungkin tidak dapat mengangkat beban menggunakan lidah.

37. Tulang boleh lebih kuat dari baja – Sekali lagi ini adalah perbandingan berat, kerana baja lebih padat dan memiliki daya rentang yang lebih tinggi.

Bahagian Tubuh Yang Tidak Diperlukan

Kita memiliki bahagian tubuh yang tidak berguna. Berikut beberapa bahagian unik tubuh yang sebenarnya kita tidak perlukan.

38. Tulang Ekor – Pada zaman sekarang bahagian tersebut sudah tidak ada gunanya lagi, meskipun para ilmuwan yakin itu merupakan peninggalan ekor mamalia yang dulunya dimiliki manusia. Mungkin tidak berguna, tapi jika anda mencederakan tulang ekor masih terasa sakit.

39. Kelingking Kaki – Ada spekulasi yang menyatakan kerana kita tidak perlu lagi berlari untuk mencari makan, dan kita mengenakan kasut, tujuan evolusi kelingking kaki menghilang. Sebab itu ia paling kecil.

40. Gigi Bongsu – Bahagian ketiga geraham ini sebahagian besar tidak berguna, hanya menyesakkan mulut dan menyebabkan sakit.

41. Organ Vomeronasal – Ada kemoreseptor kecil (dan tak berguna) di dalam hidung.

42. Sebagian besar rambut pada tubuh – Walaupun rambut di bahagian wajah memiliki fungsi, rambut yang terdapat di bagian tubuh lainnya secara praktikal tidak berguna dan dapat dikeluarkan dengan sangat sedikit kesan sakit.

43. Vas Deferen Betina – Sekelompok tubulus buntu dekat ovarium merupakan peninggalan dari sesuatu yang dapat berubah menjadi saluran sperma.

44. Rahim Jantan – Ya, lelaki juga punya sejenis itu. Peninggalan organ reproduksi betina yang tidak berkembang bergantung pada satu sisi kelenjar prostat jantan.

45. Usus apendiks – Pada dasarnya usus apendiks anda tidak memiliki fungsi. Walaupun bahagian tersebut menghasilkan beberapa sel darah putih, kebanyakan orang sihat saja setelah operasi membuang apendiks.

Keunikan Tubuh Lainnya

Berikut ini merupakan beberapa keunikan akhir tentang tubuh manusia.

46. Kepala menghasilkan suara intern – Memang jarang, tapi sindrom kepala meleopt benar-benar ada.

47. Ingatan dipengaruhi oleh posisi tubuh – Di mana anda berada dan bagaimana anda ditempatkan dalam lingkungan anda memicu ingatan.

48. Anda tidak dapat menggeletek diri anda sendiri – Cuba lakukan. Takkan menjadi.

49. Menjadi pengguna tangan kanan dapat memanjangkan jangka hayat anda – Jika anda adalah seseorang yang lebih dominan menggunakan tangan kanan, anda dapat hidup hingga sembilan tahun lebih lama berbanding seseorang yang kidal.

50. Hanya manusia yang mengeluarkan air mata kerana emosi – Haiwan lainnya yang menghasilkan air mata memiliki alasan fisiologis untuk melakukan hal itu dan bukan kerana emosi. Ya, termasuklah penyu.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog