Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yang hilang saatitu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya. Padahal, ia telahmelewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masaremaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitu passion-nya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu," hatinya bertanya-tanya.
Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari,mencari nafkah; untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasa Inggeris. Perasaannyabegitu dicabar. Semuanya baru; orang baru, persekitaran baru, bahasa baru. Ia merasa bersemangat.Namun demikian, ia mengakui "hidup di UK terlalu berat dan mahal, maka saya putuskan untukkembali ke Jepun 2 tahun kemudian."
Saat berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut. Caranya berpakaian telah berubah. Ia sangatkebaratan. Pakaiannya ketat dan memakai skirt mini. Kerana merasa tidak sesuai tinggal di pinggirbandar, ia lalu pindah lagi ke Tokyo selama 2 tahun. Tokyo adalah bandar besar yang sangatmaterialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang rakan wanita yangmengajarnya memandu motor. Saat itulah, ia merasa menjadi wanita bebas.
Di atas motor, ia melihat sebuah papan iklan. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanita peninju.Sejak saat itu ia berfikir, "Aha, inilah passion-ku!" Chika bertekad menjadi peninju. Pada masa itu tahun1999 Ia berangkat ke Amerika, mengejar mimpi sebagai seorang peninju profesional.
Di tahun 2001 dan 2002 ia menjadi satu-satunya wanita peninju asal Jepun yang memenangi pelbagaikejohanan tinju peringkat dunia. Malangnya, ternyata Chika tetap mengeluh, "Saya telah berkorbanbanyak; meninggalkan orang tua, keluarga, kampung halaman, teman, dan banyak lagi. Sementara,hidup di Amerika juga berat kerana saya serba kekurangan. Saya merasakan penderitaan fizikal danmental. "Hidayah di balik musibah Suatu hari Chika menderita cedera.
Menurut doktor, itu adalah kecederaan yang serius. Katanya ia perlu beralih profesi. Sebagai atlit,kecederaan adalah perkara yang menakutkan. Ia terancam kehilangan impiannya sebagai peninjuwanita profesional. Chika merasakan ketakutan dan tersedar bahawa usianya semakin pendek. Tapi iaberkeras harus bertahan dan harus kembali. Maka ia ikuti proses pemulihan dan kembali ke ring.Secara emosional Chika merasa gelisah. "Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saat itu kalipertama hidup saya merasa terhenti sejenak.
Saya tidak boleh berlari, tidak boleh berjalan, tidak punya keluarga, dan tak punya tujuan hidup. "Diamempersoalkan kembali apa yang telah dialami. Mengapa harus meninggalkan Jepun? Mengapamahu menjadi peninju wanita profesional? Chika bangkit kembali dan mengaku dibisiki hawa nafsubahawa, "Inilah tujuan hidupku. Passion-ku adalah tinju. Segalanya telah ku korbankan demi bertinju.Aku boleh bertahan demi kerjaya sebagai wanita peninju. Aku boleh membantu orang lain denganberkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesion sebagai peninju.
"Seolah benar, Chika mencari sebuah pola hidup manusia, bahawa hidup ini pasti mendapati masalah,lalu berjaya melaluinya, lalu timbul lagi masalah, dan kita lewati lagi, demikian seterusnya . Maka iapikir pasti boleh selamat melaluinya. Ia pun tak menuruti nasihat doktor. Mulanya Chika mendapatkan"keajaiban" bertubi-tubi. Ia mendapatkan sponsor dan pindah ke Kalifornia untuk berlatih demikejohanan. Di sana ia mendapatkan jurulatih yang hebat. Saat itu ia merasa begitu kuat, sihat dandimudahkan.
Malangnya, lagi-lagi ia masih belum mendapat jawaban atas kekosongan jiwa itu. "Ini pasti bukanjalan yang benar," ujarnya. Lalu Chika mencari jawapannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang; ekonomi, politik, perniagaan dan agama. Ia tetap tidakmendapat jawaban. Sampai suatu ketika, Chika berjumpa dengan seorang bekas peninju kelas dunia.Ia seorang muslim. Ia berbincang dengannya. Ia sangat mudah, rendah hati, ramah, dan baik sekali.Inilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun. "Tidak perlu ilmuakademik yang banyak dan kemahiran yang tinggi untuk memperoleh ketenangan. Saya juga bolehmendapatkannya sambil fokus pada tinju, "Fikirnya. Lantas, tiba-tiba takdirnya berubah.
Kerjayanya terhenti tanpa sponsor, selepas cuba peruntungan di New York selama 4 bulan.Kekasihnya pergi dan ia tak punya siapa-siapa lagi. Ia putus asa dan menghentikan semuanya.Qodarullah, Allah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita asal Perancis, dia seorang Kristian.Dia mengatakan ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinya. Itulah sang pencipta. Dia bertanyaapakah Chika tahu tentang pencipta. "Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta," jawabnya. MakaChika ikuti cadangan rakannya untuk mempelajari agama-agama. Beliau pergi tempat ibadah hindu,gereja, budha, dan masjid.
Di masjid, Chika mengenang saat-saat menjemput hidayah-Nya, "Saya bersujud, menangis. Hati danjiwa ini berbisik; butuh banyak masa untuk saya menempuh perjalan hidayah ini. Saya kembali kepadaAllah. Segera saya ingin menjadi muslim. Pada hari Jumaat, beberapa tahun yang lalu, saya tinggalkantinju, cinta dan rancangan ingin berkahwin cepat. Saya mengucap syahadah. "" Tentu saya sedih.Memang sukar meninggalkan passion-mu.
Tetapi, kini saya mempunyai misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara saya dan dunia.Inilah jalan yang benar, "pengakuan Chika. Alhamdulillah, kini Chika merasakan kedamaian jiwaselepas berislam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimah. Ia menyedari bahawa akanada cabaran lebih dalam berdakwah, lebih letih daripada bertinju. Namun hal itu tak menyurutkantekad Chika guna mendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini ia serahkan seluruhpotensinya untuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah.
No comments:
Post a Comment