Thursday, 25 September 2014

Kanak-kanak 3 Tahun Yang Kebal



Semua orang pasti tidak ingin merasakan sakit. Tapi, bagaimana jika tubuh benar -benar kebal atau tak boleh merasakan sakit, seperti yang dialami budak tiga tahun asal Telford, Shropshire, England.


Lantaran tak boleh merasakan sakit , Josh suka-suka mencabut kukunya sendiri , menggigit lidahnya hingga terpotong setengah, dan terhantuk tubuhnya hingga lebam. Dia tidak sedar bahawa tindakkannya itu telah menyiksa diri sendiri. Ia bahkan tak sedar aksi itu boleh membuat nyawanya melayang.


Budak lelaki ini lahir dengan kelainan genetik yang jarang berlaku yang disebut Smith - Magenis Syndrome. Dianggarkan hanya menyerang satu daripada setiap 25 ribu kanak-kanak . Keadaan itu juga membuatnya tidak mempunyai konsep tentang bahaya dan mempunyai pola tidur tidak teratur. Ia kerap terjaga ketika semua orang tidur.


Demi melindungi anaknya , pasangan Mark dan Stephanie Hodgkiss rela menghabiskan £ 12 ribu untuk mereka bentuk rumah agar selamat bagi Josh . Dimulakan dengan pelindung dinding yang empuk , hingga lampu sensor untuk mencegah Josh menyakiti dirinya sendiri.


Mereka juga membeli khemah khusus ' SafeSpaces ' seharga £ 10 ribu untuk tempat Josh menghabiskan masa sendiri ketika semua terlelap.


"Pekara terburuk tentang keadaannya adalah dia tidak merasa sakit. Ini menakutkan. Saya pernah keluar dari bilik mandi dan melihat darah merata-rata. Lidahnya koyak setengah, tapi dia hanya duduk santai menonton televisyen ," kata si ibu.


Josh tak hanya menyakiti dirinya sendiri. Tanpa mempunyai konsep sakit , Josh boleh berubah menjadi mengerikan . Ia kerap menyerang ibu bapa dan dua saudaranya. " Dia pernah mematahkan hidung saya, tapi dia tenang saja tanpa rasa bersalah, " si ibu menambah.


Dengan keadaan itu, ibunya terus mendampingi Josh sepanjang masa. Ibunya sentiasa memantau aktiviti Josh agar tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog