Saturday 13 September 2014

8 Budaya Modifikasi Ubah Tubuh Paling Ekstrem di Dunia


Susah nak cakap sapa yang mulakan budaya memanjangkan telinga nih. Sebab banyak budaya di dunia ini mempraktiskan perkara yang sama. Walau bagaimana pun, sehingga kini masih terdapat sesetengah kaum di dunia yang masih mengamalkan perkara ini seperti kaum etnik Masai di Kenya dan juga etnik Huaorani di Tengah Amazon.



Yang kat atas ini adalah etnik Apatani yang tinggal di lembah Arunachal Pradesh di Utara India. Wanita etnik ini dikatakan adalah yang paling cantik sekali dalam kalangan wanita yang terdapat di Arunachal. Justeru itu, sebagai langkah perlindungan, mereka dikehendaki untuk memakai plug kayu pada hidung mereka. Aduiii..



Ini pula adalah etnik Dinka di Sudan, yang diamalkan oleh lelaki untuk nampak gagah, dan wanita untuk nampak cantik. Proses meletakkan parut kekal pada muka ini adalah dengan menggunakan pisau cukur dan dilakukan oleh bomoh kampung. Mereka tidak akan menjerit atau menangis kerana ini akan menjatuhkan maruah mereka


Ini adalah festival yang diadakan di Phuket, Thailand pada setiap tahun untuk sambutan Pesta Vegetarian oleh komuniti Cina di sana. Diadakan pada bulan Oktober setiap tahun pada hari ke-10 festival tersebut berlangsung. Upacara ini diadakan bagi membolehkan peserta di atas dirasuki dan digunakan sebagai "medium" atau bahan perantaraan untuk Dewa Dewi.



Amalan menajamkan gigi ini juga banyak diamalkan oleh banyak budaya di dunia. Ini adalah termasuk di Bali, Indonesia, Vietnam dan juga di Sudan. Dalam budaya masyarakat Maya, menajamkan gigi serta meletakkan corak tertentu pada gigi tersebut menandakan anda adalah daripada keturunan bangsawan.



Sekalipun budaya meninggalkan parut terdapat dalam banyak budaya di dunia, namun amalan yang diamalkan oleh etnik Sepik River di Papua New Guinea adalah lebih menakutkan. Semua lelaki etnik ini wajib menjalani upacara ini apabila cukup umur untuk dewasa. Upacara dimulakan proses dimalukan dahulu oleh orang-orang tua dan seterusnya ditoreh dengan pisau cukur tajam bagi mendapatkan corak buaya di badan.



Ini juga adalah bentuk penderitaan yang selalu kita saksikan. Si bibir besar ini akan menggunakan cakera besar bagi meregangkan bibir mereka supaya kelihatan lebih cantik. Amalan ini masih diamalkan oleh sebahagian besar etnik kecil di Afrika dan Amazon. Semakin besar cakera yang digunakan, semakin tinggi lah nilai anda dalam status sosial etnik tersebut.



Amalan memanjangkan leher ini masih diamalkan oleh etnik wanita Kayan di Utara Thailand. Kanak-kanak perempuan akan diberikan gelang yang pertama apabila mencecah umur 5 tahun. Gelang tersebut akan ditambah lagi pada tahun berikutnya sehingga mencapai tahap tertentu. Yang sebenarnya, bukan leher wanita tersebut yang dipanjangkan. Berat gelang pada leher menyebabkan kedudukan bahu sedikit jatuh dan menampakkan seolah-olah leher mereka lebih panjang dari biasa!


Sumber: thisismemka

(15 GAMBAR) Woooww!! Dahlah Cantik, Sado Pulak Tu.. Habis Siapa-siapa Yang Kena Tumbuk

Gadis CANTIK Tapi Sado #Korang Tak Nak Sado Macam Ni Ke? (15 GAMBAR) | Julia Vins merupakan seorang wanita berasal dari Russia. Memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang sungguh luar biasa. Hehe




















Kelibat Misteri Muncul di Kemalangan Maut di Pulau Indah

 Gambar Lembaga Terapung Di Kemalangan Pulau Indah-Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. semalam berlaku satu kemalangan maut membabit kan sebuah motorsikal. Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.



Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu lembaga misteri di sidemirror nya.




KEMALANGAN MAUT PULAU INDAH
Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea.
Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu tak de kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa , tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

Sumber oopsshmedia.blogspot.com

Taman 'Neraka' Yang Mengerikan Di Thailand


Thailand terkenal dengan destinasi bercuti dengan pulau-pulaunya yang indah. Namun kali ini Thailand mempersembahkan destinasi pelancongan yang cukup unik iaitu Taman 'Neraka'. Taman ini bernama The Wang Saen Suk Hell Garden atau Thailand Hell Horror Park. Ini adalah sebuah destinasi pelancongan di Chonburi, Bangkok, Thailand. Taman ini memang menggambarkan keadaan di 'Neraka' dari sgi pengamatan mereka. Di pintu masuk para pelancong memang disambut dengan tulisan Selamat datang di 'NERAKA'. Selain itu yang lebih menyeramkan lagi adalah adanya adegan penyeksaan yang menakutkan seperti seksaan di neraka nanti.

Pelancong boleh melihat semua hukuman yang diberikan kepada manusia yang berdosa. Misalnya, patung yang menyerupai manusia itu direbus di dalam kuali bersalut tembaga. Ada juga hukuman manusia yang di makan hidup-hidup oleh anjing neraka serta ada juga patung yang kurus tulang rusuknya akan kelihatan menonjol. Bukan hanya siksaan yang dipaparkan namun banyak kata-kata bijak yang dipaparkan agar kita sentiasa beringat untuk mengelakkan daripada melakukan dosa..








Sumber: Zamrispoon.blogspot.com

Inilah Akibatnya Kalau Lahir Anak Luar Nikah




Maut atau mandul. Itulah risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.

Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.
Janin yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil yang berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.

Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil tersebut yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.
“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai


KEJAMMMM!! Sudahlah Belasah Gadis Dengan Batang Besi, Tanggalkan Pakaian Mangsa Dan Ambil Foto Pula


Sandakan: Tidak cukup membelasah seorang gadis yang juga rakan sekerjanya dengan batang besi sehingga maut, seorang lelaki turut menanggalkan semua pakaian dan merakam foto mangsa dalam keadaan bogel dalam kejadian di sebuah kilang di Kampung Sungai Kayu, Batu 7, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Rizma Johan, 20, yang ketika itu masih bernyawa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama empat rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum suspek meluru dari belakang dan terus menarik rambut gadis berkenaan.

Pada masa sama, suspek memukul kepala mangsa menggunakan batang besi beberapa kali sehingga beberapa rakan sekerjanya cuba membantu dengan menahan suspek daripada terus membelasah gadis terbabit.

Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkannya malah turut memukul seorang rakan mangsa menggunakan batang besi sama.

Sebaik mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit menanggalkan semua pakaian mangsa sebelum merakam gambar b0gel mangsa sebelum beredar.

Majikan mangsa yang tiba beberapa minit kemudian membawa mangsa ke HDOK untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

'Suspek berusia 30 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sandakan, jam 8.30 malam hari sama,” katanya.

"Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemui sebatang besi dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," katanya.

Zabidi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



PENTING! Beberapa Perbezaan Antara Daging Babi dan Lembu

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

1. Dari segi warna

                   

Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.


2. Dari segi serat daging

                      
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).


3. Dari lemak yang kelihatan

                      

Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.


4. Dari segi tekstur

                                          



Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.





sumber

3 Pekerja Salib Diri Selepas Dipecat

Asuncion: Tiga pemandu bas di ibu negara Paraguay ini menyalib diri mereka sebagai sebahagian daripada mogok lapar selepas mereka dibuang kerja.
Elvio Cristaldo dan Eligio Martinez mengambil keputusan menyalib diri mereka di San Lorenzo,pinggir bandar raya Asuncion selepas dipecat kerana membantah waktu bekerja yang lebih singkat.
Rakan mereka, Clemente Lovera, selain menyalib dirinya, juga menjahit mulutnya dan enggan makan selagi dia tidak dibenar kembali bekerja.
Bapa dua anak itu bagaimanapun dipaksa menelan makanan cecair menerusi penyedut sambil dia baring bersama-sama dua bekas rakan setugasnya.
Cristaldo, 39, memberitahu radio tempatan: “Saya tidak akan menyerah walaupun tindakan ini sungguh menyakitkan.” Ketiga-tiga lelaki itu mengadakan tunjuk perasaan di dalam khemah berhampiran agensi Pengangkutan Kebangsaan Paraguay.


- Agensi



KEJAM! Cungkil Mata Anak Untuk Upacara Memuja Syaitan

Mexico City: Sebuah keluarga dipenjara semalam kerana mencungkil mata seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan setan.
Dalam kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh ibunya di depan datuk, neneknya serta ibu dan bapa saudaranya sambil mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan.
Tetapi apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya, Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.
Mereka ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan.
Semalam, dua tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh.
Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu.
Tetapi tidak seorang pun membukanya.

Kami memanggil polis yang kemudian memecah pintu rumah itu.” Anggota polis, Benet Curiel memberitahu mahkamah, mereka menyaksikan lima orang dewasa berpakaian seperti syaitan mengerumuni kanak-kanak itu di dapur.
“Dua wanita terbabit berlumuran darah.

Kami terpaksa mengacu pistol untuk memaksa kumpulan itu melepaskan budak berkenaan sebelum memanggil ambulans.

Seorang daripada mereka memberitahu budak itu anaknya dan mengaku bertindak mencungkil mata mangsa,” kata Curiel.

- Agensi


10 Wanita Cantik Yang Dilahirkan Sebagai Lelaki




Andrej Pejic


Model asal Serbia ini popular kerana kebolehannya sebagai model lelaki yang boleh beraksi sebagai model perempuan.Pada januari 2011, Pejic menjadi model lelaki dan perempuan untuk jenama pakaian Jean-Paul Gaultier di pertunjukan fesyen di Paris.Berada pada kedudukan #18 dalam senarai top 50 model lelaki. Profile Andrej Pejic



Lea T


Model Brazil ini dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Leandro Cerezo pada 1981 dan merupakan antara model transeksual yang berjaya dan popular.




Claudia Charriez
Model ini ditolak dari rancangan popular America's Next Top Model dan The Janice Dickinson Modeling Agency TV Shows pada 2008, namun nasib menyebelahinya dan menjadi juara ketika mengikuti peraduan America's Next Top Transsexual Model yang dikendalikan oleh The Tyra Banks Show.



Isis King
Dilahirkan sebagai Darrell Walls pada 1985. Model ini merupakan transgender pertama yang diterima untuk bertanding dalam America's Next Top Model.
Link gambar Isis sebagai lelaki





Florencia De La V


Memulakan hidup pada tahun 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidad."Wanita" ini merupakan seorang pelakon transgender yang popular dan pernah menjadi editor majalah.Telah berkahwin dengan seorang lelaki dan ibu kepada anak kembar yang lahir melalui ibu tumpang.




Sirapassorn Atthayakorn
Warga Thailand yang turut dikenali sebagai Sammy ini muncul sebagai pemenang Miss International Queen 2011.




Chamila Asanka
Model Sri Lanka yang dikenali sebagai Chami ini turut muncul sebagai peserta Miss International Queen 2011.




Caroline "Tula" Cossey
Model ini pernah muncul sebagai watak kecil dalam filem James Bond, The Living Daylights juga model majalah Playboy.Cossey turut menulis autobiografi tentang dirinya sebagai seorang artis dan transgender yang bertajuk "I Am A Woman".




Roberta Close
Model Brazil ini merupakan model transgender pra-pembedahan yang pertama beraksi untuk majalah Playboy versi Brazil.Selepas menjalani pembedahan penuh pada 1989, Close beraksi bogel untuk majalah lelaki Brazil, Sexy dan diundi sebagai "Most Beautiful Woman in Brazil".




Malika
Transgender asal India ini menjalani empat pembedahan untuk menjadi "wanita".Merupakan transgender India pertama yang dipilih menyertai Miss International Queen pada 2011.


source: oddee.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog