Tuesday, 9 September 2014

Bunuh Doktor Bedah Plastik Kerana Hidung Hodoh


Pembedahan plastik tidak hanya jadi prosedur kecantikan hanya untuk wanita, tetapi lelaki pun semakin banyak yang melakukan pembedahan plastik. Malangnya, apabila hasil pembedahan plastik tidak seperti yang di harapkan, lelaki ini nekad membunuh doktor bedah plastik. Akibat perbuatan tersebut, hukuman mati menanti. 

Lian Enqing, 33 tahun, seorang lelaki dari Wilayah Zhejiang, China sedang menunggu hukuman mati yang diterimanya. Lian Enqing dijatuhi hukuman mati selepas menyerang dan membunuh seorang doktor bedah plastik. Alasan lelaki ini nekad membunuh doktor tersebut kerana hasil pembedahan plastik di hidungnya hodoh dan tidak seperti yang di harapnya, dipetik dari Dailymail.co.uk. 

Pada awalnya, lelaki ini meminta doktor bedah plastik tersebut memperbaiki bentuk hidungnya, namun setelah pembedahan, bentuknya menjadi semakin hodoh. Masalah lain muncul, Lian Enqing jadi sukar bernafas dan tidak boleh bekerja dengan baik kerana rasa sakit di hidungnya. Putus asa dengan keadaan itu, Lian Enqing menyerang dan membunuh doktor pakar bedah plastik tersebut.

Akibat perbuatannya, Lian Enqing dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah tempatan bulan Januari lalu. Kakak Lian Enqing, Liao Qiao meminta pihak mahkamah memberi keringanan, kerana adiknya mempunyai gangguan mental. Namun permintaan tersebut tidak diperkenankan.






sumber: ejeninfo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog