Saturday 13 September 2014

8 Budaya Modifikasi Ubah Tubuh Paling Ekstrem di Dunia


Susah nak cakap sapa yang mulakan budaya memanjangkan telinga nih. Sebab banyak budaya di dunia ini mempraktiskan perkara yang sama. Walau bagaimana pun, sehingga kini masih terdapat sesetengah kaum di dunia yang masih mengamalkan perkara ini seperti kaum etnik Masai di Kenya dan juga etnik Huaorani di Tengah Amazon.



Yang kat atas ini adalah etnik Apatani yang tinggal di lembah Arunachal Pradesh di Utara India. Wanita etnik ini dikatakan adalah yang paling cantik sekali dalam kalangan wanita yang terdapat di Arunachal. Justeru itu, sebagai langkah perlindungan, mereka dikehendaki untuk memakai plug kayu pada hidung mereka. Aduiii..



Ini pula adalah etnik Dinka di Sudan, yang diamalkan oleh lelaki untuk nampak gagah, dan wanita untuk nampak cantik. Proses meletakkan parut kekal pada muka ini adalah dengan menggunakan pisau cukur dan dilakukan oleh bomoh kampung. Mereka tidak akan menjerit atau menangis kerana ini akan menjatuhkan maruah mereka


Ini adalah festival yang diadakan di Phuket, Thailand pada setiap tahun untuk sambutan Pesta Vegetarian oleh komuniti Cina di sana. Diadakan pada bulan Oktober setiap tahun pada hari ke-10 festival tersebut berlangsung. Upacara ini diadakan bagi membolehkan peserta di atas dirasuki dan digunakan sebagai "medium" atau bahan perantaraan untuk Dewa Dewi.



Amalan menajamkan gigi ini juga banyak diamalkan oleh banyak budaya di dunia. Ini adalah termasuk di Bali, Indonesia, Vietnam dan juga di Sudan. Dalam budaya masyarakat Maya, menajamkan gigi serta meletakkan corak tertentu pada gigi tersebut menandakan anda adalah daripada keturunan bangsawan.



Sekalipun budaya meninggalkan parut terdapat dalam banyak budaya di dunia, namun amalan yang diamalkan oleh etnik Sepik River di Papua New Guinea adalah lebih menakutkan. Semua lelaki etnik ini wajib menjalani upacara ini apabila cukup umur untuk dewasa. Upacara dimulakan proses dimalukan dahulu oleh orang-orang tua dan seterusnya ditoreh dengan pisau cukur tajam bagi mendapatkan corak buaya di badan.



Ini juga adalah bentuk penderitaan yang selalu kita saksikan. Si bibir besar ini akan menggunakan cakera besar bagi meregangkan bibir mereka supaya kelihatan lebih cantik. Amalan ini masih diamalkan oleh sebahagian besar etnik kecil di Afrika dan Amazon. Semakin besar cakera yang digunakan, semakin tinggi lah nilai anda dalam status sosial etnik tersebut.



Amalan memanjangkan leher ini masih diamalkan oleh etnik wanita Kayan di Utara Thailand. Kanak-kanak perempuan akan diberikan gelang yang pertama apabila mencecah umur 5 tahun. Gelang tersebut akan ditambah lagi pada tahun berikutnya sehingga mencapai tahap tertentu. Yang sebenarnya, bukan leher wanita tersebut yang dipanjangkan. Berat gelang pada leher menyebabkan kedudukan bahu sedikit jatuh dan menampakkan seolah-olah leher mereka lebih panjang dari biasa!


Sumber: thisismemka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog