Tuesday, 9 September 2014

Jangan Putar Belit Fakta- Aeril Zafrel

aeril zafrelKenyataan terbaru daripada Aeril Zafrel menerusi portal GUA ini pastinya akan menghangatkan lagi keadaan. Memang pedas ayat-ayat yang dikeluarkan. Boleh terbakar telinga dibuatnya. Yang pasti, Aeril mahu David Teo berhenti memutarbelitkan fakta. Kata Aeril Zafrel secara panjang lebar:-
Saya sendiri tidak pernah kisah mengenai kereta tersebut. Tambahan pula, MIG sendiri tanpa segan silu mendakwa kereta berkenaan adalah milik mereka, walaupun mereka tahu hal sebenarnya. Dalam isu ini, saya hanya inginkan dokumen serta barangan peribadi milik saya dan Wawa yang ada di dalam kereta terbabit, ketika ianya hilang. Itu sahaja. Jika pihak pengurusan jujur dan telus, pastinya hal ini tidak berlarutan sehingga sekarang ini.
Bercakaplah dengan benar, cukup-cukup sudahlah memutarbelitkan fakta. Nanti membakar diri. Dia ada Tuhan, saya ada Tuhan.
Inilah yang saya katakan, jika pihak pengurusan MIG telus dan jujur, rasanya ianya boleh diselesaikan. Saya sendiri tidak tahu kereta itu dalam simpanan mereka, dan mereka juga sepatutnya memberitahu kepada saya, itu menyebabkan saya meminta Shahriman, (pengurus) untuk membuat laporan polis. Itu prosedur biasa yang melibatkan kehilangan. Sepatutnya mereka memberitahu kepada Wawa, mahupun saya, jika mereka telah mengambil semula kereta berkenaan.
Saya memang menghormati perhubungan baik ini. Tapi dalam kes ini, saya melihat David lebih keanak-anakan dalam menyelesaikan isu ini. Dia sendiri tidak fokus, dan lebih menceritakan hal-hal lain yang tidak penting. Seperti yang saya katakan tadi, sebenarnya isu ini mudah, pulangkan sahaja dokumen dan barangan peribadi saya. Ini tidak, dia lebih suka menceritakan hal-hal lain yang tidak berkaitan, apa motifnya?
Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu Ringgit. Jadi tak perlulah dia bersikap seperti seorang yang budiman sebegitu tetapi cukup bersikap jujur melunaskan hutang itu.
Namun di sini bukan wang ringgit pokok persoalannya. Harap jelas.
david teo
Kalau dah rasa memang tak boleh nak cari jalan penyelesaian secara bersemuka, mungkin sudah tiba masa untuk hal ini dibawa ke mahkamah. Walaupun memang akan panjang lebar jadinya, namun ia lebih baik daripada kedua-dua belah pihak saling berbalas kenyataan sebegini sehingga mengelirukan orang ramai.

1 comment:

  1. bukan lah cina kalau tak menipu.. apa biz pun klu melibatkan cina...mau waspada ok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog