Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontroversi dengan perkongsian gambar yang agak intim sebelum ini, kali ini Rozita Che Wan dan Zain Saidin pula turut berkongsi gambar yang lebih kurang serupa. Namun gambar Che Ta dan Zain lebih romantis dengan bunga ros merah berbentuk “love” sebagai latar belakang. Che Ta telah berkongsi gambar ini di akaun Instagramnya dengan caption “Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin“.
Seperti biasa di ruangan komen penuh dengan reaksi para peminat pasangan suami isteri ini yang mengkritik dan memuji. kalau ikutkan, tak manislah kalau gambar atas katil pun dikongsi untuk tatapan ramai walaupun bertujuan untuk menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan. Walaupun tidaklah seksi atau nampak “lucah“, namun ia masih kurang manis untuk ditatap oleh orang ramai. Biarlah gaya aksi di bilik menjadi rahsia suami isteri sahaja.
Harap-harap selepas ini jangan ada pula selebriti yang buat video atau gambar yang lebih intim dan dikongsi di akaun media sosial. Teknologi yang canggih harus digunakan dengan teliti. Jangan sampai menimbulkan kontroversi. Harap-harap perkara ini menjadi “trend” di kalangan selebriti.