Tidak beberapa lama sebelum ini nama Johan As’ari
menjadi bualan peminat industri hiburan setelah memutuskan hubungan cinta
dengan Lana Nordin walaupun pernah mengumumkan telah melamar dan mahu berkahwin
dengan artis wanita tersebut.
Johan As’ari juga pernah dikaitkan degan Izreen
Azminda, Nabila Huda dan Shila Hamzah. Disebabkan oleh perkara tersebut, dia
mendapat gelaran playboy.
Melalui Sinar harian, ketika ditanya tentang cintanya,
Johan memberikan respon:
“Kali ini, janganlah ada perigi cari timba. Apa yang
paling penting saya akan utamakan restu kedua ibu bapa saya.”
Katanya lagi, “Saya tidak boleh lari dari memiliki
perasaan untuk bercinta itu. Ia suatu perkara yang baik dan suci. Tanpa cinta
saya bukan manusia yang baik.”
Apabila ditanya sama ada dia mempunyai ramai kawan
wanita, Johan mengakuinya namun menyatakan mereka sekadar berkawan.
“Memang saya mempunyai ramai kawan wanita, namun
bukan wanita idaman.”
Apa-apapun, semoga Johan akan menemui wanita
idamannya dan seterusnya menamatkan zaman bujangnya.
No comments:
Post a Comment