Pada 19 Apri, seorang penangkap udang secara kebetulan telah menangkap
seekor jerung Goblin di perairan Key West, Florida.
“Saya sendiri tak tahu apa binatang tu,” kata nelayan Carl
Moore. “Saya tidak dapat untuk mengukur panjang ikan tersebut kerana ia
mempuyai gigi yang agak menakutkan.”
Sebaliknya, Moore telah mengambil beberapa gambar dan
membuang semula ikan jerung itu ke laut.
Moore tidak melaporkan pertemuan
tesebut kepada National Oceanic and Atmosphere Administration sehingga pada
hari Khamis. Menurut kepada NOAA, jerung setinggi 18 kaki tersebut adalah yang
kedua pernah ditemui di Gulf. “Ia adalah spesies jerung yang sangat jarang,” menurut
NOAA.
Jerung Goblin kerap ditemui di persisiran Jepun, lapor
Chronicle. Ciri-ciri jerung tersebut ialah “pinkish white” atau merah jambu
putih dengan sirip berwarna kebiruan, menurut NOAA
Berikut merupakan gambar-gambar jerung tersebut yang diambil
oleh Moore.
No comments:
Post a Comment