Friday 26 December 2014

5 Pasangan Penjenayah Yang Paling Kejam


Perbuatan jenayah biasanya dilakukan oleh individu. Namun, dibawah adalah pasangan-pasangan penjenayah kejam yang sangat terkenal. Jom baca..

Sara Ali Tidak Berniat Untuk Baik Semula dengan Fazura


Pastinya hubungan antara Sara Ali dan Fazura tidak akan dapat diperbaiki lagi selepas ini. Malah Sara Ali juga memaklumkan yang dia enggan memulihkan hubungannya yang satu ketika dahulu amat akrab dengan Fazura. Semua ini bermula apabila Fazura menerusi rancangan ‘Facing Up To Fazura’ mencerita mengenai kerenggangan hubungan mereka berdua.

Pengguna Jalan Raya "Berpesta" Kutip duit RM7j Jatuh Di Jalan Raya



HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila berebut-rebut mengutip duit kertas berjumlah hampir HK$16 juta (RM7 juta) yang berteraburan di jalanraya selepas terjatuh daripada van keselamatan. 

Chalet Di Melaka Ini Tidak Menyediakan Servis Yang Bagus Untuk Pelancong.


HAIH…..kalaulah begini bagaimanalah industri pelancongan ingin berkembang pesat jika wujud hotel atau chalet seumpama dan sekotor ini di negara kita.

Bukan sahaja memalukan malah amat menjijikkan pandangan mata.

Budak Perempuan Mengaku Bunuh Suami Guna Racun Tikus


Kano: Seorang pengantin kanak-kanak mengaku membunuh suaminya yang berusia 35 tahun dengan racun tikus.

Wasila Tasi’u menandatangani pengakuan itu di Mahkamah Tinggi Gezawa dengan cop jari di mahkamah semalam kerana dia tidak tahu membaca.

Jika didapati bersalah, Wasila, 14, akan dihukum mati, sekali gus menjadi kanak-kanak pertama menjalani hukuman itu di Nigeria sejak 18 tahun lalu.

Menurut polis, suaminya, Umar Sani ditemui mati empat hari selepas mereka berkahwin pada April lalu.

Wasila berasal dari keluarga miskin dan tinggal di Kano, utara Nigeria, tempat perkahwinan kanak-kanak dan poligami berleluasa.

Kes itu mendapat reaksi berbeza di wilayah itu yang yang menguatkuasakan undang-undang syariah di samping undang-undang sivil.

Mahkamah berkenaan sesak semalam dengan orang ramai mahu menyaksikan perbicaraan itu.

Isteri pertama lelaki itu, Ramatu memberitahu mahkamah, dia melihat madunya menyediakan makan malam untuk suami mereka sebelum tidur.

Tidak lama selepas itu, dia melihat mulut lelaki itu berbuih dan menggelupur.

Seorang kanak-kanak tujuh tahun, Hamziyya, dipercayai adik Wasila dan turut tinggal di rumah itu, didakwa membeli racun tikus berkenaan atas arahan kakaknya. Ia disahkan oleh peniaga, Abuwa Yusuf.

Hamziyya memberitahu mahkamah: “Kakak saya memberitahu dia diganggu tikus di biliknya.”

Seorang jiran, Abdulrahim Ibrahim memberitahu mahkamah, dia turut makan bersama lelaki berkenaan pada hari itu, tetapi menjamah sedikit saja kerana rasa makanan itu kurang enak.

“Umar terus makan dan dia mati malam itu juga,” katanya.

Perbicaraan bersambung 16 Februari depan. - HMetro

Thursday 25 December 2014

(VIDEO) Monyet Cuba Sedarkan Kawan Pengsan Terkena Renjatan Elektrik Dari Viral


Satu kejadian yang menyayat hati dan sangat menarik membawa erti persahabatan yang sebenar walaupun mereka bukan manusia. Memaparkan seekor monyet cuba menyelamatkan rakannya yang tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik. Rakaman video tersebut menjadi perhatian dan viral di internet.

5 Watak Lagenda Filem Yang Paling Menyeramkan!

Berikut merupakan watak-watak horor lagenda Hollywood yang paling terkenal dan menyeramkan. Kewujudan watak-watak menyeramkan ini sememangnya memberi kesan mendalam kepada peminat-peminat filem seram.

Wanita Ini Merupakan Artis Paling Muda Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina



Daripada Tim ke Kim Petras. Kim Petras dilahir pada 27 Ogos 1992 dan kini berusia 22 Tahun adalah seorang penyanyi / penulis lagu dari Jerman. Beliau terkenal dengan mencipta muzik daripada elektronik muzik serta pelbagai gaya Cappella. Pada tahun 2009, semasa berusia 16 Tahun beliau telah mencipta sejarah menjadi orang yang paling muda menjalani penukaran jantina dimana proses penukaran jantina itu berlaku semenjak beliau berumur 12 tahun. 

Inilah 6 Wanita Yang Menjadi Popular di Media Sosial Kerana Kecantikannya


Tidak dapat dinafikan, media sosial kini menjadi satu platform yang pantas untuk membuatkan seseorang menjadi terkenal. Dalam sekelip mata sahaja, seseorang itu bukan sahaja boleh menjadi terkenal satu Malaysia, malah satu dunia.

Dalam artikel ini, kami bawakan 6 wanita cantik yang menjadi popular di internet kerana perkongsian pengguna-pengguna di media sosial. 

Pelakon Porno Dipenjara 25 Tahun Bunuh Dan Kerat Teman Lelaki Sejenis



OTTAWA, KANADA: Seorang pelakon file porno Luka Magnotta (kanan) telah dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun selepas didapati bersalah membunuh dan mengerat tubuh kekasihnya pada tahun 2012.

Menurut pendakwa raya mereka menolak pembelaan terhadapnya yang menyatakan semasa pembunuhan beliau berada daam keadaan mental tidak stabil.

Beliau sebelu ini mengaku membunuh kekasihnya yang merupakan seorang pelajar, Jun Lin (kiri) berusia 33 tahun sebelum memotong dan menghantar bahagian-bahagian tubuh mangsa kepada parti-parti politik di Kanada.

Magnotta kemudiannya ditahan di sebuah kafe siber di Berlin, Jerman.

Sebelum penahanannya itu, polis Perancis memberitahu, Magnotta telah terbang ke Paris dari Montreal.

Pegawai penyiasat berkata, rakaman video yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki menggunakan pencucuk ais untuk membunuh lelaki lain yang dipercayai sebagai Jun Lin.-Siakapkeli.com.my

"Saya Tidak Ada Anak Bernama Chacha," -Ismail Maembong


Nampaknya pertikaian antara Ismail Embong dan anak-anaknya sudah semakin memuncak. Terbaru, Ismail Embong telah menulis yang dirinya tidak mempunyai anak bernama Aisyah @ Chacha. Dasyat sungguh pertelingkahan yang berlaku sehingga ke tahap ini. Malah Ismail Embong turut melabel anak yang melukai hatinya adalah sebagai anak derhaka. Semua ini terjadi gara-gara perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja yang tidak disukai oleh Ismail Embong.

Jurugambar Rakam Foto-Foto Saat Banjir Yang Unik Dan Cool


Di saat ramai yang sedang cemas dan sedih menghadapi musim banjir, masih ada individu yang cuba melihat musibah itu dari sudut lebih positif.

Wednesday 24 December 2014

Fesyen-Fesyen Pelik Yang Menjadi Ikutan Ramai Kini



Dunia serba moden kini menyaksikan kemunculan pelbagai fesyen-fesyen terkini sealiran dengan peredaran zaman. 

Namun yang pasti bukan semua fesyen terkini lebih cantik, canggih dan menarik. Malah sebahagiannya ada yang kelihatan pelik. Fesyen-fesyen ini bukan sahaja bermaksud pakaian tapi apa sahaja yang dirasakan boleh mencantikkan penampilan, gaya dan keterampilan seseorang.

Jom kita lihat antara fesyen-fesyen terkini yang lain daripada yang lain.

(Video) Lelaki Pakai Bra Dan Pakaian Mendiang Isteri Dapat Simpati

suami isteri

Zhengzhou: Satu video menunjukkan seorang lelaki berpakaian wanita yang didakwa milik mendiang isterinya dalam sebuah bas di sini menjadi viral di Internet di China.

Anak Beranak Tinggal Dalam Hutan Selama 40 Tahun Selepas Perang



Seorang bapa dan anaknya ditemui tinggal di dalam hutan di Vietnam 40 tahun selepas mereka menghilangkan diri ketika perang negara itu dengan Amerika Syarikat.Ho Van Thanh dan anaknya Ho Van Lang melarikan diri dari kampung mereka selepas serangan bom Amerika Syarikat membunuh tiga anggota keluarga mereka.

Sekali Tengok, Macam Flat Biasa. Tapi Sebenarnya Ada Benda Yang Pelik!

Terletak di Zhuji City, Zhejiang, kelihatan sebuah pembinaan haram yang mengejutkan. Pemilik rumah flat ini dikatakan membina sebuah "lif persendirian," hanya untuk ke tingkat 5, semata-mata untuk sebuah unit rumah ini sahaja, dan ia dibina dari awal pembinaan bangunan itu dan aduan telah di buat oleh pemilik rumah di bahagian bawah.

SENIMAN: Adlin Aman Ramli Bantai Zed Zaidi



Persatuan Seniman sejak dari dulu terkenal dengan kepincangannya. Entah di mana silapnya, masalah dalaman antara Presiden dan AJK dan mereka yang berada di sekeliling tetap juga tak jumpa jalan penyelesaian.

Kisah Wanita Nyaris Dirogol Di Stesen KTM Batang Benar



Bukan sekali dua kita dengar kejadian serangan ke atas wanita yang berjalan sendirian terutama di tempat-tempat sunyi.

Ada antara mereka yang dirompak, dicabul atau lebih menakutkan lagi dirogol dan dibunuh oleh si penyerang.

Lelaki Kemaruk Coli Curi Dan Sembunyikan 2000 Coli Dalam Siling


Nanning, Guangxi: Sejak sedekad lalu penghuni beberapa apartmen di sekitar bandar Yulin musykil kerana mereka menghadapi masalah sama - kehilangan coli serta pakaian dalam wanita

Selama sedekad itu juga mereka tidak menyangka pakaian dalam itu sebenarnya disembunyikan tidak jauh dari kediaman masing-masing.

Longgokan itu disimpan di atas siling bilik tidur jiran mereka - seorang lelaki dikenali sebagai Tan.

Rahsia Tan terbongkar baru-baru ini apabila siling berkenaan roboh, sekali gus menyebabkan lebih 2,000 pasang dalam wanita itu bertaburan di bilik berkenaan.

Media semalam melaporkan, Tan menyelinap ke banyak apartmen di sekitar kediamannya untuk mencuri coli dan seluar dalam wanita.

Sumber polis berkata, Tan, 30-an, menggunakan kunci pendua untuk menjalankan kegiatan berkenaan ketika penghuni sesuatu unit keluar bekerja.

Namun polis tidak menyatakan bagaimana Tan mendapat kunci pedua itu.

“Ketika disiasat, Tan mengaku salah dan mendakwa dia mengalami masalah psikologi.

“Namun Tan tidak pasti sejak bila dia mula kemaruk menyimpan pakaian dalam wanita,” katanya.-Hmetro

Tuesday 23 December 2014

4 Pantai Yang Paling Menyeramkan di Dunia

Pantai adalah salah satu lokasi yang paling popular untuk keluarga beriadah selain daripada sungai dan berbagai lagi taman tema air. Namun tidak semua pantai boleh menimbulkan kegembiraan kepada tetamunya kerana ada pantai yang mempunyai suasana yang menyeramkan.

Kondominium Pencakar Langit Mewah Di Singapura Tawar Kemudahan Parking Di Balkoni Rumah!


Hamilton Scotts, sebuah kondominium apartmen bertaraf tinggi di Singapura, menawarkan penduduknya kemewahan dalam segi tempat letak kereta - sebuah garaj dua kereta individu yang terletak di dalam setiap apartmen! Dinding kaca memisahkan garaj dari ruang tamu, yang menawarkan pemandangan indah kereta mahal mereka dari sofa.

Juri-Juri Maharaja Lawak Mega Dikritik Tidak Adil Terhadap Peserta-peserta


Sejak program lawak seperti Maharaja Lawak Mega diperkenalkan oleh Astro, senario persembahan lawak di Malaysia telah bertukar. Semakin ramai pelawak baru muncul dan mereka juga sering menjadi pilihan untuk menjadi deejay radio utau pengacara kerana kebolehan berjenaka untuk menghiburkan penonton.

SENIMAN: Zed Zaidi Minta Vanidah Imran Letak Jawatan


Pertelingkahan antara Presiden SENIMAN, Zed Zaidi dan bendaharinya, Vanidah Imran semakin memuncak hari ini. Untuk makluman anda, Zed Zaidi telah pun membuat laporan polis mendakwa kecurian buku cek persatuan berkenaan yang ditanggungjawabkan kepada Vanidah. Malah Zed Zaidi juga telah mengkritik beberapa ahli jawatankuasa SENIMAN yang baru dengan melabel mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai melakukan kerja.

Stesen Radio Minta Maaf Atas Aksi Melampau DJ




Oleh kerana aksi melampau yang melampau salah seorang DJ mereka, sebuah stesen radio di Chile tampil membuat permohonan maaf kepada umum.

Gambar yang memaparkan aksi DJ tersebut membenarkan seorang pendengar wanita menjilat punggungnya menjadi viral di internet yang menyebabkan orang ramai marah dengan aksi tersebut. Menurut laporan, wanita itu menjilat krim putar yang diletakkan di punggung DJ lelaki terbabit.

Difahamkan, wanita tersebut membuat aksi demikian kerana menyahut cabaran DJ tersebut kerana ingin memahami pas masuk ke sebuah festival muzik yang dianjurkan oleh stesen tersebut.

Pihak stesen radio berkenaan membuat permohonan maaf berhubung insiden terbabit setelah gambar aksi DJ bersama dengan pendengar wanita itu menjadi viral di Internet -Siakapkeli.com.my

Monday 22 December 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog