Friday 26 December 2014

Chalet Di Melaka Ini Tidak Menyediakan Servis Yang Bagus Untuk Pelancong.


HAIH…..kalaulah begini bagaimanalah industri pelancongan ingin berkembang pesat jika wujud hotel atau chalet seumpama dan sekotor ini di negara kita.

Bukan sahaja memalukan malah amat menjijikkan pandangan mata.

Bayangkan jika situasi sebegini yang dialami oleh pelancong daripada negara luar? Pastinya sedikit sebanyak membuatkan ‘mood’ bercuti bertukar menjadi hampa.

Sedih betul mengenang mentaliti pemikiran segelintir pihak yang hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan perasaan para pelanggan yang mengalami.

Kecewa sungguh jika perkara seumpama ini terus berterusan kerana ianya bukan sahaja menjejaskan industri perlancongan malah melibatkan nama baik negara kita sendiri.

Lihatlah gambar-gambar yang dimuat naik seorang pelanggan chalet ini….
Kepala katil yang berdaki.
Kipas seperti tidak bercuci lamanya.
Paip yang bocor dan lantai tandas yang berdaki.
Kepala air terjun yang sudah tercabut.
Sampah yang merata-rata.

Menurut Mohd Izwan, sebagai pelancong yang pernah menginap di chalet berkenaan, dia amat kecewa melihat kondisi tempat penginapan tersebut seperti tidak diurus dan dibersihkan dengan baik.

” Keadaan bilik sungguh mendukacitakan, lantai berpasir dan melekit-melekit, cadar kusam berhabuk, dinding dan lantai tandas berdaki dan tuala yang diberi sudah koyak.” ujarnya.

Tambahnya, gambaran yang diberi jauh berbeza daripada yang dipaparkan di Internet hingga dia turut terpedaya untuk menginap disitu.



Sementara itu, harga untuk menginap di chalet itu adalah sebanyak RM150 dikatakan tidak betepatan dengan kondisi tempat penginapan pelancongan yang diberi.

Meskipun chalet di negeri Melaka ini bukanlah tempat penginapan yang mewah namun aspek kebersihan perlulah diutamakan dalam menguruskan tempat pelancongan seperti ini.

Moga insiden seumpama ini tidak lagi berterusan dan membelenggu nasib para pelancong kemudian hari kelak.

mynewshub.my



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog