Thursday, 25 December 2014

5 Watak Lagenda Filem Yang Paling Menyeramkan!

Berikut merupakan watak-watak horor lagenda Hollywood yang paling terkenal dan menyeramkan. Kewujudan watak-watak menyeramkan ini sememangnya memberi kesan mendalam kepada peminat-peminat filem seram.

Jason Voorhees


Jason Voorhees adalah watak horor yang muncul dalam filem horor lagenda, Friday The 13th. Filem ini telah memasuki sekuelnya yang ke 11 setelah filem perdananya pada tahun 1980. Uniknya, pada filem pertamanya, yang muncul sebagai karakter antagonis adalah Mrs Pamela Voorhees, iaitu ibu Jason. Jason Voorhees hanya muncul sebagai tokoh horor di sequel kedua dan seterusnya.

Jason Voorhees adalah seorang kanak-kanak yang lemas di Camp Crystal Lake. Dia adalah mangsa akibat sikap tidak ambil peduli pemuda-pemuda yang sedang menjalankan aktiviti di kem tersebut. Setelah dewasa, Jason membalas dendam terhadap semua orang yang menjalankan sebarang aktiviti di tempat tersebut.

Jason Voorhees memiliki ciri khas. Dalam kemunculannya, dia sering menggunakan topeng ski dan membawa parang besar. Sejak kemunculannya yang pertama, Jason Voorhees telah 'mengerjakan' lebih dari 150 orang dalam semua filemnya.

Salah satu adegan yang cukup berkesan adalah saat Jason berpasangan dengan Tommy Jarvis dalam filem Friday The 13th Part 4: The Final Chapter (1984).

Freddy Kruger


Siapa yang tidak kenal dengan watak yang menakutkan ini. Dia adalah bintang filem horor lagenda, A Nightmare on Elm Street. Filem pertama yang ditayangkan pada tahun 1984 telah memiliki lapan sekuel.

Freddy Kruger memiliki modus operandi yang unik apabila melakukan pembunuhan. Dia melakukannya di dalam mimpi setiap mangsa.

Dalam kehidupannya yang normal, Freddy Kruger adalah seorang pembunuh kanak-kanak. Dia mengundang kemarahan ibu bapa mangsa hingga membakarnya hidup-hidup.

Freddy akhirnya kembali dan menjadi mimpi paling menggerunkan dalam tidur setiap mangsa.

Berbeza dengan watak-watak horor yang lain, Freddy Kruger memiliki sense of humor. Dia juga banyak bercakap selain sengihan lebar dari wajahnya yang buruk.

Freddy juga dilengkapi dengan pakaian khas berwarna merah dan hitam serta sarung tangan lancip terbuat dari logam membuatkannya seorang karektor horor yang unik.

Chucky



Chucky hanyalah patung permainan kanak-kanak. Namun, tiada siapa menyangka patung itu telah dirasuk roh jahat dan bersedia untuk membunuh siapa saja.

Filem Child Play pertama kali ditayangkan pada tahun 1988, iaitu filem pertama tentang patung boneka berbahaya bernama Chucky.

Asal-usul keganasan Chucky bermula apabila seorang pembunuh ditembak mati di sebuah kedai permainan kanak-kanak.

Kerana pengaruh ilmu hitam, rohnya mampu merasuk ke dalam apa -apa bentuk sekalipun, sehinggalah ia bertemu dan merasuk patung Chucky yang sangat terkenal itu.

Frankenstein


Sama seperti Dracula, Frankenstein muncul di zaman klasik melalui novel. Filem pertama yang mengangkat tema cerita karangan Mary Shelly adalah Frankenstein (1931).

Boris Karloff telah diberi kepercayaan untuk membawakan watak Frankenstein hasil ciptaan Dr. Henry Frankenstein.

Frankenstein adalah satu ciptaan hasil gabungan pelbagai bahagian tubuh manusia yang telah mati.

Obses Dr. Henry Frankenstein sebagai seorang saintis akhirnya mencetuskan idea gila tersebut.

Suatu hari, tubuh lengkap makhluk menakutkan ciptaannya berjaya hidup dengan bantuan tenaga elektrik dari petir.

Idea gila ini berakhir dengan tragedi ngeri. Frankenstein menjelma menjadi pembunuh dan menyebabkan ketakutan di kalangan penduduk.

Scream


Filem Scream (1996) ketika ditayangkan mendapat sambutan yang sangat luar biasa dikalangan penonton.

Di Amerika Syarikat, filem tersebut berjaya mengaut keuntungan lebih daripada $100 juta. Scream juga telah mengibarkan trend baru filem-filem ganas.

Pembunuh yang menakutkan, dipadu dengan teka-teki siapa pembunuh sebenarnya, diracik dengan baik oleh pengarah, Wes Craven, yang juga mengarahkan filem hebat A Nightmare on Elm Street.

Kejayaan awal filem seram ini kemudiannya disusuli beberapa lagi filem trilogy. Scream 2 (1997) dan Scream 3 (2000).

Dalam filem ini, pembunuh akan mengenakan topeng dan jubah yang bermotifkan tengkorak yang menakutkan.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/12/5-watak-horor-lagenda-paling-menyeramkan.html#ixzz3MqAgf15k
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog